Houston Astros
Houston Astros | |||||
---|---|---|---|---|---|
Musim 2024 Houston Astros | |||||
Ditubuhkan pada 1962 | |||||
| |||||
Gabungan liga utama | |||||
| |||||
Seragam terkini | |||||
Nombor tidak digunakan | |||||
Warna | |||||
Nama | |||||
| |||||
Gelaran lain | |||||
| |||||
Ballpark | |||||
| |||||
Kejuaraan Liga Utama | |||||
Kejuaraan Siri Dunia (2) | |||||
AL Pennant (4) | |||||
NL Pennants (1) | 2005 | ||||
AL West Kejuaraan Divisyen (5) | |||||
NL Central Division titles (4) | |||||
Kemunculan Wild card (4) | |||||
Pejabat pengurusan | |||||
Pemilik | Jim Crane[4][5] | ||||
Pengurus | Dusty Baker | ||||
Pengurus Besar | Dana Brown |
Houston Astros ialah pasukan besbol Amerika yang berpusat di Houston, Texas. Astros bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) divisyen West. Pasukan ini telah berpindah ke divisyen tersebut pada tahun 2013 selepas beraksi selama 51 musim di National League (NL).[6][7]
Astros mula-mula ditubuhkan sebagai Houston Colt .45s dan bertanding di National League sebagai pasukan tambahan bersama New York Mets pada 1962. Namanya kini, "Astros" telah diambil sempena penglibatan Houston sebagai tuan rumah Johnson Space Center pada tiga tahun kemudian iaitu apabila mereka berpindah ke Astrodome. Astrodome menjadi stadium sukan berkubah pertama dan digelar "Keajaiban Kelapan Dunia". Astros seterusnya berpindah ke stadium baru, Minute Maid Park pada tahun 2000.[8] Astros beraksi di NL West dari tahun 1969 hingga 1993, seterusnya bertanding di divisyen NL Central dari tahun 1994 hingga 2012 sebelum berpindah ke AL West sebahagian daripada penyusunan semula MLB pada 2013.
Astros meraih kemenangan pertama musim pada 1972 dan melakukan kemunculan pertama playoff buat kali pertama pada tahun 1980. Pada era 1980-an, mereka meraih tiga gelaran divisyen. Kemudian, Astros yang dibarisi pemain yang terkemuka (ahli Dewan Kemahsyuran) seperti Craig Biggio dan Jeff Bagwell membolehkan Astros meraih kedudukan utama pada lewat 1990-an dan awal 2000-an apabila mereka merangkul empat lagi kejuaraan divisyen dan dua kemunculan Wild Card. Astros juga layak ke kemunculan Siri Dunia pertama pada tahun 2005 apabila mereka dikecewakan oleh Chicago White Sox. Selepas mengalami kemelut kemerosotan pada dekad berikutnya, Astros telah dibeli oleh usahawan perniagaan, Jim Crane pada tahun 2011 yang bernilai $680 juta. Di bawah pemilikan Crane, Astros menjadi perintis kepada sabermetrik dan analisis teknologi baharu dalam peralihan pasukan ke American League. Pada pertengahan 2010-an, Astros berubah daripada pasukan hambar kepada salah satu pasukan MLB paling dominan dan berjaya. Sejak tempoh itu, Astros merekodkan 100 kemenangan dalam tiap-tiap empat musim, tampil dalam enam kejuaraan American League Championship Series (ALCS) berturut-turut dan memenangi empat daripada enam pennant American League. Pada masa itu, Astros meraih Siri Dunia pertama pada tahun 2017 dengan mengalahkan Los Angeles Dodgers; kemudian tampil di Siri Dunia 2019 menentang Washington Nationals, Siri Dunia 2021 menentang Atlanta Braves dan akhirnya merangkul Siri Dunia 2022 menewaskan Philadelphia Phillies. Astros merupakan pasukan keenam yang memenangi siri postseason dalam enam musim berterusan. Pennant kelima Astros pada 2022 menjadikannya pasukan kedua pada era tambahan untuk memenangi lima pennant liga (selepas Mets) serta menjadikan Astros sebagai pasukan tambahan kelima yang meraih dua kejuaraan dunia.
Semasa musim 2019–2020, Astros menjadi suspek utama dalam skandal permainan MLB yang berlaku ketika musim 2017 dan 2018 yang membawa kepada pemecatan A. J. Hinch dan pengurus am Jeff Luhnow. Namun demikian, Astros terus berjaya dan dilihat sebagai pasukan paling dominan dalam American League.[9][10][11]
Dari tahun 1962 sehingga penghujung musim 2022, rekod menang-kalah Astros sepanjang zaman ialah 4,831–4,820.[12]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1962 dan pada awalnya ia dikenali sebagai Houston Colt .45s yang diambil nama sempena senjata di American West. Pasukan ini pada mulanya mencatatkan prestasi hambar apabila menamatkan kempen di tempat ketiga tercorot dalam National League pada tujuh musim pertama. Peristiwa penting pada tempoh ini ialah pembukaan stadium baru pasukan, Astrodome (nama diambil sempena penglibatan Houston sebagai pusat NASA) pada 1965. Astrodome lantas menjadi stadium berkubah pelbagai guna dan dilabel sebagai stadium masa depan. Pembukaannya menjadi sensasi media di seluruh negara dan Astros yang mengguna pakai nama baru sangat sesuai dikenal pasti dengan stadium terkenal baru tersebut.
Pada tahun 1970, Astros membawa masuk outfielder César Cedeño, yang pernah meraih pencapaian All-Star sebanyak empat kali. Beliau dianggap sebagai bintang pasukan yang pertama. Selanjutnya, beliau disertai oleh outfielder All-Star lain, José Cruz pada tahun 1975 tetapi Astros kekal tidak dapat menyerlah pada era 1970-an. Pada tahun 1980, Astros membawa masuk ace Nolan Ryan yang membantu Astors melangkah ke penampilan postseason dalam sejarah pasukan. Houston tersingkir kepada bakal pemenang, Philadelphia Phillies dalam aksi dramatik National League Championship Series (NLCS). Astros kembali ke playoff pada musim berikutnya tetapi mereka kecundang kepada Los Angeles Dodgers. Bakal pemenang Anugerah Cy Young, Mike Scott dibawa masuk pada tahun 1983 dan beliau bersama Ryan membentuk salah satu gandingan terunggul pelempar di saingan NL. Pada tahun 1986, Houston muncul di NLCS sebelum ditewaskan oleh New York Mets dalam enam perlawanan. Siri ini dianggap sebagai terkenal apabila aksi keenam permainan berlangsung selama 16 ining. Scott juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik (MVP) walaupun mewakili pasukan yang tewas.
Houston menjadi pasukan pertengahan bagi era pertengahan 1980-an dan awal 1990-an. Namun begitu bermula pada tahun 1993, Astros kemudian merekodkan tujuh kemenangan musim dan tiga penampilan postseason yang dibarisi oleh Jeff Bagwell dan Craig Biggio dengan membentuk gandingan “the Killer B” yang digelar oleh peminat. Astros tersingkir pada pusingan pembukaan dalam ketiga-tiga penampilan playoff pada tahun 1997 sehingga 1999. Walaupun selepas Aastros menambah bintang ketiga pada tahun 1999, Astros kekal tidak melakukan sebarang progres sehingga pertengahan dekad berikutnya. Pasukan Astros telah meninggalkan Astrodome pada 2000 lalu mula beraksi di stadium baru Enron Field (kini Minute Maid Park). Pada tahun 2004, Astros mara ke NLCS apabila mereka tewas dalam siri tujuh perlawanan kepada St. Louis Cardinals. Astros kemudiannya berdepan dengan tuah di playoff pada tahun berikutnya apabila mereka membalas dendam ke atas Cardinals di NLCS pada tahun berikutnya untuk mendapat tempat di Siri Dunia buat kali pertama dalam sejarah pasukan. Namun begitu, Astros tewas kepada Chicago White Sox. Pasukan ini seterusnya merosot dan memasuki tempoh kemarau di postseason. Houston memperoleh mata-mata rendah dengan mencatatkan 106 kekalahan pada 2011, 107 kekalahan pada 2012 dan 111 kekalahan pada 2013.
Pada tahun 2013, Astros berpindah dari NL Central ke AL West untuk menubuhkan dua liga besbol Amerika yang terdiri daripada 15 buah pasukan. Pada dua tahun berikutnya, skuad Astros yang bangkit mengejutkan dunia besbol apabila meraih 16 kemenangan berbanding musim sebelumnya sekali gus mara ke playoff. Houston membina pasukan muda dengan menggunakan pendekatan sabermetrik apabila ia mendapat liputan cerita Sports Illustrated 2014 yang merujuk Astros sebagai "juara Siri Dunia 2017" apabila pasukan ini mencatatkan 92 kekalahan dalam kempen. Akan tetapi pada tahun 2017, Houston membuktikan ramalan tersebut menjadi kenyataan apabila mara ke playoff dan menewaskan Los Angeles Dodgers dengan dramatik untuk meraih kejuaraan Siri Dunia pertama dalam sejarah. Pada tahun selanjutnya, Astros mara ke American League Championship Series sekali lagi sebelum disingkirkan oleh Boston Red Sox. Houston merekodkan 107 kemenangan pada 2019 diikuti dengan kejayaan gelaran AL pada postseason sebelum mara ke aksi Siri Dunia ketiga dalam sejarah pasukan. Astros akhirnya akur akan kekalahan kepada Washington Nationals.
Ketika tamatnya musim 2019, satu laporan mendedahkan bahawa Astros terlibat dalam skandal permainan yang dilakukan pada musim 2017 dan 2018. Ia merupakan episod terkenal bagi penipuan dalam besbol sejak skandal Black Sox. Pendedahan itu lantas mengejutkan dunia besbol manakala jurulatih pasukan dan pengurus am telah digantung pada 2020 sebelum dipecat. Astros juga didenda sebanyak 5 juta dolar dan digantung dalam draf MLB 2020 dan 2021. Namun begitu, gelaran Siri Dunia 2017 tidak ditarik balik walaupun ramai peminat dan anggota media menganggap bahawa hasil kejuaraan tersebut tidak sah.
Nota
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Orbit – Houston Astros Mascot". Astros.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada February 19, 2019.
- ^ "Astros officially launch new identity". Astros.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. November 2, 2012. Dicapai pada October 9, 2019.
- ^ Wohl, Dan (November 2, 2012). "With new uniforms, Astros go back to the future". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada October 9, 2019.
- ^ "Group headed by Jim Crane completes purchase of Astros". MLB.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. November 22, 2011. Dicapai pada April 16, 2023.
- ^ "Astros Front Office Directory". Astros.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada April 16, 2023.
- ^ Bloom, Barry M. (November 17, 2011). "Sale of Astros to Jim Crane, move to American League in 2013 approved". Major League Baseball Advanced Media LP. Diarkibkan daripada yang asal pada September 12, 2015. Dicapai pada August 9, 2015.
- ^ "Astros Headed to American League as New Team Owner Approved". Businessweek. November 18, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2012. Dicapai pada November 5, 2012.
- ^ "Minute Maid Park". Houston Astros. September 4, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2015. Dicapai pada September 4, 2015.
- ^ "Astros Pass the Yankees as Best Team in the AL". August 10, 2022.
- ^ "Batting Around: Do Astros deserve 'dynasty' label after another World Series title?". November 6, 2022.
- ^ "After World Series, where do Astros rank among best dynasties of last 30 years?".
- ^ "Houston Astros Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-11.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Houston Astros |