Abu Sufyan ibni Harb: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Escarbot (bincang | sumb.)
k robot Adding: bs:Ebu-Sufjan
AlleborgoBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: id:Abu Sufyan
Baris 16: Baris 16:
[[en:Abu Sufyan ibn Harb]]
[[en:Abu Sufyan ibn Harb]]
[[fr:Abu Sufyan ibn Harb]]
[[fr:Abu Sufyan ibn Harb]]
[[id:Abu Sufyan]]
[[it:Abu Sufyan]]
[[it:Abu Sufyan]]
[[ru:Абу Суфьян ибн Харб]]
[[ru:Абу Суфьян ибн Харб]]

Semakan pada 19:50, 17 Ogos 2007

Abu Sufyan ibni Harb ialah ketua puak Banu Abd Shams daripada kaum Quraish. Beliau juga merupakan ketua keseluruhan kaum Quraish, menjadikannya salah seorang daripada orang yang berpengaruh di Makkah semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w.

Isteri Abu Sufyan bernama Hind binti Utbah. Beliau juga mempunyai seorang anak perempuan yang mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Ramlah binti Abu Sufyan.

Datuk kepada Abu Sufyan ialah Ummaiyyah, nama Kerajaan Bani Ummaiyyah diambil sempena namanya manakala moyang Abu Sufyan pula bernama Abd Shams. Abang kepada moyangnya pula ialah Hashim, moyang Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada anak Abu Sufyan, Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Posisi Abu Sufyan sebagai ketua Quraish menjadikannya musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Abu Sufyan menganggap Nabi Muhammad sebagai satu ancaman dan berusaha beberapa kali untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Anak perempuan Abu Sufyan memeluk Islam dan tidak terlepas daripada didera oleh kaum musyrikin Makkah. Selepas beberapa pertempuran di antara Muslimin Madinah dan Musyrikin Makkah terjadi, satu perjanjian iaitu Perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani. Perjanjian ini kemudiannya dicabuli oleh sekutu kaum Quraish. Peristiwa ini menyaksikan pembukaan kota Makkah oleh tentera Muslim secara aman. Selepas peristiwa terbabit, Abu Sufyan memeluk agama Islam dengan ikhlas.