Jaja Iliyes: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WinterLight (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6: Baris 6:
| birth_place = [[Segamat]], [[Johor]], [[Malaysia]]
| birth_place = [[Segamat]], [[Johor]], [[Malaysia]]
| residence = [[Kuala Lumpur]]
| residence = [[Kuala Lumpur]]
| alias = Jaja Iliyes DFKL
| education = Diploma Teater dan Animasi
| education = Diploma Teater dan Animasi
| alma_mater = [[Universiti Teknologi MARA]] (UiTM)
| alma_mater = [[Universiti Teknologi MARA]] (UiTM)
Baris 116: Baris 117:
|
|
|-
|-
|rowspan="2" style="text-align:center;"|'''2019'''
|rowspan="3" style="text-align:center;"|'''2019'''
|''[[Titi Kayu]]''
|''[[Titi Kayu]]''
|
|
|rowspan="2" | TV3
|rowspan="3" | TV3
|
|
|-
|-
| ''Resort Berhantu''
| ''Resort Berhantu''
| Suzi
| Suzi
| Telefilem untuk DFKL 2019
| rowspan="2" | Telefilem untuk DFKL 2019
|-
| ''Penunggu Simpang''
|
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 15:46, 23 Mac 2019

Jaja Iliyes
Kelahiran
Siti Hajar binti Iliyes

(1995-08-03) 3 Ogos 1995 (umur 28)
Nama lainJaja Iliyes DFKL
PendidikanDiploma Teater dan Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian1.58 m (5 ka ​2 316 in)

Siti Hajar Iliyes atau lebih dikenali sebagai Jaja Iliyes[a] (lahir 3 Ogos 1995) merupakan pelakon wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjayanya di dunia hiburan, beliau menjadi finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2016 dan sejak itu, telah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem.[2]

Kehidupan peribadi

Jaja merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Segamat, Johor. Selain itu, beliau juga merupakan graduan Diploma Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).[3][4]

Kerjaya

Kerjaya Jaja dalam bidang lakonan bermula melalui uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan pada 2016 apabila seorang sahabatnya meminta beliau menyertai uji bakat tersebut.[5] Selepas beliau berjaya dalam pertandingan tersebut, banyak tawaran lakonan mula diterima. Beliau memulakan telefilem pertama beliau dalam Seutas Gelang Emas dan sebagai watak pembantu dalam Cikgu Dina Pakai Prada dan beberapa buah drama seperti 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku.

Selepas kejayaan drama lakonan beliau seperti drama Meh Sandar Pada Aku yang mula ditayangkan di TV3, Jaja mula mendapat tumpuan para peminat drama tempatan.[6]

Pada 27 Mac 2017, Jaja telah membintangi sebuah telefilem yang bersiaran di TV9. Telefilem terbitan Zambriez Golden Pictures itu yang bertajuk Kerongsang menampilkan artis terkenal seperti Syafie Naswip, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Dalam tahun 2018, Jaja telah membintangi drama Budak Boys lakonan bersama Nafiz Muaz dan Shuhanty Hanafiah serta drama Papa Nak Menantu lakonan bersama Hafidz Roshdi dan Aman Graseka.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 7 Hari Mencintaiku Nadia TV3 Slot Akasia
2017 Meh Sandar Pada Aku Dr. Aleesya Slot Dahlia
Ops Cinta Din Sardin Nini TV9
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Syira TV3 Slot Akasia
2018 Budak Boys Adela Slot Iris
Papa Nak Menantu Syahirah Slot Dahlia
Teratai Kemboja Huda Slot Zehra
Cinta Hati Batu Kristine Slot Lestary

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Seutas Gelang Emas Zaira TV3
Cikgu Dina Pakai Prada TV9
2017 Kung Fu Kaw TV3
Awak Kat Mana TV9
Kerongsang
2019 Titi Kayu TV3
Resort Berhantu Suzi Telefilem untuk DFKL 2019
Penunggu Simpang

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2017 SSPN - i plus (PTPTN)

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 I Can See Your Voice Malaysia Dirinya sendiri/peserta ntv7 Penyiasat jemputan

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)[7] Finalis

Catatan

  1. ^ Dalam kebanyakan kredit lakonannya, beliau dikreditkan sebagai Jaja Iliyes DFKL.

Rujukan

  1. ^ "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2018 – melalui PressReader. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Ardini Sophia Sina (27 Mac 2018). Letak syarat berlakon Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  3. ^ Nurul Fadila Awaludin. "Harapan wajah baharu penghias televisyen". Kosmo. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2017. Dicapai pada 9 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Ardini Sophia Sina (28 Februari 2018). Jaja abai komen negatif Harian Metro. Dicapai pada 23 September 2018.
  5. ^ Rafiq Mazlan (14 Disember 2016). Jaja Iliyes tekad kejar cita-cita Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2017.
  6. ^ Muhamad Fairoz Azizan (27 Januari 2017). Tanpa dirancang, Jaja Iliyes jadi pelakon Berita Harian. Diperoleh pada 22 April 2017.
  7. ^ Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) MyinfoTaip (15 Mac 2016). Dicapai pada 31 Mac 2016.

Pautan luar