Puteri Sarah Liyana: Perbezaan antara semakan
k CyberTroopers telah memindahkan laman Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ke Puteri Sarah Liyana: pemindahan kepada nama yang lebih dikenalI |
Pengemasan. |
||
Baris 24: | Baris 24: | ||
}} |
}} |
||
'''Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin''' (lahir |
'''Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin''' (lahir 1 Disember 1985) merupakan seorang bekas pelakon dan model wanita [[Malaysia]]. |
||
==Kehidupan awal== |
==Kehidupan awal== |
||
Baris 82: | Baris 82: | ||
* [[Putera Katak]] (2010) |
* [[Putera Katak]] (2010) |
||
* [[Janji Kekasih]] (2010) |
* [[Janji Kekasih]] (2010) |
||
* [[Tipah Vavavoom]] (2010) |
|||
* [[Cinta Antara Kita]] (2011) |
* [[Cinta Antara Kita]] (2011) |
||
* [[Evolusi KL Drift: The Series]] (2012) |
* [[Evolusi KL Drift: The Series]] (2012) |
Semakan pada 13:27, 15 April 2020
Puteri Sarah | |
---|---|
Kelahiran | Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin 1 Disember 1985 |
Nama lain | Puteri Sarah |
Pendidikan | Diploma Pengurusan Hotel |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam |
Pekerjaan | Pelakon, peragawati |
Tahun aktif | 2008–2016 (dalam bidang lakonan) |
Pasangan | Syamsul Yusof (k. 2014) |
Anak-anak | 2 |
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (lahir 1 Disember 1985) merupakan seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia.
Kehidupan awal
Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik, memiliki kelulusan Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[1]
Kerjaya
Puteri Sarah pernah menjadi peragawati iklan bagi DiGi, F&N, AG2000 dan Nivea. Beliau juga merupakan duta produk Silky Girl dan Pernah berlakon dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.
Kehidupan peribadi
Pada awal 2013, beliau telah mula bertudung.[2][1]
Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[3]
Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Ammar Alfian. Pada 19 April 2017, Puteri Sarah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini. Berita gembira ini disampaikan oleh suami beliau menerusi laman sosial dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam.[4] Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah.[5][6]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Natasya | Aminah Rhapor | |
2016 | Usin UFO | Husna | Zul Yahya | |
Radhi Rudy Bin Dadu | Arjin Uppal |
Drama
- Dunia Anita (2005-2007)
- Puteri (2005-2008)
- Kawan (2006)
- Kisah Yusof (2007)
- Dendam (2008)
- Renjis (2008)
- Pepaya (2008)
- Na O Mei (2009)
- Sari Maya 2 (2009)
- Asmaradana (2010)
- Putera Katak (2010)
- Janji Kekasih (2010)
- Tipah Vavavoom (2010)
- Cinta Antara Kita (2011)
- Evolusi KL Drift: The Series (2012)
- Friday I'm In Love (2012)
- Indera Joned (2012)
Rujukan
- ^ a b "Bukan sebab putus cinta". Kosmo! Online. 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2013.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Mei 2013). "Tak jadi kudis pun". Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2013.
- ^ Rahman, Ifqdar (10 Mac 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2016.
- ^ "Syamsul Yusof, Puteri Sarah timang bayi lelaki". Sinar Harian. 19 April 2017. Dicapai pada 21 April 2017.
- ^ Hanisah Selamat (17 Mac 2019). "Sumayyah, anugerah buat Syamsul, Puteri Sarah". Berita Harian. Dicapai pada 19 March 2019.
- ^ Hanisah Selamat (17 Mac 2019). "Syamsul Yusof timang cahaya mata kedua". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Mac 2019.