Evolusi KL Drift: The Series

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Evolusi KL Drift: The Series
EvolusiKLDriftTheSeries.jpg
GenreAksi, Drama
PengarahSyafiq Yusof
Rizal Ashreff
Dibintangi oleh
Syamsul Yusof
Zain Saidin
Aaron Aziz
Norman Hakim
Penggubah lagu tema
James Baum
Lagu pembukaanEvolusi KL Drift
Lagu penutupEvolusi KL Drift
PenggubahJames Baum
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod26
Penerbitan
PenerbitDato' Yusof Haslam
Lokasi
Tempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalRTM TV2
Format audioStereo
Siaran asal4 Oktober 2012 – 21 Mac 2013

Evolusi KL Drift: The Series ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 terbitan Skop Productions disiarkan di RTM TV2 dari 4 Oktober 2012 dan hingga 21 Mac 2013.[1] Drama ini diadaptasi daripada siri filem Evolusi KL Drift yang diarahkan oleh Syamsul Yusof,[2] treler siri drama ini telah dimuat naik di YouTube pada 7 September 2012, yang mana di belakang tabir siri ini disiarkan pada 27 September 2012 di TV2 sebelum tayangan perdananya.

Drama ini ialah arahan bersama Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff dan diperkuatkan dengan tema kekeluargaan, persabahatan dan percintaan, dibintangi oleh pelakon asalnya iaitu Syamsul, Rizal Ashreff, Aaron Aziz dengan penambahan daripada pelakon baru.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Evolusi KL Drift ialah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara diterajui dua watak utama Zack dan Sham, dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta drift.

Kelazimannya, bidang perlumbaan kereta drift didominasi oleh golongan maskulin tetapi ia tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai hobi yang dikira berani dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun, perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl rasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta drift ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe, mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Syamsul Yusof kembali melakonkan watak sebagai Zack.
Zain Saidin melakonkan watak sebagai Sham dalam drama ini, menggantikan Farid Kamil yang melakonkan watak sama dalam versi filem.
  • Syamsul Yusof sebagai Zack — Dibesarkan dalam keluarga berada, Zack yang meminati lumba kereta drift bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta. Bapanya ialah seorang tokoh korporat berjaya dan memiliki syarikat automotif di Kuala Lumpur, Zack lebih suka bekerja dengan orang lain daripada keluarganya sendiri kerana ingin mencari kepuasan dalam menimba pengalaman. Seorang yang berdikari, Zack tidak mahu terlalu bergantung kepada bapanya yang begitu tegas, dia terjebak dengan percintaanya dengan Tasha, dan berusaha sedaya upaya untuk membimbing Zack ke jalan benar.
  • Zain Saidin sebagai Sham — Rakan karib kepada Zack, bekerja di bengkel sama seperti Zack, Rizal dan Razi. Sham bercita-cita untuk mempunyai bengkel kereta sendiri, dia juga jatuh cinta dengan Tasha tetapi dicemburui oleh Zack.
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Tasha — Tasha ialah seorang pelajar kolej, dibesarkan dalam keluarga berada dan bermasalah, sering berkunjung ke kelab malam bagi melepaskan tekanan. Tasha yang mempunyai masalah dengan keluarganya yang datangnya daripada bapanya yang merupakan seorang kaki perempuan, meminati sukan drift dan ketika itulah beliau bertemu dengan Zack.
  • Norman Hakim sebagai Joe — Orang kanan kepada Dino, Joe mempunyai banyak konflik serta dilema dalam kehidupannya yang membuatkannya terlibat dengan jenayah. Perjalanan kehidupannya begitu berombak kerana konfliknya bersama keluarganya. Mempunyai masalah keluarga, Joe telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Lisa, tetapi telah bercerai. Pada masa yang sama, Joe amat menyayangi keluarganya terutamanya Lisa.

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Aaron Aziz memegang watak sebagai Dino.
  • Aaron Aziz sebagai Dino — Dino ialah seorang ketua samseng yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripada Joe, mengetuai satu kumpulan yang menjalankan kegiatan haram, terlibat dengan perlumbaan drift dan pengedaran dadah.
  • Lana Nodin sebagai teman wanita Karim

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Saiful Nizen Ayob sebagai Karl — Orang kanan Joe.
  • Ammar Alfian sebagai Ery — Orang kanan Joe.
  • Syafiq Yusof sebagai Daniel — Adik kepada Zack. Tidak seperti abangnya, Daniel lebih suka bekerja di syarikat bapanya dan berusaha untuk memujuk abangnya supaya bekerja dengan keluarganya. Merapatkan silaturrahim antara abangnya dan bapanya.
  • Rizal Ashreff sebagai Rizal — Rakan karib Zack, bekerja di bengkel sama seperti Sham, Zack dan Radzi.
  • Zach X Factor sebagai Faliq — Abang kepada Tasha, Faliq ialah seorang yang sangat tegas dengan adiknya yang suka bersosial, suka mengongkong adiknya kerana tidak mahu kehidupan Tasha hancur.
  • Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Hashim — Datuk Hashim ialah seorang tokoh korporat berjaya dan memiliki sebuah syarikat automotif dan bapa kepada Zack dan Daniel.
  • Aida Khalida sebagai Datin Faridah — Datin Faridah ialah ibu kepada Zack dan Daniel.
  • Julia Hana sebagai Maria — Bekas isteri Joe.
  • Ridzuan Hashim sebagai Karim (bapa Faliq dan Tasha)
  • Raja Noor Baizura sebagai ibu Faliq dan Tasha
  • Reen Rahim sebagai Amy — Rakan karib Tasha
  • Sura Sojangi sebagai Dina — Rakan karib Tasha
  • Ruzzlan Abdullah Shah sebagai pemilik bengkel
  • XY Zakari sebagai Radzi
  • Taib Mahmud sebagai Budin — Budin ialah bekas bapa mentua Joe, bapa kepada Maria dan datuk kepada Lisa.
  • Raffi Hussain sebagai Rafi — Rafi ialah teman lelaki Maria, kemudian mengahwininya. Tetapi cuba memperkosa Lisa, namun niatnya berjaya dihalang oleh Budin.
  • Syamiem Elnisa sebagai Lisa (anak perempuan Joe)

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2012, Skop Productions telah mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan filem ini dalam bentuk drama bersiri sebanyak dua musim dan 26 episod yang dijangka bakal ditayangkan di TV2 bermula awal Oktober 2012, selepas dua siri filem Evolusi KL Drift mendapat sambutan positif daripada penonton. Bagi memberi kelainan dari segi sentuhan, Skop Productions telah memberi tanggungjawab mengarahkan drama ini kepada Syafiq Yusof[3] dan Rizal Ashreff (yang turut berlakon dalam dua filem asal)[3] yang merupakan anak saudara Datuk Yusof Haslam.[4] Menurut Datuk Yusof, penerbitan drama tersebut merupakan permintaan RTM sejak 2009 lagi apabila filem itu telah mendapat sambutan pecah panggung.[4]

"Penerbitan drama ini hasil perkongsian pintar Skop Productions dengan RTM, jadi kami hasilkan drama ini sesuai untuk penonton,"[4]
Yusof Haslam berkata demikian semasa majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional di Kuala Lumpur (FINAS).[4]

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Program Televisyen RTM, Suhaimi Jamelin.[4] Menurut Yusor, kelainan drama itu berbanding filem yang pernah diarahkan oleh Syamsul Yusof ialah ia mempunyai pelbagai genre seperti aksi lasak, kekeluargaan dan konflik percintaan.[4]

Bagaimanapun, barisan pelakon drama berkenaan masih mengekalkan Syamsul sebagai tunjang utama selain pelakon undangan khas seperti Aaron Aziz,[5] Norman Hakim, Puteri Sarah Liyana, Zain Saidin, Ammar Alfian, Zack X-Factor, Rizal Ashreff, Syafiq, Datuk Jalaludin Hassan, Ridzuan Hashim dan Aida Khalida.[4] Demi merealisasikan beberapa babak agar kelihatan nyata, drama yang menelan kos hampir RM1 juta itu telah mengakibatkan beberapa buah kereta drift rosak.[4]

Perbezaan daripada filem[sunting | sunting sumber]

Filem Siri TV
Watak keluarga Zack tiada di dalam filem. Watak keluarga Zack ditampilkan dalam drama.
Fasha mengambil dadah dan tidak berkunjung ke kelab malam. Tasha berkunjung ke kelab malam.
Joe tidak mati dalam kemalangan jalan raya pada penamat filem, sebaliknya terselamat. Joe meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan keretanya meletup.
Radzi ditemui mati di bengkel Zack dalam filem ini. Radzi tidak meninggal dunia dalam drama ini.
Rizal Ashreff memegang watak Mus dalam filem. Rizal Ashreff memegang watak dirinya sendiri dalam drama.
Watak Dino tidak ditonjolkan. Watak Dino ditonjolkan dalam siri ini.
Isteri dan anak perempuan Joe tidak ditonjolkan dalam filem. Isteri dan anak perempuan Joe ditonjolkan dalam drama.
Zack nyaris dilanggar oleh Joe semasa melintas di jalan raya. Zack nyaris dilanggar oleh Joe semasa berjalan di tapak perlumbaan kereta drift.

Tema dan gaya[sunting | sunting sumber]

Menurut penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, apa yang telah ditunjukkan dalam Evolusi KL Drift: The Series ialah tidak hanya mengangkat kisah perlumbaan kereta semata-mata, tetapi ia turut menampilkan tema kekeluargaan, percintaan, konflik antara keluarga dan rakan. Rizal Ashreff pula berkata ia bukan cerita mengenai samseng, tetapi ia merupakan siri drama mempunyai nilai-nilai moral dari segi kekeluargaan, persahabatan yang mempunyai unsur pengajarannya. Syafiq pula berkata terdapat nilai-nilai murni yang diterapkan dalam siri ini untuk masyarakat umum, bertujuan untuk memberikan pesanan berguna agar apa yang dipaparkan dalam Evolusi KL Drift: The Series harus dijadikan iktibar dan pengajaran oleh penonton dan masyarakat.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem Evolusi KL Drift 2 telah digunakan sebagai lagu tema pembukaan dan penutup bagi drama ini dan ia dinyanyikan oleh James Baum, bersama Daly dari kumpulan Ahli Fiqir dan Moots! dari kumpulan Pop Shuvit.

Lagu zikir nyanyian Hafiz Hamidun dalam album Zikir Terapi Diri turut digunakan sebagai lagu latar untuk beberapa babak siri drama ini, terutama babak melibatkan konflik kekeluargaan dan permasalahan, lagu zikir Hafiz turut digunakan dalam Gerak Khas.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2014 Anugerah Skrin 2014 Evolusi KL Drift: The Series Drama Rantaian Terbaik Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Drama berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Evolusi KL Drift: The Series Blog With Yatt (20 September 2012). Dicapai pada 13 November 2012.
  2. ^ Siti Juliana Mohd Johar (21 September 2012). "Syamsul yakin kebolehan Syafiq arah drama bersiri". Sinar Harian. Dicapai 14 Mac 2015. 
  3. ^ a b Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  4. ^ a b c d e f g h Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  5. ^ Budiey Isma (30 September 2012). Aaron Aziz dalam Drama Bersiri Evolusi KL Drift Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Oktober 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]