4 Mac: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k bot menambah: yi:4 מערץ |
|||
Baris 151: | Baris 151: | ||
[[vls:4 moarte]] |
[[vls:4 moarte]] |
||
[[war:Marso 4]] |
[[war:Marso 4]] |
||
[[yi:4 מערץ]] |
|||
[[yo:4 March]] |
[[yo:4 March]] |
||
[[zh-yue:3月4號]] |
[[zh-yue:3月4號]] |
Semakan pada 09:23, 4 Mac 2009
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
4 Mac merupakan hari ke-63 (hari ke-64 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 302 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Santo Casimir di Lithuania dan Poland.
Peristiwa
- 51 - Nero, bakal Maharaja Rom, disembahkan gelaran princeps iuventutis (ketua pemuda).
- 1386 - Władysław II Jagiełło (Jogaila) dimahkotakan sebagai Raja Poland.
- 1461 - Perang Bunga Ros di England: Raja Henry VI (gambar) daripada Rumah Lancaster digulingkan oleh saudara sepupunya daripada Rumah York yang kemudian menjadi Raja Edward IV.
- 1681 - Raja Charles II dari England memberikan William Penn piagam untuk Koloni Pennsylvania.
- 1769 - Charles Messier menemui Orion Nebula (gambar), mengkatalogkannya sebagai Messier 42 dalam senarai objek Messiernya.
- 1825 - Walaupun kalah dalam kedua-dua pengundian Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat dan pilihan raya presiden pada 1824, John Quincy Adams dilantik dalam upacara khas sebagai Presiden Amerika Syarikat yang keenam.
- 1877 - Balet Swan Lake gubahan Pyotr Ilyich Tchaikovsky membuat persembahan pertamanya di Teater Bolshoi di Moscow.
- 1877 - Emile Berliner mencipta mikrofon.
- 1882 - Tram elektrik pertama di Britain beroperasi di London Timur.
- 1894 - Sebuah kebakaran besar di kota Shanghai membinasakan lebih seribu buah bangunan.
- 1904 - Perang Rusia-Jepun: Tentera Rusia di Korea berundur ke arah Manchuria diikuti 100,000 tentera Jepun.
- 1911 - Victor Berger dari negeri Wisconsin menjadi ahli kongres sosialis pertama di Amerika Syarikat.
- 1917 - Jeannette Rankin dari negeri Montana menjadi wanita pertama yang menganggotai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat.
- 1917 - Pelepasan takhta oleh Grand Duke Michael Alexandrovich dari Rusia rdiumumkan, sementara Tsar Nicholas II dari Rusia mengeluarkan manifesto turun takhtanya. Revolusi Februari dijayakan.
- 1918 - Berlakunya kes pertama selesema Sepanyol, iaitu permulaan wabak dahsyat yang merebak ke seluruh dunia.
- 1925 - Calvin Coolidge menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang disiarkan upacara perlantikannya melalui corong radio.
- 1929 - Charles Curtis menjadi Naib Presiden berketurunan pribumi Amerika yang pertama.
- 1931 - Wizurai British di India, Gabenor-Jeneral Edward Frederick Lindley Wood dan Mohandas Gandhi (Mahatma Gandhi) bertemu untuk memeterai perjanjian yang menjangka pembebasan tahanan politik serta penggunaan garam secara bebas oleh golongan fakir miskin.
- 1980 - Robert Mugabe daripada parti Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe dipilih sebagai ketua kerajaan Zimbabwe yang pertama.
- 2006 - Cubaan terakhir menghubungi Pioneer 10 oleh Deep Space Network gagal menerima maklumbalas.