Amir dan Loqman Pergi ke Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amir dan Loqman Pergi ke Laut
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehNazim Shah
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 25 September 2014 (2014-09-25) (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 310,850

Amir dan Loqman Pergi ke Laut ialah sebuah filem komedi jenayah Malaysia 2014 arahan Mamat Khalid terbitan Astro Shaw dan Greenlight Pictures. Ia dibintangi oleh Shuk Sahar dan Shuib Sepahtu, ditayangkan pada 25 September 2014.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan sepasang sahabat baik Amir (Shuib) dan Loqman (Shuk) yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil seperti kedai kredit kerana perlu membayar RM30, 000 seorang sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan. Cubaan mereka selalu gagal dek sifat mereka yang lurus bendul malah tak pernah tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah.

Mereka yang pada awalnya menyangka akan popular, mudah mendapat teman wanita, memasuki kelab secara percuma dan pelbagai lagi kemewahan dan kemudahan apabila menyertai kumpulan gengster. Namun hari demi hari mereka mulai sedar yang semua ini adalah tidak benar. Sewaktu menganggotai kumpulan itu mereka diberikan kerja-kerja kecil yang langsung tidak memberi sebarang faedah kepada mereka; sehinggakan mengutip bola snuker yang terjatuh pun perlu dilakukan.

Demi meneruskan kehidupan, Amir dan Loqman masing-masing bercita-cita untuk membuka sebuah restoran di tepi laut sebaik sahaja mereka berjaya keluar daripada kumpulan gengster. Malah memasang niat untuk membawa bersama Mata Sedih (Kunie), kakak yang selama ini menjaga mereka sejak mereka memasuki kumpulan itu. Dalam masa yang sama, Loqman pula telah digoda oleh teman wanita Big Joe, ketua kumpulan gengster mereka iaitu Balqis (Zarina Anjoulie).

Pelbagai kejadian lucu berlaku di sepanjang misi terakhir mereka sehingga ada yang hampir membahayakan nyawa. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi untuk keluar dari kumpulan gengster? Apakah nasib yang menimpa Loqman apabila Big Joe mengetahui tentang Balqis dan dirinya? Apa yang berlaku dengan impian mereka untuk membuka restoran?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Sebelum meraih kemasyhuran, Fendy Bakry memegang watak kecil dalam filem ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haryati Karim (24 September 2014). Bila Shuib, Syuk jadi gangster Diarkibkan 2018-06-16 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 21 November 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]