Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh
Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh | |
---|---|
Pengarah | Mamat Khalid |
Penulis | Mamat Khalid |
Lakon layar | Mamat Khalid |
Dihasilkan oleh | Zairul Azman |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Amen Khalid |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.8 juta |
Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (atau Werewolf Dari Bangladesh sahaja) merupakan sebuah filem seram komedi gelap Malaysia 2015 arahan Mamat Khalid. Dibintangi oleh Usop Wilcha, Zizan Razak, Saiful Apek, Rab Khalid, Sharwani NS dan Emma Maembong, filem ini ditayangkan pada 5 Mac 2015.[1][2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah bermula 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan. Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.
Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar iaitu Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati. Di Malaysia, Usop Wilcha yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.
Pada masa sama, wabak werewolf (serigala jadian) itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi. Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.[4]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Zizan Razak sebagai Pilun
- Saiful Apek sebagai Mirdu
- Usop Wilcha sebagai Usop
- Rab Khalid sebagai Yeh Sekupang
- Adi Shamsul sebagai Adi
- Sharwani NS sebagai Wahab B
- Emma Maembong sebagai Jenab
- Ahmad Maembong sebagai Jacob
- Geoff Andre Feyaerts sebagai Abrahamovic
- Amir Raja Lawak sebagai Penampilan Khas
- Afry Wijoyo sebagai Pelakon Tambahan
- Muhamad Ikhwan sebagai Kumba
- Muhamad Azwan sebagai Kumbi
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh diarahkan oleh Mamat Khalid, terkenal dengan karya bergenre komedi, beliau turut menulis lakonlayar. Usop Wilcha yang sebelum ini muncul dalam beberapa filem arahan Mamat, memegang watak sebagai Usop. Emma Maembong yang terkenal dengan peranan lakonan di televisyen seperti Astana Cinta Aleesa dan Projek Memikat Suami, memegang watak sebagai Jeynab; Werewolf Dari Bangladesh merupakan filem pertama lakonannya.[5] Kos pembikinan dianggarkan berjumlah RM1.8 juta dan penggambaran dijalankan di Taiping dan Ipoh, Perak.[6]
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh ditayangkan pada 5 Mac 2015 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Aqmar Mustaza, menulis untuk Sinar Harian merasakan beberapa watak di dalam filem ini ibarat "sudah basi untuk dipertontonkan lagi".[7] Mengulas untuk mStar Online, Shazryn Mohd Faizal melihat filem ini banyak yang boleh dibincangkan terutama dari segi pengisiannya yang menyaksikan sinikal Mamat masih lagi tajam terutama dalam membincangkan aspek permasalahan pemikiran orang Melayu secara khususnya.[1] Syed Mussaddad Syed Mahdi menulis untuk Utusan Malaysia pula berhujah bahawa Werewolf Dari Bangladesh digarap secara santai dan menghiburkan dan menganggap satira yang disampaikan oleh Mamat masih berbisa dengan subjek Bangladesh yang lebih antarabangsa.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Shazryn Mohd Faizal (9 Mac 2015). "Sinikal Mamat Khalid Masih Tajam Dalam 'Werewolf Dari Bangladesh'". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-26. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Budiey (19 Februari 2015). "Lawak Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Norhayati Nordin (3 Mac 2015). "Serigala jadian dari Bangladesh". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Budiey (19 Februari 2015). "Sinopsis Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ "Werewolf Dari Bangladesh ada kelainan tersendiri". My News Hub. 28 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-26. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ "Werewolf Dari Bangladesh". Selebriti Online. 16 Februari 2015. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Aqmar Mustaza (7 Mac 2015). "Zombi ke serigala jadian". Sinar Harian. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (1 Mac 2015). "Satira yang mesti tonton". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 November 2017.