Hantu Kak Limah (siri filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hantu Kak Limah)
Jump to navigation Jump to search
"Hantu Kak Limah" dilencongkan ke sini. Untuk filem ketiga dalam siri filem ini yang turut dikenali sebagai Hantu Kak Limah sahaja, sila lihat Hantu Kak Limah 3.
Hantu Kak Limah
PengarahMamat Khalid
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
PenulisMamat Khalid
Dibintangi oleh
Sinematografi
  • Helmi Yusof (1)
  • Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin (2)
  • Jack Rahmad (3)
Disunting oleh
  • Zappa Khalid (1-2)
  • Amen Khalid (3)
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
  • 1: 9 Disember 2010
  • 2: 7 Februari 2013
  • 3: 9 Ogos 2018
Tempoh tayangan
297 minit (13)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 4.09 juta
Pecah panggungRM 50.79 juta

Hantu Kak Limah ialah siri filem komedi seram Malaysia yang terdiri daripada kesemua tiga filem yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penerbit. Tayangan Unggul menerbitkan dua siri filem, manakala Astro Shaw dan Infinitus Productions menerbitkan filem ketiga.[1] Delimawati, Awie dan Rab Khalid telah membintangi kesemua tiga filem.[2]

Filem pertama merupakan kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM7.90 juta.[3] Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2013, menjadi kejayaan dari segi kewangan.[4] Manakala pada 2018, filem ketiga meraih kutipan pecah panggung tertinggi dalam sejarah industri perfileman Malaysia.[5]

Filem[sunting | sunting sumber]

Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)[sunting | sunting sumber]

Husin yang telah 2 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.[6]

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013)[sunting | sunting sumber]

Beberapa tahun selepas kejadian filem pertama, Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.[7]

Hantu Kak Limah 3 (2018)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Hantu Kak Limah 3

Husin pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda, Wani dan Yeh Sekupang di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.[8]

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Filem
Hantu Kak Limah Balik Rumah
(2010)
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
(2013)
Hantu Kak Limah
(2018)
Kak Limah Delimawati
Husin Awie
Yeh Sekupang Rab Khalid
Usop Usop Wilcha
Pak Jabit Man Kadir
Pak Abu Zami Ismail
Wan Kaswi Azwan Annuar
Abi Hurairah Johan Raja Lawak
Cik Nin Ummi Nazeera
Wak Joko Soffi Jikan
Musalman Pekin Ibrahim Pekin Ibrahim
Mon Ezlynn
Dr. Samsudin Rashidi Ishak
Solihin Zul Ariffin
Eton/Puteri Bunian Uqasha Senrose
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru[sunting | sunting sumber]

Kru Filem
Hantu Kak Limah Balik Rumah
(2010)
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
(2013)
Hantu Kak Limah 3
(2018)
Pengarah Mamat Khalid
Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai
Penulis Mamat Khalid
Sinematografi Helmi Yusof Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin Jack Rahmad
Penyunting Zappa Khalid Amen Khalid
Syarikat penerbitan Tayangan Unggul Astro Shaw
Infinitus Productions
Tarikh keluaran 9 Disember 2010 7 Februari 2013 9 Ogos 2018
Tempoh masa 96 minit 90 minit 111 minit

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet Rujukan
Hantu Kak Limah Balik Rumah 9 Disember 2010 RM 7.90 juta RM 1.42 juta [9]
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit 7 Februari 2013 RM 5.89 juta RM 1.65 juta [10]
Hantu Kak Limah 9 Ogos 2018 RM 37 juta RM 1.02 juta [11]
Jumlah RM50.79 juta RM4.09 juta [12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Hantu Kak Limah' makes history at box office". The Star Online. 23 Ogos 2018. Dicapai 30 Ogos 2018. 
  2. ^ Raja Yusoff Ariffin (26 Ogos 2018). "Mamat menyindir Melayu dengan hantu". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Ogos 2018. 
  3. ^ Syazwan Zakariah (16 Disember 2010). Mari balik ke panggung Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Jun 2011.
  4. ^ Hantu Kak Limah 2 janjikan kelainan Sinar Harian (31 Januari 2013). Dicapai pada 24 Ogos 2013.
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (19 November 2017). Hantu Kak Limah 3 lebih kelakar Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  6. ^ Budiey (23 November 2010). Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  7. ^ Mohd Al Qayum Al-Azizi (7 Februari 2013). Keharmonian Masyarakat Dalam 'Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit' mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  8. ^ Nan Hidayat Nan Azmie (19 November 2017). Hantu Kak Limah: sutradara sama, ceritera berbeza Kosmo!. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  9. ^ Tayangan Filem Cereka Tahun 2010, Finas. Diperoleh pada 10 Januari 2011.
  10. ^ Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit berjaya kutip RM4 juta selepas seminggu ditayangkan Rotikaya (14 Februari 2013). Diperoleh pada 22 Ogos 2013.
  11. ^ Hantu Kak Limah kutip RM20.5 juta, cipta sejarah Sinar Harian (20 Ogos 2018). Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  12. ^ Zainuri Misfar (29 Ogos 2018). "Hantu Kak Limah cipta rekod kutipan sukar ditandingi". Berita Harian. Dicapai 25 Ogos 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan IMDb untuk siri filem Hantu Kak Limah