Malaclemys

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Malaclemys
Diamond terrapin turtle reptile malaclemys terrapin.jpg
Kura-kura Punggung Berlian
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Emydidae
Subkeluarga: Deirochelyinae
Genus: Malaclemys
Gray, 1844 [2]
Spesies: M. terrapin
Nama binomial
Malaclemys terrapin
(Schoepff, 1793) [2]
Sinonim[3][4]

Malaclemys juga dikenali sebagai Diamondback Terrapin (Bahasa Melayu: Kura-kura Punggung Berlian)[5] atau Kura-kura Daiman ialah kura-kura yang berasal dari perairan payau di timur dan selatan Amerika Syarikat, dan Pulau Bermuda.[6] Ia adalah genus monotip dan mempunyai taburan terbesar di Amerika Utara, iaitu merangkumi sepanjang semenanjung Florida hinggalah ke utara Cape Cod.[7]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Corak berlian pada bahagian belakang
Betina dewasa

Nama "berlian" merujuk kepada corak seakan-akan berlian yang terdapat pada karapas (tempurung) kura-kura ini. Cangkerangnya sangat besar pada bahagian belakang berbanding plastronnya. Warna cangkerangnya pelbagai iaitu daripada kelabu hinggalah coklat, dan badannya boleh jadi berwarna kelabu, coklat, kuning, atau putih. Kesemuanya mempunyai corak unik, berkeruit (berombak), bertanda hitam atau berbintik pada badan dan kepala. kura-kura ini mempunyai kaki berselaput renang yang agak besar. Spesies ini mempunyai perbezaan dimorfisme di mana jantan mempunyai saiz 13 cm (5.1 in), manakala betina pula sekitar 19 cm (7.5 in). Saiz kura-kura betina terbesar boleh mencapai sehingga lebih 23 cm (9.1 in) panjang. kura-kura daripada kawasan yang bercuaca panas cenderung lebih besar berbanding kawasan yang lebih sejuk, iaitu di bahagian utara.[8] Kura-kura jantan mencapai berat sekitar 300 g (11 oz), manakala betina pula 500 g (18 oz).[9] Kura-kura betina boleh mencapai berat sehingga 1,000 g (35 oz).[10]

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini mendiami kawasan muara sungai yang berhampiran laut. Mereka mempunyai kebolehan kendiri mengatasi kemasinan air laut dan boleh hidup dalam persekitaran tersebut dalam tempoh yang agak panjang.[11] Kulit mereka juga tidak telap air masin kerana wujudnya kelenjar lakrima garam,[12][13] dan kebolehan ini tidak ada pada kura-kura lain. Mereka boleh menentukan tahap kemasinan air.[14] Biasanya kura-kura ini memperoleh air minum dengan membuka mulut dan mendongak kepala keatas bagi memperoleh air hujan.[14][15]

Mereka perenang yang baik. mempunyai kaki berselaput renang, namun tidaklah ketara seperti penyu laut. Seperti genus Graptemys, mereka mempunyai rahang yang kuat untuk menghancurkan cangkerang mangsa, seperti kerang dan siput. Kura-kura betina memiliki rahang berotot yang kuat berbanding jantan.[16]

Subspesies[sunting | sunting sumber]

Terdapat tujuh subspesies yang kini telah disahkan.

Spesies yang dijumpai di Bermuda, telah lama wujud di situ dan bukan dibawa masuk oleh manusia. Ia tidak dikelaskan sebagai subspesies, kerana berdasarkan kajian mtDNA, ia mempunyai pertalian dengan spesies dari Carolina.[6]

Taburan dan Habitat[sunting | sunting sumber]

Kura-kura Punggung Berlian mendiami kawasan-kawasan sempit sepanjang pantai dan teluk Amerika Syarikat yang berhadapan dengan Lautan Atlantik, sejauh Utara Cape Cod, Massachusetts hingga ke penghujung Semenanjung Florida serta sepanjang Teluk Amerika Syarikat ke Texas. Kebanyakan kawasan habitatnya dipenuhi oleh tumbuhan seperti Spartina dan pokok-pokok bakau.[19] Kura-kura ini juga boleh hidup di kawasan air tawar dan air masin yang mempunyai tahap kemasinan sederhana. Mereka tiada pesaing daripada kura-kura lain, walaupun terdapat juga kura-kura Common snapping turtles yang mendiami tempat yang sama.[20] Tidak dapat dipastikan mengapa mereka cenderung mendiami kawasan muara pantai dengan kemasinan tersebut, walaupun kura-kura yang dibela juga boleh tinggal di kawasan air tawar sepenuhnya. Hal ini mungkin disebabkan terdapatnya sumber makanan yang mudah diperoleh di muara yang didiami.[21] Mereka tinggal di kawasan pantai sahaja, tidak seperti penyu yang menjadikan lautan luas sebagai habitat kekal. Spesies yang berasal dari Bermuda telah lama wujud di situ dan bukan dibawa masuk oleh manusia[6] kerana mereka juga cenderung menetap di sesuatu kawasan tanpa bermigrasi.[22][23][24]

Kitaran hidup[sunting | sunting sumber]

Kura-kura dewasa mengawan pada awal musim bunga dan boleh menghasilkan sebanyak 4-22[25] biji telur di dalam pasir yang dikorek pada awal musim panas. Biasanya telur tersebut akan menetas pada akhir musim panas atau awal musim luruh. Kematangan kura-kura adalah sekitar 2–3 tahun, dengan panjang badannya 4.5 inci (110 mm); berbanding kura-kura betina yang mencapai kematangan lebih lama: 6–7 tahun (8–10 tahun bagi Kura-kura Punggung Berlian Utara) dengan panjang sekitar 6.75 inci (171 mm).

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Proses mengawan berlaku sepanjang bulan Mei hingga Jun, sama seperti Kura-kura Telinga Merah (Trachemys scripta).[26] Kura-kura betina boleh mengawan beberapa kali dengan jantan yang berbeza selama bertahun-tahun,[27] menyebabkan setiap telurnya mempunyai bapa yang berbeza.

Penentuan jantina anak kura-kura bergantung kepada suhu yang berbeza semasa proses pengeraman telur. Biasanya kura-kura betina liar boleh bertelur sebanyak tiga kali dalam setahun,[28] berbanding kura-kura yang dibela, mereka boleh bertelur lima kali dalam masa yang sama.[29] Walau bagaimanapun, kekerapan ini masih tidak dapat disahkan.

Pembinaan sarang telur adalah di kawasan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan berhampiran laut[30] pada bulan Jun dan Julai, namun pembinaan sarang bermula akhir bulan April di Florida.[31] Kura-kura betina akan mencari tempat bertelur lain jika mereka diganggu. Saiz sarang telurnya juga berbeza-beza. Rekod mencatatkan 5.8 telur di selatan Florida[32] dan 10.9 biji di New York.[28] Selepas mengambus telur, kura-kura betina akan menuju ke laut, dan hanya naik ke darat apabila ingin bertelur.

Telur akan menetas selepas 60–85 hari, bermula bulan Ogos dan September.[33] Biasanya anak kura-kura akan menetap di darat berhampiran sarang mereka pada kedua-dua musim luruh dan musim bunga. Sesetengahnya ada yang kekal di darat sepanjang musim sejuk di tempat-tempat tertentu.[31][34] Kebolehan kura-kura dewasa mengatasi kemasinan air masin lebih baik berbanding anak kura-kura, [22] oleh itu, anak kura-kura lebih banyak menghabiskan masa di darat berbanding kura-kura dewasa terutamanya selepas menetas dan melalui sepanjang musim sejuk.

Kadar pertumbuhan, usia kematangan, dan umur maksimum masih tidak diketahui bagi kura-kura liar, tapi kura-kura jantan mencapai tempoh kematangan semasa kecil. Manakala kura-kura betina mencapai tempoh kematangan ditentukan oleh saiznya berbanding umur.[35] Penentuan umur kura-kura melalui lingkaran pada karapas (tempurung) masih belum disahkan, tapi boleh digunakan sebagai anggaran kasar.

Aktiviti bermusim[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini hanya naik ke darat untuk bertelur, jadi banyak aspek pelakuannya yang masih kabur. Ada pendapat menyatakan bahawa mereka berhibernasi di dalam lumpur dan paya-paya bakau pada musim sejuk.[36]

Diet[sunting | sunting sumber]

Pemakanannya masih lagi dikaji. Dietnya terdiri daripada udang, kerang, ketam, kupang dan invertebrata marin lain,[23] seperti siput.[37]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Anak Kura-kura.

Status[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1900an spesies ini pernah dijadikan menu istimewa dalam makanan masyarakat Amerika sehingga menyebabkan ia hampir pupus. Populasinya mula menurun di kawasan-kawasan pantai. Kebanyakannya ditemui cedera akibat terkena bilah motorbot. Antara punca kematian adalah terperangkap dalam jaring udang kara dan ketam. Oleh itu, ia dikelaskan sebagai haiwan terancam di Pulau Rhode, dianggap haiwan terjejas di Massachusetts dan dianggap sebagai "spesies yang dibimbangi" (species of concern) di Georgia, Delaware, Alabama, Louisiana, utara Carolina, dan Virginia.[petikan diperlukan] Malah haiwan ini disenaraikan sebagai "spesies yang diutamakan" (high priority species) di bawah Akta Pelan Hidupan Liar Selatan Carolina[38]. Di New Jersey, ia disenaraikan sebagai haiwan Kawalan Khas (Special Concern) pada tahun 2001. Pada bulan Julai 2016, spesies ini disenaraikan sebagai haiwan yang tidak boleh diburu.[39][40] Walaupun ia tidak boleh diburu di Connecticut pada musim pemburuan, namun undang-undang ini bergantung kepada status perlindungan oleh kerajaan.[41]

Earthwatch Institute, sebuah kumpulan sukarelawan global bersama beberapa saintis telah menubuhkan kajian, "Pelabelan Kura-kura Pantai Jersey" (Tagging the Terrapins of the Jersey Shore). Projek ini memberi peluang para sukarelawan menyubang usaha dalam melestarikan alam sekitar daripada kerakusan pembangunan. Pakar herpetologi (saintis reptilia), Dr. Hal Avery, Dr. Jim Spotila, Dr. Walter Bien dan Dr. Ed Standora memandang serius program ini dan menyokong usaha dalam menambahkan lagi jumlah populasi haiwan ini.[42]

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Pembinaan bangunan di sepanjang pantai menyebabkan kemusnahan habitat kekal spesies-spesies ini.[43] Akibatnya, lebih 75 peratus kawasan pantai yang menjadi habitat kura-kura ini musnah. Malah, peningkatan paras laut menambahkan lagi ancaman sedia ada.

Selain itu, penggunaan perangkap ketam, seperti "perangkap hantu" (ghost traps) yang ditinggalkan semasa proses menjerat ketam,[44][45] meningkatkan lagi risiko ancaman kerana kura-kura yang terperangkap dalam perangkap ini, biasanya lemas dan mati dalam perangkap tersebut akibat ditinggalkan dalam waktu yang lama.[46]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Arca kura-kura di University of Maryland

Pada abad ke-18, populasi Kura-kura Punggung Berlian di Maryland, sangat banyak sehinggalah terdapat permintaan sup kura-kura pada penghujung abad ke-19. Selepas itu, pemburuan terhadap dagingnya meningkat sehingga mencecah 89,150 paun daging, di Teluk Chesapeake sahaja dalam setahun. Pada tahun 1899, kura-kura ini menjadi menu makan malam ketiga termahal di Restoran Delmonico di Bandaraya New York. Pengunjung boleh menempah kura-kura dari Maryland atau Baltimore pada harga $2.50. Peningkatan pemburuan daging haiwan ini meningkat sehingga hanya 823 paun sahaja daging yang dibekal pada tahun 1920.[47]

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), sebanyak 18 perlanggaran melibatkan Kura-kura Punggung Berlian dan kapal terbang dilaporkan di Amerika Syarikat dari tahun 1990 hingga 2007, dan tiada satu melibatkan kerosakan pada kapal terbang.[48] Pada 8 Julai 2009, penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di Bandaraya New York terpaksa ditunda sehingga satu jam setengah disebabkan 78 ekor kura-kura spesies ini melintas di landasan laluan penerbangan berkenaan. Menurut pihak berkuasa lapangan terbang, kura-kura ini dipercayai melalui landasan untuk mencari kawasan bertelur. Mereka kemudiannya dipindahkan ke tempat lain yang lebih selamat.[49]

Sebagai simbol[sunting | sunting sumber]

Maryland menjadikan haiwan ini sebagai simbol rasmi negeri pada tahun 1994. Sejak tahun 1933, Universiti Maryland menjadikan haiwan ini sebagai maskot dan menamakan maskot sukan mereka sebagai The Diamondback melalui majalah terbitannya sejak 1921. Atlitnya pula sering digelar "Terps".[50] Kura-kura ini menjadi simbol lagu "Terrapin Station" oleh kumpulan Grateful Dead. Banyak imej kura-kura menari bersama tambourin di poster-poster, baju-T dan sebagainya.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ IUCN Red List: Malaclemys terrapin IUCN Red List: Malaclemys terrapin:)
  2. ^ a b c d e f g h Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley (2010-12-14). "Turtles of the world, 2010 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5: 000.101. 
  3. ^ a b c d Malaclemys terrapin (SCHOEPFF, 1793) - The Reptile Database
  4. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 190–192. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai 29 May 2012. 
  5. ^ http://ssturtleindonesia.blogspot.my/2017/06/genus-malaclemys-kura-kura-punggung.html
  6. ^ a b c Parham, J.F.; Outerbridge, Monika. E.; Stuart, B.L.; Wingate, D.B.; Erlenkeuser, H.; Papenfuss, T.J. (2008). "Introduced delicacy or native species? A natural origin of Bermudian terrapins supported by fossil and genetic data". Biol. Lett. 4 (2): 216–219. doi:10.1098/rsbl.2007.0599. 
  7. ^ Seigel, Richard A. "Nesting Habits of Diamondback Terrapin (Malaclemys terrapin) on the Atlantic Coast of Florida". 83. Department of Biological Studies, University of Central Florida: 239–246. JSTOR 3628414. 
  8. ^ Davenport, John (1992)."The Biology of the Diamondback Terrapin Malaclemys Terrapin (Latreille)" Diarkibkan 2009-10-17 di Wayback Machine., Tetsudo, 3(4)
  9. ^ http://www.dep.state.fl.us/coastal/sites/stmartins/pub/SMM_Terrapin_Report.pdf
  10. ^ Diamonds in the marsh: a natural history of the diamondback terrapin - Barbara Brennessel - Google Boeken. Books.google.com. Dicapai 2013-04-22. 
  11. ^ Bentley, P.J.; Bretz, W.L.; Schmidt-Nielsen, K. (1967). "Osmoregulation in the diamondback terrapin, Malaclemys terrapin cetrata". Journal of Experimental Biology. 46: 161–167. 
  12. ^ Cowan, F.B.M. (1971). "The ultrastructure of the lachrymal "salt" gland and the Harderian gland in the euryhaline Malaclemys and some closely related stenohaline emydids". Canadian Journal of Zoology. 49: 691–697. doi:10.1139/z71-108. 
  13. ^ Cowan, F. B. M. (1981). "Effects of salt loading in salt gland function in the euryhaline turtle, Malaclemys terrapin". Journal of Comparative Physiology. 145: 101–108. doi:10.1007/bf00782600. 
  14. ^ a b Davenport, J.; Macedo, E. A. (1990). "Behavioral osmotic control in the euryhaline diamondback terrapin Malaclemys terrapin: responses to low salinity and rainfall". Journal of Zoology. 220: 487–496. doi:10.1111/j.1469-7998.1990.tb04320.x. 
  15. ^ , V.L., Davenport, J., and S. Renous. 1995. Drinking and water expulsion in the diamondback terrapin Malaclemys terrapin. Journal of Zoology (London) 236:483-497
  16. ^ Tucker, A. D.; Fitzsimmons, N. N.; Gibbons, J. W. (1995). "Resource partitioning by the estuarine turtle Malaclemys terrapin: trophic, spatial and temporal foraging constraints". Herpetologica. 51: 167–181. 
  17. ^ (Conant 1975)
  18. ^ (Smith 1982)
  19. ^ Hart, K. M.; McIvor, C. C. (2008). "Demography and Ecology of Mangrove Diamondback Terrapins in a Wilderness Area of Everglades National Park, Florida, USA". Copeia. 2008: 200–208. doi:10.1643/ce-06-161. 
  20. ^ Kinneary, J. J. (1993). "Salinity relations of Chelydra serpentina in a Long Island estuary". Journal of Herpetology. 27: 441–446. doi:10.2307/1564834. 
  21. ^ Coker, R. E. 1906. The natural history and cultivation of the diamond-back terrapin with notes of other forms of turtles. North Carolina Geological Survey Bulletin. 14:1-67
  22. ^ a b Gibbons, J. W.; Lovich, J. E.; Tucker, A. D.; Fitzsimmons, N. N.; Greene, J. L. (2001). "Demographic and ecological factors affecting conservation and management of diamondback terrapins (Malaclemys terrapin) in South Carolina". Chelonian Conservation and Biology. 4: 66–74. 
  23. ^ a b Tucker, A. D.; Gibbons, J. W.; Greene, J. L. (2001). "Estimates of adult survival and migration for diamondback terrapins: conservation insight from local extirpation within a metapopulation". Canadian Journal of Zoology. 79: 2199–2209. doi:10.1139/z01-185. 
  24. ^ Hauswaldt, J. S.; Glen, T. C. (2005). "Population genetics of the diamondback terrapin (Malaclemys terrapin)". Molecular Ecology. 14: 723–732. doi:10.1111/j.1365-294x.2005.02451.x. 
  25. ^ Brennessel, Barbara. "Diamonds in the Marsh," Hanover: University Press of New England, 2006
  26. ^ Seigel, R.A. (1980). "Courtship and mating behavior of the diamondback terrapin, Malaclemys terrapin tequesta". Journal of Herpetology. 14: 420–421. doi:10.2307/1563703. 
  27. ^ Barney, R.L. 1922. Further notes on the natural history and artificial propagation of the diamondback terrapin. U.S. Bureau of Fisheries. Economic Circular No. 5, rev. 91-111
  28. ^ a b Feinberg, J. A.; Burke, R. L. (2003). "Nesting ecology and predation of diamondback terrapins, Malaclemys terrapin, at Gateway National Recreation Area, New York". Journal of Herpetology. 37: 517–526. doi:10.1670/207-02a. 
  29. ^ Hildebrand, S. F. (1928). "Review of the experiments on artificial culture of the diamond-back terrapin". Bulletin of the United States Bureau of Fisheries. 45: 25–70. 
  30. ^ Roosenburg, W. M. (1994). "Nesting habitat requirements of the diamondback terrapin: a geographic comparison". Wetlands Journal. 6: 9–12. 
  31. ^ a b Butler, J. A.; Broadhurst, C.; Green, M.; Mullin, Z. (2004). "Nesting, nest predation and hatchling emergence of the Carolina diamondback terrapin, Malaclemys terrapin centrata, in Northeastern Florida". American Midland Naturalist. 152: 145–155. doi:10.1674/0003-0031(2004)152[0145:nnpahe]2.0.co;2. 
  32. ^ Baldwin, J.D., L.A. Latino, B.K. Mealey, G.M. Parks, and M.R.J. Forstner. 2005. The diamondback terrapin in Florida Bay and the Florida Keys: Insights into Turtle Conservation and Ecology. Chapter 20 In: In: W. E. Meshaka, Jr., and K. J. Babbitt, eds. Amphibians and Reptiles: status and conservation in Florida. Krieger Publishing Company, Malabar, Florida
  33. ^ Baker, P.J.; Costanzo, J.P.; Herlands, R.; Wood, R.C.; Lee, R.E.; Jr (2006). "Inoculative freezing promotes winter survival in hatchling diamondback terrapin, Malaclemys terrapin". Canadian Journal of Zoology. 84: 116–124. doi:10.1139/z05-183. 
  34. ^ Pilter, R (1985). "Malaclemys terrapin terrapin (Northern diamondback terrapin) Behavior". Herpetological Review. 16: 82. 
  35. ^ Hildebrand, S. F. (1932). "Growth of diamond-back terrapins: size attained, sex ratio and longevity". Zoologica. 9: 231–238. 
  36. ^ Yearicks, E. F.; Wood, R. C.; Johnson, W . S. (1981). "Hibernation of the northern diamondback terrapin, Malaclemys terrapin terrapin". Estuaries. 4: 78–80. doi:10.2307/1351546. 
  37. ^ Coker, R. E. 1931. The diamondback terrapin in North Carolina. In (ed) H. F. Taylor, Survey of Marine Fisheries of North Carolina. University of North Carolina Press, Chapel Hill, NC pp. 219-230
  38. ^ Balchunas, Caroline. "Lowcountry crabbers teaming with DNR to protect Diamondback Terrapins". abcNews4. Dicapai 4 January 2018. 
  39. ^ "New Jersey Endangered and Threatened Species Field Guide: Northern diamondback terrapin". Conserve Wildlife Foundation of New Jersey. 
  40. ^ "New Jersey Public Law P.L.2016, c.17." New Jersey Office of Legislative Services. 
  41. ^ State of Connecticut Department of Environmental Protection. "Northern Diamondback Terrapin Malaclemys t. terrapin" (PDF). Dicapai 25 October 2011. 
  42. ^ "Earthwatch: Tagging the Terrapins of the Jersey Shore". 
  43. ^ Ner, S, and R.L. Burke. 2008. Direct and indirect effects of urbanization on Diamondback terrapins of New York City: Distribution and predation of terrapin nests in a human-modified estuary. J.C. Mitchell, R.E. Jung, and B. Bartholomew (eds.). Pp. 107-117 In: Urban Herpetology. Herpetological Conservation Vol. 3, Society for the Study of Amphibians and Reptiles
  44. ^ Guillory, V.; Prejean, P. (1998). "Effect of a terrapin excluder device on blue crab, Callinectes sapidus, trap catches". Marine Fisheries Review. 60: 38–40. 
  45. ^ Roosenburg, W.M. and J.P. Green. 2000. Impact of a bycatch reduction device on diamondback terrapin and blue crab capture in crab pots" Ecological Applications 10:882-889
  46. ^ Dorcas, M. E.; Wilson, J. D.; Gibbons, J. W. (2007). "Crab trapping causes population decline and demographic changes in diamondback terrapins over two decades". Biological Conservation. 137: 334–340. doi:10.1016/j.biocon.2007.02.014. 
  47. ^ Turtletrack.org
  48. ^ FAA National Wildlife Strike Database Diarkibkan 2008-08-28 di Wayback Machine.
  49. ^ Turtles Delay Flights at JFK at the New York Post website
  50. ^ "Maryland state reptile—diamondback terrapin". Maryland manual on-line: a guide to Maryland government. Maryland State Archives. March 8, 2010. Dicapai January 21, 2011. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Conant, Roger (1975). A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America (edisi 2nd). Boston: Houghton Mifflin. 
  • Smith, Hobart Muir; Brody, E.D. (1982). Reptiles of North America, A Guide to Field Identification. New York: Golden Press. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]