Penyu karah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyu karah
Penyu sisik
Eretmochelys imbricata di Útila, Honduras
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. imbricata
Nama binomial
Eretmochelys imbricata
Subspesis

E. imbricata bissa (Rüppell, 1835)
E. imbricata imbricata (Linnaeus, 1766), [2], [3]

Kawasan penyu karah
Sinonim

E. imbricata squamata sinonim junior

Penyu karah atau penyu sisik (Eretmochelys imbricata)[4] ialah spesis penyu yang terancam genting. Ia tergolong dalam keluarga Cheloniidae, dan merupakan satu-satunya spesies yang masih wujud dalam genus Eretmochelys. Spesies ini mempunyai taburan seluruh dunia, dengan 2 subspesies tersendiri—E. i. imbricata ialah subspesis di lautan Atlantik, manakala E. i. bissa biasanya ditemui di kawasan Hindi-Pasifik.[5]

Rupa penyu karah serupa dengan penyu-penyu laut yang lain. Ia mempunyai bentuk badan yang secara amnya rata, karapas pelindung, dan lengan seperti kaki sirip yang disesuaikan untuk renangan dalam lautan terbuka. E. imbricata boleh dibezakan dengan mudah daripada penyu-penyu laut yang lain melalui paruhnya yang tajam dan melengkung dengan tomium yang menonjol, dan bahagian tepi cangkerang dengan rupa seperti gergaji. Cangkerang penyu karah berubah warna sedikit mengikut suhu air. Penyu ini luangkan lebih masa di lagun-lagun cetek dan terumbu-terumbu karang, sementara hidup di lautan luas sebahagian masanya.

Amalan memancing oleh manusia mengancam E. imbricata menghadapi kepupusan. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) mengelaskan penyu karah sebagai spesis yang terancam teruk.[1] Cangkerang penyu karah adalah sumber utama bahan kulit penyu yang digunakan untuk membuat barang perhiasan. Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) mengharamkan penangkapan dan perdagangan penyu-penyu karah dan produk yang dihasilkan daripadanya.[6]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Penyu karah mempunyai habitat yang sangat luas, terutamanya kawasan terumbu karang di lautan-lautan Hindi, Pasifik, dan Atlantik.

This world map shows concentrated nesting sites in the Caribbean and northeast coast of South America. Many other sites are spread across South Pacific islands, with other concentrations in the Red Sea and Persian Gulf, China's East coast, Africa's southeast coast and Indonesia.
Model andaian populasi spesies E. imbricata: Bulatan merah mewakili kawasan sarang telur utama. Bulatan kuning mewakili sarang kecil.

Subpopulasi Atlantik[sunting | sunting sumber]

Photo of turtle swimming with extended flippers
Penyu Karah di Saba, Netherlands Antilles

Di kawasan Atantik, populasi Penyu Karah boleh ditemui berhampiran Teluk Mexico hinggalah Cape of Good Hope di Afrika Selatan.[7][8][9] Spesies ini mendiami kawasan Perairan Brazil (terutamanya Bahia, Fernando de Noronha) melalui selatan Florida serta Perairan Virginia.[10]

Kawasan Caribbean yang menjadi tempat ia bersarang, terletak di Lesser Antilles, Barbados,[11] Guadeloupe,[12] Tortuguero in Costa Rica,[13] dan Yucatan. Mereka mencari makan di Perairan Cuba[14] dan sepanjang Pulau Mona berhampiran Puerto Rico[15] berbanding tempat lain.

Subpopulasi Indo-Pasifik[sunting | sunting sumber]

Di Lautan Hindi, Penyu Karah sering kelihatan di sepanjang perairan Afrika timur, termasuklah Lautan berhampiran Madagascar, dan sepanjang perairan Asia Selatan, termasuklah Teluk Parsi, dan Laut Merah, serta Subbenua India dan Asia Tenggara. Mereka juga berada di Kepulauan Melayu dan utara Australia. Kawasan Pasifiknya terhad kepada kawasan perairan tropikal dan subtropikal. Di barat, spesies ini boleh ditemui berada di barat daya Semenanjung Korea dan selatan Kepulauan Jepun hinggalah utara New Zealand.

Filipina menjadi sarang utama tempat ia bertelur, terutamanya di Pulau Boracay dan Punta Dumalag di Davao City. Pantai Dahican di Mati City, Davao Oriental pula menjadi sarang utama spesies penyu Olive Riley.[16] Sekumpulan pulau kecil di barat daya kepulauan itu dinamakan "Tawi-Tawi" yang bermaksud "penyu" disebabkan kehadiran dua spesies ini di tempat itu: Penyu Karah dan penyu hijau.[17] Pada bulan Januari 2016, seekor penyu dilihat berada di Teluk Thailand.[18] Di kawasan Hawaii, penyu karah sering kelihatan mendarat di pulau-pulau utamanya, iaitu Oahu, Maui, Molokai, dan pulau besar Hawaii itu sendiri.[19] Manakala di Australia, penyu karah sering mendarat untuk bertelur di Pulau Milman berhampiran Terumbu Sawar Besar.[20] Penyu karah juga bertelur hingga ke Pulau Cousine di Seychelles, tempat dimana haiwan ini dilindungi sejak tahun 1994, dan populasinya menunjukkan peningkatan positif.[21] Di Pulau Seychelles' spesies haiwan lain seperti Aldabra, juga menjadi kawasan penyu ini mencari makan.[22][23]

Subpopulasi Pasifik Timur[sunting | sunting sumber]

Di kawasan Pasifik timur, penyu karah dilaporkan kelihatan di Semenanjung Baja di selatan Mexico, sepanjang selatan perairan Peru.[7] Pada tahun 2007, spesies ini dikatakan pupus sepenuhnya di wilayah itu.[24] Walaubagimanapun, terdapat saki-baki sarang dan bekas tapak makanannya yang dijumpai berada di Mexico, El Salvador, Nicaragua, dan Ecuador, menjadikan ia satu penemuan bermakna bagi kajian dan pemuliharaan. Sebaliknya, spesies ini akan meninggalkan kawasan habitat utamanya di kawasan terumbu karang dan berbatuan, seperti di Pasifik, yang menjadi tempatnya mencari makanan dan bersarang terutamanya di Teluk Bahia de Jiquilisco (El Salvador), Teluk Fonseca (Nicaragua, El Salvador, dan Honduras), Estero Padre Ramos (Nicaragua), dan Teluk Guayaquil (Ecuador).[25] Banyak kerjasama dan usaha perbadanan multi-nasional, seperti Eastern Pacific Hawksbill Initiative, yang dilakukan untuk mengkaji dan memulihara spesies ini, walaupun masih belum mendapat liputan dan pendedahan awam sepenuhnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mortimer, J.A.; Donnelly, M.; dll. (IUCN SSC Marine Turtle Specialist Group) (2008). "Eretmochelys imbricata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2008: e.T8005A12881238. doi:10.2305/IUCN.UK.2008.RLTS.T8005A12881238.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "PENGENALAN KEPADA PENYU LAUT DI MALAYSIA" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-21. Dicapai pada 2013-07-21.
  3. ^ Khazanah Laut Melaka Bersejarah.
  4. ^ W. M. Jamel bin Wan Husin. "Pengenalan kepada Penyu Laut di Malaysia" (PDF). Jabatan Perikanan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Ogos 2010. Dicapai pada 21 September 2010.
  5. ^ "Eretmochelys imbricata (Linnaeus, 1766)". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 5 February 2007.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CITESAPP tidak disediakan
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FIGIS tidak disediakan
  8. ^ "Hawksbill Sea Turtle (Eretmochelys imbricata)". North Florida Field Office. United States Fish and Wildlife Service. 2005-12-09. Dicapai pada 2007-02-18.
  9. ^ Formia, Angela; Tiwari, Manjula; Fretey, Jacques; Billes, Alexis (2003). "Sea Turtle Conservation along the Atlantic Coast of Africa". Marine Turtle Newsletter. IUCN Marine Turtle Specialist Group. 100: 33–37. Dicapai pada 2007-02-18.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan VDGIF tidak disediakan
  11. ^ Beggs, Jennifer A.; Horrocks, Julia A.; Krueger, Barry H. (2007). "Increase in hawksbill sea turtle Eretmochelys imbricata nesting in Barbados, West Indies" (PDF). Endangered Species Research. ESR. 3: 159–168. doi:10.3354/esr003159. Dicapai pada 2010-12-06.
  12. ^ Kamel, Stephanie Jill; Delcroix, Eric (2009). "Nesting Ecology of the Hawksbill Turtle, Eretmochelys imbricata, in Guadeloupe, French West Indies from 2000–07". Journal of Herpetology. 43 (3): 367–76. doi:10.1670/07-231R2.1.
  13. ^ Bjorndal, Karen A.; Bolten, Alan B.; Lagueux, Cynthia J. (1993). "Decline of the Nesting Population of Hawksbill Turtles at Tortuguero, Costa Rica". Conservation Biology. 7 (4): 925–7. doi:10.1046/j.1523-1739.1993.740925.x. JSTOR 2386826.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FisheriesModel tidak disediakan
  15. ^ Bowen, B. W.; Bass, A. L.; Garcia-Rodriguez, A.; Diez, C. E.; Van Dam, R.; Bolten, A.; Bjorndal, K. A.; Miyamoto, M. M.; Ferl, R. J. (1996). "Origin of Hawksbill Turtles in a Caribbean Feeding Area as Indicated by Genetic Markers". Ecological Applications. 6 (2): 566–72. doi:10.2307/2269392. JSTOR 2269392.
  16. ^ Colacion, Artem; Danee Querijero (2005-03-10). "Uriel's journey home — a Young pawikan's story in Boracay". The Philippine STAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-18. Dicapai pada 2007-02-06.
  17. ^ "Ocean Ambassadors - Philippine Turtle Islands". Coastal Resource & Fisheries Management of the Philippines. OneOcean.org. Dicapai pada 2007-02-06.
  18. ^ https://www.facebook.com/WildEncounterThailand/photos/a.1405321929707103.1073741828.1405259709713325/1679421952297098/?type=3
  19. ^ Hoover, John P. (2008). The Ultimate Guide to Hawaiian Reef Fishes, Sea Turtles, Dolphins, Whales, and Seals. Mutual Publishing. ISBN 978-1-56647-887-8.
  20. ^ Loop, K. A.; Miller, J. D.; Limpus, C. J. (1995). "Nesting by the hawsbill turtle (Eretmochelys imbricata) on Milman Island, Great Barrier Reef, Australia". Wildlife Research. CSIRO Publishing. 22 (2): 241–251. doi:10.1071/WR9950241. Dicapai pada 2007-02-21.
  21. ^ Allen, ZC; Shah, N. J.; Grant, A.; Derand, G-D.; Bell, D. (April 2010). "Hawksbill turtle monitoring in Cousin Island" (PDF). Endangered Species Research. 11 (3): 195–200. doi:10.3354/esr00281. Dicapai pada 23 April 2012.
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SeychellesTurtles tidak disediakan
  23. ^ Hitchins, P. M.; Bourquin, O.; Hitchins, S. (2004-04-27). "Nesting success of hawksbill turtles (Eretmochelys imbricata) on Cousine Island, Seychelles". Journal of Zoology. Cambridge University Press, The Zoological Society of London. 264 (2): 383–389. doi:10.1017/S0952836904005904. Dicapai pada 2007-02-21.
  24. ^ Gaos, Alexander; dll. (2010). "Signs of Hope in the Eastern Pacific: International collaboration reveals encouraging status of hawksbill turtles in the eastern Pacific" (PDF). Oryx. 44 (4): 595. doi:10.1017/S0030605310000773. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada July 25, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  25. ^ Gaos, Alexander; dll. (2011). "Shifting the life-history paradigm: discovery of novel habitat use by hawksbill turtles" (PDF). Biol Lett. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada December 3, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.