Penyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chelonioidea)

Penyu
Julat zaman:
Zmn Bt Kapur-Holosen,[1] 110–0 Ma
LeatherbackTurtle.jpg
Penyu belimbing (D. coriacea)
Pengelasan saintifik s
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Klad: Panchelonioidea
Superkeluarga: Chelonioidea
Bauer, 1893[2]
Spesies jenis
Chelonia mydas
Keluarga
Sinonim[2]

Chelonii - Oppel 1811
Chlonopteria - Rafinesque 1814
Cheloniae - Schmid 1819
Edigitata - Haworth 1825
Oiacopodae - Wagler 1828
Pterodactyli - Mayer 1849

Penyu (Jawi: ڤڽو) adalah sejenis reptilia lautan daripada superkeluarga Chelonioidea[3] dari order Testudines. Terdapat tujuh spesies penyu: penyu hijau, penyu tempayan, penyu karah, penyu pipih, penyu belimbing, penyu lipas dan penyu Kemp.[4]

Penyu boleh dibahagikan kepada jenis bercangkerang keras (Cheloniidae) dan jenis bercangkerang lembut (Dermochelyidae).[5] Penyu belimbing merupakan satu-satunya spesies penyu jenis bercangkerang lembut.[5]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Perkataan penyu dijejak daripada akar bahasa Proto-Austronesia *peñu yang bermaksud spesies penyu hijau.[6]

Taksonomi dan evolusi[sunting | sunting sumber]

Nama superkeluarga Chelonioidea dijejak daripada perkataan bahasa Yunani Purba χελώνη khelone yang bermaksud "kura-kura".[7]

Mengikut kajian yang telah dijalankan, penyu didapati telah wujud semenjak akhir zaman Jurasik (145-208 juta tahun), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Perbezaan anatomi antara penyu (kiri) dan kura-kura (kanan) Perbezaan anatomi antara penyu (kiri) dan kura-kura (kanan)
Perbezaan anatomi antara penyu (kiri) dan kura-kura (kanan)

Penyu mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ciri-ciri ini menjadikan penyu tangkas berenang di dalam air tetapi kekok bergerak di daratan, perkara ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.

Cangkerang penyu terbahagi kepada dua: karapas (tempurung belakang) dan plastron (bahagian hadapan). Cangkerang hampir semua jenis penyu terdiri daripada kepingan plat-plat kecil yang dipanggil skut, belakang penyu belimbing sebaliknya ditutupi lapik terdiri daripada beberapa mozek kepingan tulang di bawah kulit karapasnya.

Secara umumnya, penyu berbeza berbanding saudara daratnya yang bercangkerang iaitu kura-kura dan sebagainya kerana mereka tidak boleh memasukkan kepala dan kesemua kakinya ke dalam cangkerang.[8] Anatomi badannya menjadikan haiwan ini lebih mudah berenang dalam air berbanding bergerak di atas darat. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas kerana penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas.

Penyu belimbing ialah penyu yang terbesar. Ia berukuran antara 2–3 meter (6–9 kaki) panjang, dan 1-1.5 m (3–5 kaki) lebar, mencapai berat hingga 700 kilogram (1500 paun) sedangkan spesies-spesies penyu lain, direkodkan dalam 60–120 sm (2–4 kaki) dan lebih leper.[9]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Penyu boleh dijumpai di kesemua lautan kecuali wilayah berhampiran kutub bumi. Penyu-penyu ini mendiami kawasan pentas benua yang mempunyai banyak tumbuhan marin sebagai makanan.

Penyu pipih hanya mendiami persisiran utara pantai Australia. Penyu Kempi pula hanya dijumpai di Teluk Mexico dan sepanjang perairan timur Amerika Syarikat.[10]

Penyu hijau sering dijumpai berhampiran kawasan yang dipenuhi tumbuhan seperti sargassum yang menjadi makanan dan kawasan perlindungannya.[11] kerana penyu betina akan segera naik ke darat bertelur apabila tiba musimnya.[12]

Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu belimbing mendarat untuk bertelur.

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka. Setiap tahun, populasi penyu yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan. IUCN meletakkan haiwan ini sebagai spesies terancam.

Pemburuan[sunting | sunting sumber]

Telur penyu yang dijual di pasar-pasar di Malaysia

Antara ancaman yang dihadapi oleh penyu adalah pemburuan daging dan telurnya secara haram, terutamanya di China, Filipina, India, Indonesia dan beberapa negara di Amerika. Dianggarkan 35,000 penyu dibunuh setahun di Mexico dan Nicaragua sehingga ada ahli pemulihara di Mexico dan Amerika Syarikat melancarkan kempen "Don't Eat Sea Turtle" untuk mengurangkan perdagangan produk haiwan ini.[13]

Serpihan laut[sunting | sunting sumber]

Serpihan-serpihan yang bersepah di laut menjadi ancaman paling besar terhadap penyu, terutamanya puing-puing plastik dan pukat-pukat jaring ikan yang disalahsangka oleh penyu sebagai obor-obor, atau makanannya. Serpihan yang dimakan ini akan tersangkut di perut apabila dimakan yang akan menyebabkan kematian haiwan ini.

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu untuk menangani masalah kepupusan penyu.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksana, menyelia dan mengurus pelbagai program pemuliharaan di Malaysia sejak tahun 1990 hingga kini. Antara penyu yang dikenalpasti mendarat di perairan Malaysia ialah penyu karah, penyu hijau, penyu belimbing dan penyu lipas. Penyu-penyu ini dilindungi oleh akta dan enakmen negeri sepenuhnya.[14]

Selain itu, kerajaan negeri Sabah juga telah mewartakan sebuah taman marin, iaitu Taman Laut Pulau Penyu (TPPP) yang merangkumi Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisaan sebagai kawasan pendaratan dan pembiakan penyu sejak 1979. Sehingga kini, sebanyak 16 juta anak penyu telah dilepaskan ke laut menerusi program konservasi yang dijalankan.[15]

Malah, Malaysia juga terlibat menandatangani Memorandum Persefahaman pada tahun 1966, 1997 dan 2011[16] dengan negara-negara ASEAN serta negara-negara rantau Asia lain bagi mengatasi masalah ancaman populasi penyu pada peringkat global.

Sebagai usaha mendidik dan menghayati akan usaha pemuliharaan spesies-spesies ini, ilustrasi dua ekor penyu yang biasanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan penyu belimbing dipaparkan pada wang kertas RM20.[17]

Galeri gambar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hirayama R; Tong H (2003). "Osteopygis (Testudines: Cheloniidae) from the Lower Tertiary of the Ouled Abdoun phosphate basin, Morocco". Palaeontology. 46 (5): 845–56. doi:10.1111/1475-4983.00322.
  2. ^ a b Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley; Roger, Bour (31 Disember 2011). "Turtles of the world, 2011 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Januari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Avise, J. C.; Hamrick, J. L. (1996). Conservation Genetics. Springer. ISBN 0412055813.
  4. ^ "Sea Turtles". NOAA Fisheries (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2015.
  5. ^ a b Wyneken, J. (2001). The Anatomy of Sea Turtles. U.S Department of Commerce NOAA Technical Memorandum NMFS-SEFSC-470. m/s. 1–172.
  6. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*peñu — the green turtle, Chelonia mydas". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 29 Oktober 2022.
  7. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "χελώνη". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  8. ^ "Sea Turtles". Defenders of Wildlife. Dicapai pada 15 October 2015.
  9. ^ "Sea Turtle Species". turtlehospital. Dicapai pada 29 Ogos 2015.
  10. ^ http://awsassets.panda.org/downloads/marine_turtles_factsheet2006.pdf
  11. ^ http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1523-1739.1987.tb00020.x/abstract;jsessionid=847F705D1A70D43E12B401E0B23188FE.f02t04?systemMessage=Please+be+advised+that+we+experienced+an+unexpected+issue+that+occurred+on+Saturday+and+Sunday+January+20th+and+21st+that+caused+the+site+to+be+down+for+an+extended+period+of+time+and+affected+the+ability+of+users+to+access+content+on+Wiley+Online+Library.+This+issue+has+now+been+fully+resolved.++We+apologize+for+any+inconvenience+this+may+have+caused+and+are+working+to+ensure+that+we+can+alert+you+immediately+of+any+unplanned+periods+of+downtime+or+disruption+in+the+future.
  12. ^ https://www.livescience.com/4609-sea-turtles-mystery-hideout-revealed.html
  13. ^ WEISS, KENNETH R. (2002-03-14). "Pope Asked to Call Sea Turtles 'Meat'". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0458-3035. Dicapai pada 2015-12-22.
  14. ^ https://www.dof.gov.my/index.php/pages/view/2358
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2018. Dicapai pada 10 Januari 2018.
  16. ^ http://www.cms.int/en/legalinstrument/iosea-marine-turtles
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2018. Dicapai pada 21 Januari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]