Pergi ke kandungan

Baning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Testudinidae)

Baning
Seekor kura-kura gergasi Aldabra (Aldabrachelys gigantea)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Testudinidae
Batsch, 1788
Spesies jenis
Testudo graeca
Linnaeus, 1758

Baning ialah sejenis reptilia dalam keluarga Testudinidae daripada order Testudines. Seperti testudin lain, baning memiliki cangkerang untuk melindungi diri daripada pemangsaan dan ancaman. Cangkerang baning biasanya keras dan seperti ahli lain dalam suborder Cryptodira, ia memaut leher dan kepala ke belakang memasuki cangkerang untuk perlindungan.[1]

Baning dapat hidup di air dan darat. Spesies daripada setiap genus ini turut dikenali umum sebagai kura-kura darat kerana saiznya yang agak besar, habitat mereka yang lebih kedaratan (bukan-akuatik), kering, serta jari kaki yang tidak berselaput renang.[2]

Baning tersebar di banyak tempat di dunia, dari Amerika Utara hingga Amerika Selatan, di Lembangan Mediterranean, dari Eurasia sampai ke Asia Tenggara termasuk Malaysia, Afrika, Madagaskar dan beberapa pulau di Lautan Pasifik, tetapi kurang di Australasia.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Tubuh baning dilindungi oleh kerangka khas atau cangkerang yang bertindak melindungi organ-organ dalamannya. Bahagian atasnya dikenali sebagai karapas untuk melindungi belakang, manakala bahagian bawahnya pula adalah plastron untuk melindungi dada haiwan tersebut.

Rangka umum baning

Saiz baning berubah-ubah daripada beberapa sentimeter sehinggalah dua meter. Kebiasaannya baning mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, contohnya kura-kura Galápagos diketahui hidup selama lebih 150 tahun. Malah terdapat juga baning spesies Aldabra bernama Adwaita yang diketahui hidup selama 255 tahun.

Baning pertama telah wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Baning adalah satu-satunya cabang daripada "klad Anapsida" silam, yang merangkumi kumpulan seperti prokolofonoid, millerettid dan pareiasaur. Kebanyakan anapsid pupus pada akhir usia Perm kecuali prokolofonoid dan susur-galur Testudines (kura-kura).

Kesemua spesies baning, sama ada yang masih hidup atau yang telah pupus, datang daripada order Chelonia, termasuk superorder Testudines.

Terdapat dua jenis baning yang diketahui berdasarkan tabiat hidup mereka secara umum. Pertama ialah baning akuatik atau semi-akuatik. Baning jenis ini menghabiskan sepenuh masanya berada di dalam air. Kedua ialah baning bukan akuatik. Tidak seperti baning akuatik, mereka perlu berada di darat dan bukan perenang yang baik seperti baning akuatik.

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]
Tortoise feeding on a cactus
Baning sedang makan kaktus

Baning merupakan haiwan maun. Makanan utama baning adalah tumbuh-tumbuhan seperti kangkung, sawi, rumput liar, buah dan kuntuman bunga. Beberapa spesies baning juga bergantung hidup dengan memakan haiwan kecil lain seperti cacing tanah, ulat, serangga dan siput.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai reptilia, baning membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya.

Baning ialah haiwan ektoterma (berdarah dingin), oleh itu ia sentiasa kelihatan berjemur di longgokan kayu dan batu untuk mengumpulkan haba pada badannya.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Spesies ini disenarai berdasarkan Turtle Taxonomy Working Group (2021)[3] dan Turtle Extinctions Working Group (2015).[4]

Rangka kura-kura gergasi Aldabra dijumpai di Pulau Cousin (Seychelles).
Kura-kura radiata (Astrochelys radiata)

Keluarga Testudinidae Batsch 1788[5]

  1. ^ Harris, Samantha. "How Strong Is A Tortoise Shell?". Tortoise Knowledge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 January 2023.
  2. ^ Kathleen Kuiper. "What's the Difference Between a Turtle and a Tortoise". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  3. ^ Rhodin, Anders G.J. (2021-11-15). Turtles of the World: Annotated Checklist and Atlas of Taxonomy, Synonymy, Distribution, and Conservation Status (9th Ed.). Chelonian Research Monographs. 8. Chelonian Research Foundation and Turtle Conservancy. doi:10.3854/crm.8.checklist.atlas.v9.2021. ISBN 978-0-9910368-3-7. S2CID 244279960 Check |s2cid= value (bantuan).
  4. ^ Rhodin, A.G.J.; Thomson, S.; Georgalis, G.; Karl, H.-V.; Danilov, I.G.; Takahashi, A.; de la Fuente, M.S.; Bourque, J.R.; Delfino M.; Bour, R.; Iverson, J.B.; Shaffer, H.B.; van Dijk, P.P.; dll. (Turtle Extinctions Working Group) (2015). Turtles and tortoises of the world during the rise and global spread of humanity: first checklist and review of extinct Pleistocene and Holocene chelonians. Chelonian Research Monographs. 5. m/s. 000e.1–66. doi:10.3854/crm.5.000e.fossil.checklist.v1.2015. ISBN 978-0-9653540-9-7.
  5. ^ Batsch, A.J.G.C. (1788). Versuch einer Anleitung zur Kenntniss und Geschichte der Thiere und Mineralien. Erster Theil. Allgemeine Geschichte der Natur; besondre der Säugthiere, Vögel, Amphibien und Fische. Jena: Akademischen Buchandlung, 528 pp.
  6. ^ Adán Pérez-García; Evangelos Vlachos; Xabier Murelaga (2020). "A large testudinid with African affinities in the post-Messinian (lower Pliocene) record of south-eastern Spain". Palaeontology. 63 (3): 497–512. doi:10.1111/pala.12468. S2CID 214232312.
  7. ^ Loveridge, Arthur; Williams, Ernest E. (1957). "Revision of the African tortoises and turtles of the suborder Cryptodira". Bulletin of the Museum of Comparative Zoology. 115 (6): 163–557.
  8. ^ Gray, John Edward (1873). "Notes on the genera of turtles (Oiacopodes), and especially on their skeletons and skulls". Proceedings of the Zoological Society of London. 1873: 395–411.
  9. ^ Gray, John Edward. (1872). "Appendix to the Catalogue of Shield Reptiles in the Collection of the British Museum. Part I. Testudinata (Tortoises)". London: British Museum, 28 pp.
  10. ^ a b c d Fitzinger, Leopold J. (1835). "Entwurf einer systematischen Anordnung der Schildkröten nach den Grundsätzen der natürlichen Methode". Annalen des Wiener Museums der Naturgeschichte. 1: 105–128.
  11. ^ "Fossilworks: Chelonoidis dominicensis". fossilworks.org. Dicapai pada 17 December 2021.
  12. ^ Testudinidae, The Reptile Database
  13. ^ Austin, J. J.; Nicholas Arnold, E. (2001). "Ancient mitochondrial DNA and morphology elucidate an extinct island radiation of Indian Ocean giant tortoises (Cylindraspis)". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 268 (1485): 2515–23. doi:10.1098/rspb.2001.1825. PMC 1088909. PMID 11749704.
  14. ^ "Ergilemys". Paleobiology Database. Paleobio DB. Dicapai pada March 23, 2022.
  15. ^ Rafinesque, Constantine Samuel (1832). "Description of two new genera of soft shell turtles of North America". Atlantic Journal and Friend of Knowledge. 1: 64–65.
  16. ^ Duméril, André Marie Constant and Bibron, Gab riel. 1834. Erpétologie Générale ou Histoire Naturelle Complète des Reptiles. Tome Premier. Paris: Roret, 439 pp.
  17. ^ Lindholm, Wassili A. (1929). "Revidiertes Verzeichnis der Gattungen der rezenten Schildkröten nebst Notizen zur Nomenklatur einiger Arten". Zoologischer Anzeiger. 81: 275–295.
  18. ^ Gray, John Edward (1834). "Characters of several new species of freshwater tortoises (Emys) from India and China". Proceedings of the Zoological Society of London. 2: 53–54.
  19. ^ Falconer, H.; Cautley, P.T. (1837). "On additional fossil species of the order Quadrumana from the Siwalik Hills". Journal of the Asiatic Society of Bengal. 6: 354–360.
  20. ^ Bell, T. (1827). "XVI. On two new Genera of Land Tortoises" (PDF). Transactions of the Linnean Society of London. 15 (2): 392–401. doi:10.1111/j.1095-8339.1826.tb00122.x. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-05. Dicapai pada 2015-08-28.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]