Malek Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Hormat Dato' Haji

Malek Noor

DIMP (Pahang)
Kelahiran
Abdul Malek Mohamed Noor

(1954-11-09) 9 November 1954 (umur 69)
PekerjaanJaguh bina badan, pelakon, pengacara, penerbit
Tahun aktif1983–kini
PasanganDatin Dr. Wan Asma Wan Ismail (k. 2012)

Dato' Haji Abdul Malek Mohamed Noor (lahir 9 November 1954)[1] atau lebih dikenali sebagai Malek Noor ialah seorang bekas jaguh bina badan, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Malek Noor pernah menyertai pertandingan bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali dan juga membintangi beberapa filem seperti Ujang pada 1980-an.

Jaguh bina badan[sunting | sunting sumber]

Antara pingat yang diraih oleh Datuk Malek Noor ialah :

  • Mr. Universe Heavyweight Finalist (2 kali)
  • Mr Asia Heavyweight (6 kali)
  • Mr. ASEAN Heavyweight (4 kali)
  • Mr. Malaysia Heavyweight (6 kali)
  • Olahragawan Negara Malaysia 1986 dan 1990
  • Pingat emas Personaliti sukan Benson and Hedges 1985
  • Ahli Mangku Negara (AMN) 1986
  • Sultan Ibrahim (PIS) 1986
  • Legendary Sportsman of Malaysia
  • Coca-Cola Olympian tahun 2007

Antara pertandingan yang disertainya ialah :

  • 1985 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
  • 1986 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
  • 1987 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
  • 1988 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
  • 1989 : South East Asian Games - IFBB, HeavyWeight, 2nd
  • 1990 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
  • 1991 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st [2]

Bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Tubuh sasa beliau membolehkan beliau dijemput berlakon dalam beberapa filem di Malaysia . Watak yang dipegangnya sesuai tubuh badannya. Filem yang dilakonkannya ialah Ujang (1988), Juara (1991), Bayangan Maut (1991), Kelisa (1992), Rimba Malam (1992), Sahabat (1992), XX Ray (1992) dan Pemburu Bayang (1993).

Malek juga pernah menghasilkan sebuah album pada 1990-an. Dalam teledrama Damak, beliau memegang watak tok guru yang handal bersilat. Drama ini diarahkan oleh Dato' Zulkifli M. Osman.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Beliau juga pengarah eksekutif Universal Fitness and Leisure (UFL) . Menerusi perniagaan ini beliau telah merantau seluruh Amerika Syarikat dan Hong Kong selama lebih 30 tahun. Kini beliau menjual syer dalam syarikat KK Design kerana tidak berhajat menetap di Hong Kong. Semasa di Denver, Amerika Syarikat Malek melihat pelbagai bentuk kepercayaan.

Berkat perniagaan yang diceburinya membolehkan beliau menderma kepada pelakon Allahyarham Yusni Jaafar, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Santokh Singh dan bekas atlet olahraga kebangsaan, Ishtiaq Mubarak dan lain-lain.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1988 Ujang Ujang Filem pertama
Keys to Freedom Samseng Otot
1989 Pendekar Mata Satu Gulandra Filem usahasama Malaysia-Indonesia
1991 Juara Malek
Bayangan Maut Bouncer Kelab Malam Pelakon undangan
1992 Kelisa
Rimba Malam Bani
Sahabat Kamil @ Badak
XX Ray Pembeli Topi Keledar Penampilan khas
1993 Pemburu Bayang Razif
1999 Hasrat Sebagai penerbit bersama
2020 Tyickoouns Orang Jahat 2 Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1997 Pi Mai Pi Mai Tang Tu (Musim 17) TV3 Episod: "Don Juan"
2022 Ex Aku Pontianak Uncle Fuad Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1997 Sukan Dan Anda Pengacara TV1
2017 Temasya Sukan Ke Laut Astro Warna Bersama Abam Bocey
Sepahtu Reunion Live Kameo Episod: "Boxer Rabak"
2020 Sepahtu Reunion Al-Puasa Episod: "Kemaafan Yang Terindah"
2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Peserta Sebagai Abang Burger

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]