Mohammad Abu Tir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammad Abu Tir
محمد أبو طير
Ahli Majlis Perundangan Palestin
Memegang jawatan
Januari 2006
Kumpulan parlimen Blok Perubahan dan Pembaharuan
Butiran peribadi
LahirMohammad Mahmud Hassan Abu Tir
محمد محمود حسن أبو طير

1951 (umur 72–73)
Ummu Tuba, Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat
KerakyatanPalestin
Parti politik Hamas
Sekutu gabungan
politik lain
Fatah (awal 1970-an)
PekerjaanAhli politik

Mohammad Abu Tir (Arab: محمد أبو طير, juga dikenali sebagai Syeikh Abu Musaab) ialah seorang ahli politik Palestin.[1] Beliau ialah anggota Hamas dan menjadi perwakilan dalam Majlis Perundangan Palestin bagi kawasan Baitulmaqdis Timur. Beliau terpilih selepas memenangi pilihan raya perundangan Palestin yang diadakan pada 25 Januari 2006. Mohammad Abu Tir dikenali dengan janggutnya yang diinaikan bewarna jingga cerah yang membezakannya dengan kebanyakan ahli politik dan anggota masyarakatnya.[2] Beliau lebih memilih untuk tidak menonjolkan diri di media[3] sehingga beliau ditempatkan dalam penjara Israel selama empat tahun: Pada 29 Jun 2006, Mohammad Abu Tir ditahan tentera Israel semasa konflik Israel-Gaza 2006. Beliau dipenjara sehingga Jun 2010,[4] selepas Israel memerintah beliau untuk meninggalkan negara kerana beliau tidak mahu meletak jawatan daripada menjadi ahli badan perundangan. Pada Jun 2010, beliau ditahan semula selepas gagal untuk meninggalkan Baitulmaqdis Timur.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]