Abdul Aziz bin Sattar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aziz Satar)
Jump to navigation Jump to search
"Aziz Sattar" dilencongkan di sini.
Datuk
Aziz Sattar
Aziz Sattar.jpg
KelahiranAbdul Aziz bin Sattar
(1925-08-08)8 Ogos 1925
Pakalongan, Hindia Timur Belanda, (kini Indonesia)
Meninggal dunia6 Mei 2014(2014-05-06) (umur 88)
Hospital KPJ Kajang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianPenyakit jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor
KediamanBandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor
Nama lainPak Aziz
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip
Tahun aktif1953–2014
MajikanMalay Film Productions
Sabah Film Productions
Indra Film Productions
Panshah Film Productions
Nirwana Film Productions
Aarti Filem
MJSR Filem Productions
SV Productions
Pesona Pictures
Filem Negara Malaysia
Serangkai Filem
KRU Film
Tayangan Unggul
Galaksi Seni
White Merpati Entertaiment
Astro Shaw
Playground Film
Terkenal keranaSiri filem Bujang Lapok
GayaLawak
Pasangan3 kali: Siti Rumiah Ahmad, Dayang Sofia dan Hashimah Delan
Anak7 anak, 20 cucu & 10 cicit
Ibu bapaSatimah Jalal
Sattar Sawal
SaudaraZaini Sattar (adik)

Allahyarham Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Persandingan Datuk Aziz Sattar dan Datin Hashimah Delan

Beliau dilahirkan di Pakalongan, Kabupaten Gresik, Jawa Timur Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.

Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.

Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan. Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P. Ramlee.

Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Anak-anak beliau ialah : Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.

Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1953 Putus Harapan Guru Sekolah Filem pertama
Mangsa
1954 Jasa
Arjuna
1955 Kipas Hikmat Razid
Roh Membela Amir
Ribut
1956 Pencuri
1957 Putera Bertopeng
Bujang Lapok Aziz
Hantu Jerangkong Ajis
Kasih Sayang
1958 Hantu Kubur Ajis
Anak Pontianak Ah Chee
Taufan Aziz
1959 Nujum Pak Belalang Badan
Raja Laksamana Bentan Sin Chew
Pendekar Bujang Lapok Aziz
1960 Sumpah Wanita Labu
1961 Ali Baba Bujang Lapok Ali Baba
Seniman Bujang Lapok Aziz
1962 Siti Muslihat Pak Awang / Memanda Menteri
Labu Labi Dirinya sendiri Artis jemputan
1963 Nasib Labu Labi Tok Kadi Artis jemputan
Pilih Menantu Aziz
1964 Siapa Besar Busu bin Tengkorak Raja
Mambang Moden Ismail
1965 Takdir
Pusaka Pontianak Kamarudin
1966 Aksi Kucing Selamat
1975 Keluarga Si Comat Pak Comot
1979 Prebet Lapok Aziz Lapok
1981 Penyamun Tarbus Dirinya sendiri
Da Di Du Artis jemputan
1983 Darah Satria
1986 Bujang Lapok Kembali Daa Aziz
1988 Perawan Malam
1990 Orang Kampung Otak Kimia
1991 Juara
Suci Dalam Debu
1992 Queen Control
1993 Tarik-Tarik
Abang 92
1994 Simfoni Duniaku
1996 Suami, Isteri dan .....? Pelakon tambahan
1997 Layar Lara Pelakon tambahan
1998 Jibon Tok Batin
2002 Embun Pelakon tambahan
Soalnya Siapa? Kemunculan khas
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Tok Selampit
Father
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Tok Selampit
2006 Cicak-Man Menteri Pelakon tambahan
2007 Anak Halal Pak Ali
2009 Setem Pak Ramli
Momok The Movie Pak Ajis
2010 Kecoh Betul Pak Aziz
2012 Untuk Tiga Hari Kemunculan khas
2014 Terbaik Dari Langit Dikeluarkan secara anumerta
2016 Radhi Rudy Bin Dadu

Sebagai pengarah[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
1975 Keluarga Si Comat
1979 Si Badol
Prebet Lapok
1980 Penyamun Tarbus
1981 Da Di Du
1982 Setinggan
1983 Darah Satria
1984 Tujuh Biang Keladi
1985 Bujang Lapok Kembali Daa
1986 Jiran
1988 Perawan Malam
Tak Kisahlah Beb
1989 Orang Kampung Otak Kimia
1990 Adik
1992 Gelora Cinta
1994 Simfoni Duniaku
2004 Father Juga sebagai pengarah bersama S. Baldev Singh
2005 Maaria Pengarah bersama S. Baldev Singh
2008 Stok Lama Telefilem

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2000 Kelab Malam Sitkom
2007 Manjalara TV3
2008 Ali Din
2011 Kau dan Aku (Musim 2) Astro Ria
2012 Bujang Sepah Lalalitamplom Astro Prima
Tanah Kubur (Musim 4) Bomoh Astro Oasis Episod: "Susuk Marhabbah"
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Mohd Azlan Episod: "Sesat Dalam Cahaya"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2002 Tuan Rumah
2003 Neon Penduduk Kampung II Terus ke VCD
2008 Aisah Lima Puluh Sen Astro Ria
Stok Lama

Siri animasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2000-2002 Abang Sidi Abang Sidi
2007 Budak Lapok
2012 Upin & Ipin Dirinya sendiri Episod: Kenangan Mengusik Jiwa

Pencapaian dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Tarikh anugerah/penghormatan[sunting | sunting sumber]

  • 1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
  • 1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
  • 1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
  • 2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular 2000.
  • 2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin[1]

Profesional/ahli persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Bendahari, Persatuan SENIMAN.
  • 1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
  • 1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.
  • ... - 2014 Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM)

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat penyakit jantung pada usia 89 tahun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Datuk Aziz Sattar Sinemamalaysia.com.my: 2013: Anugerah artis lelaki sepanjang hayat (Anugerah Bintang Popular Malaysia)
  2. ^ Niezam Abdullah (6 Mei 2014). "Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia". mStar. Dicapai 2014-05-06. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]