One FM merupakan sebuah stesen radio berbahasa Cina milik Media Prima. Pada asalnya radio ini adalah radio WanitaFM kemudian telah menutup operasinya dan dibeli oleh Media Prima. Frekuensi OneFM di Kuala Lumpur masih menggunakan frekuensi yang sama ketika WanitaFM beroperasi dahulu. Radio ini merupakan stesen radio yang mensasarkan pendengar dari usia 15 hingga 35 tahun. One FM memulakan operasinya secara rasmi pada 19 Januari2009.
One FM boleh didengari di Terengganu dan Kelantan secara online di www.onefm.com.my dan bukan sahaja boleh dengar melalui laman web boleh juga muat turun aplikasi One FM di App Store (iOS), Huawei App Galery dan Google Play.