Orang Bunian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lakaran Mahkota Puteri Nur dalam keadaan biasa

Bunian bukanlah daripada bangsa manusia berketurunan Nabi Adam alaihissalam yang boleh dipanggil "orang". Bunian ialah makhluk ciptaan Allah swt mirip dengan elf dalam legenda Eropah, lebih tepat lagi seperti yang digambarkan oleh Tolkien di dalam hasil karya beliau The Lord of the Rings, The Hobbit dan The Silmarillion. Banyak mitos dan cerita yang dipercayai oleh manusia berdasarkan kisah-kisah yang disampaikan dari zaman ke zaman dan andaian dan bukannya cerita yang benar. Yang sahihnya, mereka bukanlah manusia tetapi makhluk yang dicipta Allah Subhanahu Wata'ala dari cahaya sama seperti para malaikat untuk membantu manusia dibawah arahan Allah Subhanahu Wata'ala. Namun bunian bukanlah malaikat cuma unsurnya sahaja sama kejadiannya seperti para malaikat. Para Malaikat tiada jantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur manakala Bunian pula sebaliknya. Mereka berkeluarga, makan, minum dan tidur seperti manusia.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul makhluk bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin maupun malaikat. Allah swt Maha Pencipta dan mampu melahirkan berbagai jenis makhluk yang manusia sendiri tidak pernah melihat kecuali mereka-mereka yang dianugerahkan Allah ilmu Makrifat dan Laduni.

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan), tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini ialah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal daripada unsur tanah) dan bunian (berasal daripada unsur cahaya). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian tetapi lantaran ingin kembali ke keluarganya yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Semasa kepulangannya ke golongan manusia, dia mendapati bahawa setiap orang yang dia kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Kebenaran Mengenai Bunian oleh Bentara Tujuh (2012)[sunting | sunting sumber]

Putera Aria, Raja Bunian
Gambaran Putera Aria dari blog Bentara Tujuh ketika ingin pergi berperang
Puteri Nur ketika di wawancara oleh TV9. Puteri Nur, satu-satunya manusia hybrid keturunan Raja-raja bunian.

Sekitar tahun 2012, nama Puteri Nur menjadi sebutan. Ini kerana beliau adalah satu-satunya hybrid manusia kacukan bunian. Perawat wanita Darussyifa' Bangi mencatatkan pertemuan mereka di Masjid Darussyifa' di Bangi di blognya ketika Puteri Nur hendak berjumpa dengan Prof. Dato' Dr Haron Din tetapi blog itu telah didelete untuk menjaga privasi blogger tersebut. Banyak kesilapan besar tentang bunian yang selama ini kita dengar termasuk apa yang ditulis di atas, tetapi masih ada perkara yang boleh diterima walaupun amat kecil. Semua itu dijawab oleh Puteri Gudipati Ratnasuri Singgara (dirujuk sebagai Puteri Sari di dalam blog dan laman Facebook Bentara Tujuh) yang merupakan Raja segala Raja-raja Bunian seluruh dunia. Di Youtube juga terdapat rakaman suara Puteri Ratna berkongsi pendedahan apakah itu sebenarnya Bunian. Di sini disertakan link ke rakaman suara tersebut:

  1. Perbualan dengan Puteri Sari 6 Mac 2016 bersama Ustaz Abdul Halim Zakaria dan saudara Fizo Omar di set Nasi Lemak Kopi O, TV9, Sri Pentas
  2. Kebenaran Mengenai harta bunian
  3. Perbualan terakhir dengan Puteri Sari - full version
  4. Perbualan dengan Puteri Sari 20151103

Puteri Nur juga pernah ditemubual oleh TV3, NTV7 (Seekers) dan TV9 (Nasi Lemak Kopi O). Buat masa sekarang Puteri Nur membantu seorang ustaz di sebuah pusat rawatan di ibu negara. Pesakit-pesakit Puteri Nur datang dari dalam dan luar negara termasuk Amerika Syarikat, Arab, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Selain merawat, Puteri Nur juga merupakan seorang Penasihat Paranormal yang sering dirujuk oleh para penggiat paranormal dan mempunyai penuntut dari golongan ulama dan profesional yang ingin mempelajari dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang perawatan alternatif dan juga perihal Bunian yang sebenarnya.

Sila rujuk sumber team ini untuk dapatkan maklumat bunian yang terkini dan tepat.

  1. Nukilan Bentara Tujuh, Pengalaman Panglima Bentara Tujuh bersama Para Bunian dan jin Islam
  2. Facebook Bentara Tujuh
  3. Channel Youtube Bentara Tujuh

-nota kaki Jika anda ingin memadam entri saya sila hubungi saya terlebih dulu (Mohammad Hafiez)

Kebenaran mengenai Bunian[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah kenyataan yang disunting dari blog Nukilan Bentara Tujuh tentang Kebenaran Tentang Bunian yang dipaparkan di dalam page facebook "Kata-kata Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian Seluruh Dunia"

[1]

Kata-kata Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian Seluruh Dunia[sunting | sunting sumber]

Merupakan satu page di laman sosial Facebook yang mengetengahkan teks kata-kata Puteri Ratna Singgara, Raja seluruh Raja-raja Bunian melalui rakaman perbualan beliau bersama Bentara Tujuh.

Allahuakbar... Manusia, dari dahulu..peperangan, peperangan. Kebodohan, Kezaliman. Itu sahaja. Mau mengambil jalan mudah, iya, ketemu bomoh, ketemu tukang tilik, beri aku batu, beri aku cincin, untuk apa?...Ambil Wudu, berdoa kepada Allah, bukakan jalan, ya, baca surah-surah pembuka jalan, usaha. Allah memberikan tenaga, ya, dua tangan, dua kaki, usaha sendiri. Allahuakbar..

Di antara surah-surah Al-Quran untuk memohon supaya dibukakan jalan ialah surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan surah Al-Mulk.

Khabarkan kepada manusia kebenaran ini. Jangan biarkan diri mereka berlaku SYIRIK, ya,, dan terlalu banyak juga manusia mengatakan, "ya, aku bisa merawat", SUBHANALLAH... yang bongkak adalah qarin dan jin-jin mereka sendiri, mereka bongkak ya, kerana "manusia perlukan aku", bongkak! secara tidak langsung, perawat-perawat yang didampingi oleh jin-jin dan saka-saka mereka sendiri, mereka menjadi bongkak, takbur dan riak. Ngerti kamu di sini Bentara. Allahuakbar. Kabarkan kepada manusia-manusia itu, agar TIDAK berlaku syirik. Agar tidak menjadikan iya kebodohan mereka itu bahan tertawa Iblis dan jin kofir. Maafkan beta, ya.

Asal-usul Puteri Nur daripada susur-galur kekanda Puteri Ratna bertemu dengan moyang Puteri Nur bernama Rahmah di Jawa.

Beta, Puteri Ratna Singgara. Kami dua beradik. Kekanda(abang) beta, Putera Sarayana, Sarayana yang bertemu dengan Rahmah di Jawa (Indonesia), ninda (nenek/moyang) kepada cucunda Beta. (Puteri Nur)
Mistik alam bunian. Subhanallah. Apakah itu mistik? Apakah ayat itu, misteri. Apakah? huh Subhanallah. Tidak ada kerjaan lain kah manusia?

Puteri Ratna murka dengan sikap segelintir manusia yang suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara mistik dan misteri.

Dosa pada Allah, Allah bisa ampunkan. tetapi dosa sesama manusia, mengumpat, menghina, memfitnah tidak terampun. Selagi kamu tidak memohon kemaafan dari manusia yang kamu fitnah itu. Gentayangan (berkeliaran) roh kamu. Ya, kerana itu apabila talqin dibacakan, apa dia akan katakan urusannya bagaimana, hutangnya bagaimana, jika kamu mengumpat, memfitnah, menganaiya, kamu berhutang dengan manusia yang kamu umpat dan kamu fitnah itu. Berdosa besar. Banyak ya roh-roh yang tidak lepas (dari) seksa. Iya, banyak. Kami melihat.

Ini pula keadaan roh seseorang yang ketika hidupnya mengumpat, menghina dan memfitnah kerana dosa ini adalah hubungkait manusia dengan manusia. Dosa ini dirungkai sehalus-halusnya oleh Raja Bunian yang dapat melihat keadaan roh ini.

Bunian tidak memberi harta. Itu sudah berlaku dosa ya, meminta harta dari kami (para bunian). Tidak boleh. Mahu harta ka apa , mohon pada Allah. Bila Allah memerintahkan bantu mereka (manusia), Kami akan membantu manusia membuat lorong. (Jalan penyelesaian). Iya, manusia bisa membaca surah al-Kahfi ka apa. Mohon pada Allah, itulah dia Kami membantu. Tidak memberi harta. Harta bunian tidak (boleh) diberi kepada manusia. Suatu dosa.

Ini pula persoalan yang selalu bermain di dalam masyarakat. Bunian sama sekali tidak memberi harta kerana pemberian ini bukan dari bunian yang sebenar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Hantu dalam masyarakat Melayu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. http://bentaratujuh.blogspot.my/2013/01/kebenaran-mengenai-bunian.html