Osama Hamdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Osama Hamdan
Osama Hamdan di Beirut, 2009
Wakil Hamas di Lubnan
Memegang jawatan
1998
Wakil Hamas di Tehran
Dalam jawatan
1993–1998
Didahului olehImad Alami
Digantikan olehAbu Muhammad Mustafa
Butiran peribadi
Lahir1965
Kem pelarian Bureij, Genting Gaza
KerakyatanPalestin
Parti politik Hamas

Osama Hamdan (Arab: أسامة حمدان; lahir 1965) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau ialah wakil kanan Hamas di Lubnan[1], dan anggota Biro Politik Hamas.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Osama dilahirkan di kem pelarian Bureij di Genting Gaza kepada sebuah keluarga pelarian Palestin yang berasal dari perkampungan al-Batani Timur semasa Perang Arab–Israel 1948. Beliau belajar di sekolah tinggi di Kuwait sehingga 1982. Kemudian beliau menyambung pengajian ke Universiti Yarmuk di Irbid, Jordan di mana beliau memperoleh ijazah sarjana muda kimia pada 1986. Semasa menuntut, beliau menjadi aktivis dalam gerakan mahasiswa Islam. Beliau kembali ke Kuwait selepas tamat belajar dan bekerja dalam sektor industri sehingga Perang Teluk pada 1990.[3]

Perwakilan Hamas[sunting | sunting sumber]

Selepas meninggalkan Kuwait, Hamdan bekerja di pejabat Hamas di Tehran, Iran sebagai pembantu kepada Wakil Hamas di sana, Imad Alami dari 1992 hingga 1993. Beliau menjadi wakil Hamas ke Iran pada 1994, dan berkhidmat sehingga 1998.[3][4]

Pada 1998, Osama dilantik sebagai Wakil Hamas di Lubnan, jawatan yang kekal sehingga kini. Pada 2005, beliau menjadi jurucakap Hamas di Kaherah semasa dialog antara kumpulan-kumpulan Palestin.[5] Beliau juga menyertai perbincangan antara Hamas dan Kesatuan Eropah.[3][6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nakhoul, Samia; Saul, Jonathan (2023-10-10). "How Hamas duped Israel as it planned devastating attack". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-23.
  2. ^ "Hamas rejects Zionist regime's claims about weapons in Gaza hospitals". en.irna.ir. Dicapai pada 2023-11-23.
  3. ^ a b c Palestinian Personalities - H Diarkibkan 1999-01-28 di Wayback Machine Palestinian Academic Society for the Study of International Affairs.
  4. ^ Chehab, 2007, p.142.
  5. ^ Hamdan says progress made on talks due to compromise Hamas urges coexistence under Palestinian rule Al-Arabiya. 2009-05-20.
  6. ^ Osama Hamdan, Head of the Hamas Foreign Liaisons: Armed Confrontation Will Continue to Be "the Backbone of the Resistance", the Israelis Must Return to Their Countries of Origin, Clip No. 2949 (transcript), MEMRITV.org, May 4, 2011.
  7. ^ Osama Hamdan, Head of the Hamas Foreign Liaisons: Armed Confrontation Will Continue to Be "the Backbone of the Resistance", the Israelis Must Return to Their Countries of Origin Al-Jadid/New TV (Lebanon), Clip No. 2949 (video), MEMRITV.org, May 4, 2011.

Bacaan selanjutnya[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]