Pejabat Daerah & Tanah Jempol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PDTJL)
Pejabat Daerah dan Tanah Jempol
ڤجابت دايره دان تانه جمڤول
Intisari agensi
Dibentuk1980 (44 tahun yang lalu) (1980)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatPejabat Daerah dan Tanah Jempol, Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol, 72120, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pegawai Daerah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
jempol.ns.gov.my

Daerah Jempol merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di Negeri Sembilan. Daerah ini telah diwujudkan pada 1 Januari 1980 bertujuan untuk memperkemas pentadbiran daerah. Sebelum tahun 1980, daerah Jempol merupakan sebahagian daripada daerah Kuala Pilah. Luas keseluruhan daerah ini ialah 148.458.42 hektar dan merupakan daerah terbesar di dalam Negeri Sembilan. Daerah ini terbahagi kepada lima mukim iaitu Mukim Kuala Jempol, Mukim Rompin, Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Hilir dan Mukim Jelei. Sebahagian besar tanah di daerah ini adalah digunakan untuk pertanian getah dan perladangan sawit.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDTJL) diwujudkan pada tarikh yang sama daerah Jempol diwujudkan. Sebelum tahun 1980, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil Bahau atau lebih sinonim dengan nama Pejabat Tanah Bahau (PTB) dan bangunan pejabat terletak di Bahau. Setelah daerah Jempol diwujudkan, bangunan pejabat di Bahau masih digunakan sehingga tahun 1988 apabila Bangunan Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol siap dibina di Bandar Seri Jempol (dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru Serting).

Pejabat ini berperanan sebagai pejabat utama yang bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau semua pelaksanaan Dasar, Projek dan Program Kerajaan Negeri dan Persekutuan di daerah. Peranan utama ini amat penting bagi memastikan impak pelaksanaan direalisasi dan seterusnya manfaat, kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh kumpulan sasar.

Selain itu, pejabat ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan tanah daerah meliputi pembangunan, pelupusan, pendaftaran, hasil dan penguatkuasaan. Tanah dan air merupakan satu-satunya sumber utama hasil Kerajaan Negeri dan pejabat ini komited untuk memastikan tanah di tadbir urus dengan cekap bagi memastikan kutipan hasil dapat dimaksimumkan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan daerah Jempol sebuah daerah yang maju dan sejahtera menerusi pembangunan yang seimbang pada tahun 2020

Misi[sunting | sunting sumber]

Melaksanakan pembangunan daerah Jempol menerusi pembangunan fizikal, modal insan dan pemeliharaan alam sekitar seta memastikan sistem penyampaian yang memenuhi kehendak pelanggan

[1]