Bola sepak di Malaysia
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Sehubungan dengan betapa terkenalnya sukan bola sepak yang telah dimainkan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, Andrew Caldecott menubuhkan Persatuan Bola Sepak Malaysia pada tahun 1920 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menggiatkan aktiviti sukan bola sepak dan untuk berusaha bagi melepaskan Tanah Melayu daripada kolonialisme Inggeris dan Jepun. Apabila tiada pertubuhan bola sepak, bola sepak di Malaysia tiada boleh terkenal sehingga detik ini.
Pertubuhan bola sepak di Malaysia ialah Persatuan Bola Sepak Malaysia, yang telah menggalakkan bola sepak sehingga bola sepak telah menjadi sukan awam dan sukan kebangsaan di Malaysia.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong dari 1935 hingga 1937. Sejak detik itu, aktiviti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia.
20 tahun selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, banyak pemain pasukan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia dan pemenang bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.
Semenjak tahun 1970-an, prestasi bola sepak di Malaysia boleh dicakap telah mencapai kemuncak, dalam erti bahawa bola sepak di Malaysia merupakan bola sepak yang berkuasa tahap pertama di Asia dan tahap lima dunia. Manakala, negara-negara pada wilayah Asia Timur seperti Korea Selatan dan Jepun boleh dicakap "t(id)ak memiliki prestasi apapun dalam dunia bola sepak".
Allahyarham Mokhtar Dahari (1953-1991) ialah pemain terbaik di Asia dan pemenang bola emas AFC. Beliau ialah bekas penyerang pasukan Malaysia yang sangat terkenal di Asia, yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia.
Tambahan lagi, Hassan Sani "si Lipas Kudung" pun telah menolong James Wong menjaringkan gol kedua yang membawa Malaysia memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.
Bagi kali pertama, Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 dan menjadi gelaran pertama Malaysia untuk peringkat Asia Tenggara.
Piala Malaysia ialah kejohanan bola sepak pertama di Asia dengan nama Piala HMS Malaya yang bermula pada tahun 1921. Dalam penganjuran Piala HMS Malaya untuk yang kali pertama, Kelantan telah memenangi kejohanan ini. Selangor ialah pembimbit gelaran terbanyak dalam sejarah Piala Malaysia.
Pestabola Merdeka, dianjurkan sama seperti Piala Dunia FIFA, ialah kejohanan bola sepak antarabangsa yang dianjurkan untuk memeriahkan sambutan majlis hari kebangsaan pada bulan Ogos.
Senarai kejohanan[sunting | sunting sumber]
Kejohanan bola sepak yang dianjurkan di Malaysia terbahagi menjadi 2 format, iaitu format liga dan format piala.
Format Liga[sunting | sunting sumber]
- Liga Super Malaysia - tahap teratas Liga Malaysia
- Liga Perdana Malaysia - tahap kedua Liga Malaysia. Kelayakan menuju Liga Super Malaysia, disingkirkan menuju Liga FAM.
- Liga FAM - tahap ketiga Liga Malaysia. Kelayakan menuju Liga Perdana Malaysia, disingkirkan menuju Liga Negeri-Negeri Malaysia.
Format Piala[sunting | sunting sumber]
- Piala Malaysia - perlawanan format piala berprestij di Malaysia dan tertua di Asia.
- Piala FAM - perlawanan format piala dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak 1952.
- Piala FA - perlawanan format piala yang juga melibatkan PDRM, ATM, dan Sime Darby.
- Piala Emas Diraja
- Pestabola Merdeka - perlawanan format piala untuk memeriahkan sambutan hari kebangsaan.
- Piala Sumbangsih - perlawanan format piala yang merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.
Skuad Pasukan Kebangsaan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Skuad lelaki[sunting | sunting sumber]
Skuad wanita[sunting | sunting sumber]
|