Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
ڤرساتوان بولا سيڤق ملايو مليسيا
Kerangka
KependekanPBSMM
Jenis/bentuk sahBadan induk sukan Sunting ini di Wikidata
Status undang-undangBeroperasi
TujuanMenyelia aktiviti sukan berkaitan bola sepak
BidangSukan
Sejarah
PendahuluPersatuan Bola Sepak Melayu Semenanjong
Ditubuhkan19 April 1947; 77 tahun yang lalu (1947-04-19)[1]
Pengurusan
Setiausaha agungEncik Nazeri bin Hussain
PresidenMohd. Firdaus Bin Mohamed[1]
Organisasi indukFAM
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (singkatan: PBSMM) ialah sebuah badan organisasi yang mengurus dan mentadbir aktiviti berkaitan sukan bola sepak Melayu di dalam Malaysia. Berbeza dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia, PBSMM hanya mengendalikan kejohanan bola sepak di peringkat domestik yang dikenali sebagai Piala Agong dan Piala Emas Raja-Raja[2][3].

PBSMM juga pernah menghantar pasukan untuk bersaing dalam Piala FAM untuk edisi tahun 2016.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum penubuhan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, kejohanan Piala Emas Raja-Raja (atau nama lamanya Piala Emas Sultan-Sultan) telah diadakan bermula seawal tahun 1926, dengan pasukan Melayu Selangor yang diwakili oleh Kelab Sultan Suleiman memenangi perlawanan menentang pasukan Melayu Negeri Sembilan dengan jaringan tiga gol berbalas kosong[4].

Bermula tahun 1939, kejohanan Piala Emas Sultan-Sultan tidak dapat diadakan kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan serta berlakunya Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1942. Pada bulan April 1947, satu mesyuarat telah diadakan, yang telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Singapura, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak[5]. Wakil-wakil ini bersetuju supaya kejohanan Piala Emas Sultan-Sultan dihidupkan kembali pada tahun yang sama[5].

Ahli-ahli mesyuarat juga bersetuju supaya satu pertubuhan diwujudkan bagi menggabungkan kesemua persatuan bola sepak Melayu yang terdapat di Tanah Melayu dan Singapura pada ketika itu[5]. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Malayan Malay Football Association (Persatuan Bola Sepak Melayu Malaya). Objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk mengawalselia, mempromosi dan menggalakkan sukan bola sepak di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu.

Presiden pertama yang telah dilantik ialah Dr. Abbas bin Hj. Alias dari Kuala Lumpur, manakala naib presiden pertama ialah Encik Mohamad Sidek bin Hj. Abdul Hamid dari Singapura[6]. Setiausaha kehormat pertama ialah Che Su Said dan naib setiausaha yang telah dilantik ialah Encik Rahmat Abbas dari Selangor[6]. Ketua delegasi Melayu Singapura pula ialah Encik Mohamed Yusoff Ahmad[6]. Persatuan ini kemudian telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaya pada tahun 1950 dengan nombor pendaftaran 889/50[7].

Piala Emas Sultan-Sultan 1947 merupakan kejohanan bola sepak pertama yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaya. Dalam perlawanan akhir, pasukan Melayu Singapura memenangi kejohanan ini, mengalahkan pasukan Melayu Pulau Pinang dengan keputusan 1-0[8]. Kejohanan ini disiarkan secara langsung menerusi Radio Malaya[9].

Selepas itu Persatuan ini dipimpin oleh beberapa orang tokoh negara diantaranya ialah, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra, Yang Mulia Raja Shahriman bin Raja A. Hamid, Tan Sri Abdul Jamil Rais, Yang Berbahagia Dato' Mahmood Ambak, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Senu Abdul Rahman dan beberapa tokoh lain yang nama mereka terpahat dalam rekod persatuan ini.

Pada tahun 1989, nama Persatuan ini telah dipinda kepada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia. Pada Ketika itu, Persatuan ini dibawah pimpinan Yang Berhormat Tan Sri Dato' Sabbaruddin Chik.

Aktiviti utama Persatuan ini ialah menganjurkan kejohanan Piala Emas Raja-Raja dan Piala Agong. Piala Emas Raja-Raja telah mula dipertandingkan pada tahun 1926 hingga 1946 yang dikendalikan oleh Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA). Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah DYMM Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah DYMM Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah DYMM Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.

Mulai daripada tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Aktiviti kedua Persatuan ini ialah menganjurkan Kejohanan Piala Agong yang telah dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kepada Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung untuk dijadikan rebutan pertandingan bolasepak antara pasukan Melayu Utara dan pasukan Melayu Selatan tiap-tiap tahun Perlawanan pertama telah dilangsungkan pada tahun 1962.


Ahli Jawatankuasa Eksekutif[sunting | sunting sumber]

Penggal 2021 - 2025[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Presiden Malaysia Mohd Firdaus Bin Mohamed., PMC
Timb. Presiden 1 Malaysia Ybhg. Datuk Haji Ramlan Bin Haji Shahean @Askolani ., PMW
Timb. Presiden 2 Malaysia YM Dato' Lela Putera Dato Kamarulnizam Bin YTM Dato Haji Mohd Sharip.,DTNS.,ANS.,PMC
Naib Presiden 1 Malaysia YBhg. Dato’ Shaharul Bin Asafali.,DSPN
Naib Presiden 2 Malaysia Mohd Zamri Bin Mazleh
Naib Presiden 3 Malaysia YBhg. Dato’ Ahmad Bin Mad Daud.,DSDK
Naib Presiden 4 Malaysia Haji Nudin Bin Awang
JK Eksekutif 1 Malaysia Abdul Rafi Bin Abdul Murad.,PMC
JK Eksekutif 2 Malaysia Sani Bin Haji Kalam
JK Eksekutif 3 Malaysia YH Dato Khairuddin Bin Abdul Hamid., DIMP
JK Eksekutif 4 Malaysia YM Ku Besry Bin Ku Aziz
Juru Audit 1 Malaysia Nor Shahimy Bin Md. Nor
Juru Audit 2 Malaysia Saifull Bahri Bin Shamshul Anwar


Ahli Gabungan[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ahmad, Abdul Hafiz (3 Disember 2021). "PBMM: Firdaus, Ramlan menang tanpa bertanding". Bebas News. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  2. ^ Hashim, Firdaus (14 November 2017). "Piala TMJ bakal hangatkan bola sepak tempatan". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  3. ^ "FAM yakin PBMM mampu laksanakan transformasi persatuan". Media Pertama. 24 Februari 2022. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  4. ^ "Seng Quee is signed on for 2 years". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 2 September 1926. m/s. 16. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  5. ^ a b c "Seng Quee is signed on for 2 years". The Straits Times. 22 April 1947. m/s. 12. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  6. ^ a b c "GOLD CUP SOCCER AT STADIUM TODAY". The Singapore Free Press. 24 Oktober 1947. m/s. 7. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  7. ^ Salam dari Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia(PBSMM), Malaysia: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, dicapai pada 28 Disember 2022
  8. ^ "S'PORE MALAYS GOLD CUP WIN". Straits Budget. 4 Disember 1947. m/s. 19. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  9. ^ "BROADCAST ON CUP FINAL". The Straits Times. 17 November 1947. m/s. 8. Dicapai pada 16 Januari 2023.