Ng Suee Lim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ng Suee Lim

DPMS (Selangor)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Memegang jawatan
21 Ogos 2023
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului olehNg Sze Han (Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru)
Hee Loy Sian (Pelancongan)
PortfolioPembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Pembangunan Kampung Baru
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
26 Jun 2018 – 19 September 2023
SultanSultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului olehHannah Yeoh Tseow Suan
Digantikan olehLau Weng San
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Sekinchan, Selangor
Memegang jawatan
21 Mac 2004
Didahului oleh Chia Kim Lem
Majoriti344 (2004)
190 (2008)
2,239 (2013)
2,844 (2018)
4,018 (2023)
Setiausaha Publisiti DAP Selangor
Dalam jawatan
2015–2017
Butiran peribadi
LahirNg Suee Lim
(1970-07-13) 13 Julai 1970 (umur 53)
Klang, Selangor
Parti politik PH-DAP
PasanganBee Ha (Meninggal dunia 2016)
Anak-anak4
KediamanShah Alam, Selangor
PekerjaanAhli Politik

YB Dato' Ng Suee Lim merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau ialah Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Sekinchan, apabila memenangi pilihan raya negeri Selangor 2004 sehinga Pilihan raya negeri Selangor 2018. Selain itu, beliau juga dilantik menjadi Speaker Dewan Negeri Selangor bagi Sidang Dewan Negeri Selangor ke-14 bagi menggantikan penyandang terdahulu, YB Hannah Yeoh Tseow Suan pada tahun 2018.

Beliau merupakan satu-satunya Ahli Dewan Negeri Selangor dari kalangan kaum Cina yang fasih berbahasa dalam dialek bahasa Jawa.[1]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam politik khususnya DAP setelah banyak membaca kenyataan media dan buku oleh pengasas DAP, Lim Kit Siang sejak di darjah 6, 1981-1982. Beliau selalu hadir dalam jamuan makan malam yang dianjurkan oleh pemimpin politik tempatan bagi mengumpulkan derma. Di dalam kelas pula, beliau selalu berdebat dengan cikgu Sejarah tentang beberapa peristiwa sejarah sehingga beliau dilabel sebagai pembangkang. Tahun 1995, beliau menjadi ketua DAP cawangan Kapar.

Pemecatan Dato Sri Anwar Ibrahim pada 1998 menyebabkan beliau terpanggil untuk berdemo dan memberi ceramah. Dalam Pilihan raya 1999 beliau dicadangkan oleh Ronnie Liu Tian Khiew dan Teng Chang Khim bertanding di DUN Sekinchan kerana tiada lagi veteran politik yang mahu bertanding di sana. Beliau bertanding pada usia 20-an dan kalah 2044 undi tetapi menang di kawasan Melayu kerana dia boleh berbahasa Jawa. Komposisi penduduk Sekinchan ialah 42% Melayu, 56% Cina dan 2% India. Melayu pula berketurunan Jawa dan Banjar.

Dalam Pilihan raya 2004, ramai pengundi kembali menyokong BN dan ramai calon DAP, PKR dan PAS kalah. Tetapi Ng Suee Lim menang di Sekinchan dengan majoriti 344 undi.Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 5403 undi dengan majoriti 190 undi.[2]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Saman fitnah daripada Noh Omar[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mac 2012, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Adun Sekinchan, Ng Sue Lim atas tuduhan fitnah. Akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor, SelangorKini dalam keluaran 25 November - 2 Disember 2011 menyiarkan artikel "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" dan gambar kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani". Saman RM10 juta difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac 2012 melalui peguam beliau, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.[3]

Perumahan Damai, Sekinchan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2012, Dato Seri Noh Omar mendakwa projek pembinaan Kondominium Sekinchan Perdana di Sekinchan dibina tidak mengikut dasar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) yang menetapkan setiap pembinaan di atas 0.4 hektar tanah hanya boleh membabitkan 60 unit rumah. Kondominium 94 unit rumah , 18 tingkat itu jelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan JPBD iaitu 12 tingkat.[4][5]

Penjualan 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai yang sepatutnya diperuntukkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam tetapi dijual kepada sebuah syarikat swasta. NKK Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A, Jalan Suria Indah 5, Taman Suria Indah ,Tanjung Karang. Ng Sue Lim selaku Adun Sekinchan hendaklah telus dalam hal ini.[6]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Speaker DUN Selangor yang baharu fasih ngomong Jowo
  2. ^ Kenali Ng Suee Lim
  3. ^ Noh saman Kerajaan Selangor, Adun Sekinchan
  4. ^ "Noh dakwa wujud penyelewengan dalam projek perumahan di Sekinchan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-15. Dicapai pada 2012-08-09.
  5. ^ Noh Omar Saman Kerajaan Selangor dan Adun Sekinchan
  6. ^ Noh dakwa wujud penyelewengan projek perumahan di Sekinchan
  7. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-05-28.