Sekinchan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pekan Sekinchan
Gerai di Pekan Sekinchan
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Sabak Bernam
Mukim Pekan Sekinchan
Keluasan N/A
Pandangan di sisi sawah padi Sekinchan

Sekinchan ialah sebuah pekan yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Sekinchan merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang utama dan menonjol di Malaysia. Ia terletak dalam daerah Sabak Bernam, di pantai barat negeri Selangor arah utara dan dihubungkan dengan jalanraya utama Laluan Persekutuan 5 yang menghubungkannya antara pekan Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

Selain menjadi sebuah perkampungan nelayan yang meriah, Sekinchan adalah pengeluar hasil beras mengikut tan paling tinggi di Malaysia. Jumlah empat tan sehektar adalah purata penghasilan padi yang direkodkan bagi seluruh negara, namun di Selangor terutamanya pesawah di Sekinchan mampu menghasilkan sehingga 13 tan metrik padi sehektar dengan gred bermutu tinggi. Angka ini melebihi had minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu tujuh hingga lapan tan sehektar manakala rata-rata penghasilan padi oleh pesawah di Selangor ialah 8-10 tan sehektar.

Sawah padi yang luas, tanah, pengairan yang bersistematik, displin dan penanaman teratur di sekitar Sekinchan adalah antara faktor yang menghasilkan jumlah hasil tertinggi beras di negara ini.

Sekinchan sering dikunjungi untuk makanan laut segar. Ia juga menarik pengunjung dari Kuala Lumpur dan Ipoh. Terdapat beberapa pengilang beras di kawasan di mana beras keluaran tempatan boleh dibeli.

Panorama sawah padi di Sekinchan dan sekitarnya sering menggamit perhatian jurugambar amatur dan profesional selain tumpuan pengambaran drama dan filem. "The Seeds of Life", sebuah drama Cina tempatan, mengambil tempat pengambarannya disini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]