Hannah Yeoh
Hannah Yeoh Tseow Suan | |
|---|---|
| 杨巧双[1] | |
| Menteri Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Wilayah Persekutuan) | |
| Menyandang jawatan 17 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P117 Segambut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
| Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 59,684 (PRU-15) 45,702 (PRU-14) |
| Menteri Belia dan Sukan | |
| Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 16 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022-2024) Sultan Ibrahim Ismail (2024-kini) |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 21 Jun 2013 – 25 Jun 2018 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Dewan Negeri Selangor untuk N31 Subang Jaya | |
| Dalam jawatan 08 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 28,069 (PRU-13) 13,851 (PRU-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Yeoh Tseow Suan 9 Januari 1979 |
| Parti politik | |
| Pasangan | Ramanchandran Muniandy (k. 2008) |
| Anak | 2 |
| Tempat belajar | |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
| Laman web | Hannah Yeoh's Personal Blog |
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (lahir Yeoh Tseow Suan; 9 Januari 1979) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) sejak 2025 dan Ahli Parlimen Segambut sejak 2018.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Subang Jaya, Yeoh pernah belajar di SK Seri Subang Jaya, SK SS19 dan SMK Subang Utama, selepas itu beliau menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001. Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Yeoh kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.[2]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Didorong oleh Edward Ling, rakan sekolahnya, supaya menyertai dunia politik, kedua-dua Yeoh dan Ling menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Damansara pada akhir tahun 2006. Yeoh memilih untuk menyertai DAP walaupun parti itu merupakan sebuah parti pembangkang kerana beliau berasa bahawa pendirian parti politik itu adalah yang paling tekal, walaupun pemimpinnya sering diugut oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa sebarang perbicaraan.

Diilhamkan oleh Tony Pua, Pengerusi Cawangan Damansara, yang meletakkan jawatan untuk menyertai DAP sepenuh masa, Yeoh mengikut jejak Pua dan meletakkan jawatannya sejurus sebelum pilihan raya umum pada bulan Mac 2008 untuk menumpukan sepenuh masanya sebagai seorang ahli politik.
Dalam pilihan raya tersebut, Yeoh bertanding untuk kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan pilihan raya Subang Jaya, sebuah kubu Barisan Nasional, dan memenangi dengan majoriti sebanyak 13,851. Justeru itu, Ling yang merupakan pengurus kempennya dilantik sebagai setiausaha politik kepada Yeoh.
Yeoh mengendalikan sebuah pusat perkhidmatan dan operasi yang ditempatkan di sebuah kedai yang terletak di 24, Jalan SS14/1A, Subang Jaya untuk memudahkan pertemuan dengan penduduk kawasannya serta untuk mengatasi masalah mereka. Beliau terperanjat apabila dibanjiri oleh masalah-masalah remeh-temeh dari tikus sehingga lampu jalan yang sepatutnya ditangani oleh anggota majlis tempatan.[3] Memahami bahawa peranannya adalah untuk "mewakili para pengundinya dengan berkesan dari segi dasar pada peringkat Dewan Undangan Negeri" dan bukan untuk mengatasi "masalah longkang", strategi Yeoh adalah untuk menggalakkan pengambilan anggota Majlis Perbandaran yang bermutu dari kalangan wakil penduduk.
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Tidak dibenarkan ke sekolah lama
[sunting | sunting sumber]Pada 4 Ogos 2010, Malaysiakini melaporkan bahawa terdapat satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh sifat 'pilih kasih' kerajaan persekutuan. Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu, Menteri Pelajaran Malaysia telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari UMNO, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu. Yeoh dalam laman tweet pernah mempersoalkan kandungan pekeliling itu dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu. “Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan saya. Ini tidak betul kerana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri,” katanya.
Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.[4]
Sikap
[sunting | sunting sumber]Seorang yang memeluk agama Kristian dan berkahwin dengan bangsa yang lain, pendirian Yeoh terhadap rasuah dan masyarakat pelbagai bangsa adalah nyata sekali. Sejurus selepas beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau terkejut apabila mendapati bahawa meskipun rakyat selalu merungut tentang rasuah dan amat sangat ingin perubahan, masih terdapat orang yang rela menawarkannya wang untuk memudahkan dan mempercepat kelulusan projek. Bagi seorang yang menyertai dunia politik, bukan untuk kuasa atau keuntungan peribadi tetapi sebaliknya, untuk memastikan sebuah kerajaan yang bersih atas kepentingan generasi-generasi yang akan datang, Yeoh jelasnya merupakan suatu contoh unggul dalam kalangan ahli politik muda yang baharu yang muncul untuk memberikan pengertian baharu kepada apa yang dimaksudkan dengan ungkapan "perkhidmatan kepada negara."
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | N31 Subang Jaya | Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP) | 23,459 | 70.94% | Ong Chong Suan (MCA) | 9,608 | 29.06% | 33,067 | 13,851 | 79.31% | ||
| 2013 | Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP) | 40,366 | 76.09% | Gan Meng Foo (MCA) | 12,297 | 23.17% | 53,052 | 28,069 | 86.20% | |||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | P117 Segambut | Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP) | 53,124 | 82.07% | Loga Bala Mohan Jaganathan (MyPPP) | 7,422 | 11.47% | 77,956 | 45,702 | 83.72% | ||
| Mohd Solleh Abd Razak (PAS) | 4,181 | 6.46% | ||||||||||
| 2022 | Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP) | 68,438 | 80.05% | Prabagaran Vythilingam (Gerakan) | 8,754 | 10.24% | 85,491 | 59,684 | 71.45% | |||
| Daniel Ling Sia Chin (MCA) | 8,304 | 9.71% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ https://www.almaany.com/ar/name/%D8%AD%D9%86%D8%A9/
- ↑ "貌似慕尤丁- ‧- 欣赏郭素沁——杨巧双父亲是文青". Sin Chew Daily. 2018-07-08.
- ↑ The Star: Subang Jaya assemblyman opens service centre. March 13, 2008
- ↑ "", Malaysiakini.com. 4 Ogos 2010.
- ↑ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2021. Dicapai pada 24 March 2017.Results only available for the 2013 election.
- 1 2 "Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai pada 12 May 2013. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi
- Hannah Yeoh Diarkibkan 2014-10-18 di Wayback Machine, Hannah Yeoh's personal blog.
- Edward Ling for Hannah Yeoh, Edward Ling's (Hannah Yeoh's political secretary) personal blog.
- DAP Subang Jaya[pautan mati kekal] DAP Subang Jaya's Official Website.
- Dummipedia: Biography of Hannah Yeoh Diarkibkan 2008-10-29 di Wayback Machine
- Hannah Yeoh di Facebook
- Kelahiran 1979
- Orang hidup
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina
- Anggota wanita Parti Tindakan Demokratik
- Roman Katolik Malaysia
- Peguam Malaysia
- Orang dari Selangor
- Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12
- Timbalan menteri kerajaan wanita Malaysia
- Menteri belia Malaysia
- Menteri sukan Malaysia
- Menteri kerajaan wanita Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli wanita Dewan Undangan Negeri Malaysia
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia

