Senarai syarikat Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kedudukan Brunei.

Brunei ialah sebuah negara berdaulat yang terletak di pantai utara pulau Borneo di Asia Tenggara. Selain garis pantai dengan Laut China Selatan, negara ini dikelilingi oleh negeri Sarawak, Malaysia. Pertumbuhan ekonomi pada tahun 1990-an dan 2000-an, dengan KDNK meningkat 56% dari 1999 hingga 2008, mengubah Brunei menjadi sebuah negara perindustrian. Ia telah membangunkan kekayaan daripada medan petroleum dan gas asli yang luas. Brunei mempunyai Indeks Pembangunan Manusia kedua tertinggi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara, selepas Singapura, dan diklasifikasikan sebagai "negara maju".[1] Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di kedudukan kelima di dunia mengikut keluaran dalam negara kasar per kapita pada pariti kuasa beli. IMF menganggarkan, pada tahun 2011, bahawa Brunei adalah salah satu daripada dua negara (yang satu lagi ialah Libya) dengan hutang awam pada 0% daripada KDNK negara. Forbes juga meletakkan Brunei sebagai negara kelima terkaya daripada 182, berdasarkan medan petroleum dan gas aslinya.[2]

Dengan kelemahan ekonomi negara baru-baru ini akibat tekanan ke atas harga minyak, Brunei telah menerima pakai undang-undang syariah garis keras untuk cuba mendapatkan sokongan masyarakat tempatan.[3] Pada tahun 2019, negara mengeluarkan undang-undang baharu yang menjadikan homoseksual dan perzinaan boleh dihukum dengan rejam hingga mati, termasuk kepada warga asing dan bukan Islam,[4] sehingga membawa kepada pemboikotan perniagaan berkaitan Brunei terutamanya menyasarkan hotel milik Sultan Brunei dan Penerbangan DiRaja Brunei.[5][6]

Firma terkenal[sunting | sunting sumber]

Senarai ini termasuk syarikat terkenal dengan ibu pejabat utama yang terletak di negara ini. Industri dan sektor mengikut taksonomi Penanda Aras Klasifikasi Industri. Organisasi yang telah menghentikan operasi dimasukkan dan dinyatakan sebagai tidak berfungsi.

Syarikat-syarikat utama
     Aktif      Milik negara      Dibubar
Nama Industri Sektor Ibu pejabat Ditubuhkan Nota
Autoriti Monetari Brunei Darussalam Kewangan Bank Bandar Seri Begawan 2011 Bank pusat
Brunei LNG Minyak & gas Penjelajahan & penghasilan Lumut 1969 Loji petroleum
Hua Ho Department Store Perkhidmatan Peruncitan Bandar Seri Begawan 1947 Pasar raya
Penerbangan DiRaja Brunei Perkhidmatan Penerbangan Bandar Seri Begawan 1974 Syarikat penerbangan negara
Telekom Brunei Telekomunikasi Telekomunkasi talian tetap Bandar Seri Begawan 2005 Telekom

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Human Development Reports". United Nations. Dicapai pada 5 October 2009.
  2. ^ "Forbes ranks Brunei fifth richest nation". 25 February 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2012.
  3. ^ "Brunei sultan seeks conservative support with hardline sharia laws". The Jakarta Post. Dicapai pada 6 April 2019.
  4. ^ "Brunei implements stoning to death under anti-LGBT laws". BBC. April 3, 2019.
  5. ^ "More companies boycott Brunei over anti-gay laws". CNN. Dicapai pada 6 April 2019.
  6. ^ "Brunei's Controversial New Shariah Laws Are Now in Effect". The Diplomat. Dicapai pada 6 April 2019.