Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 亚庇国际机场 مطار كوتا كينابالو الدولي Kota Kinabalu International Airport | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu | |||||||||||
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports Holdings Berhad | ||||||||||
Destinasi | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 10 kaki / 3 m | ||||||||||
Koordinat | 05°56′13″N 116°03′04″E / 5.93694°N 116.05111°E | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2007) | |||||||||||
| |||||||||||
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) (IATA: BKI, ICAO: WBKK) terletak kira-kira 8 km dari bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, Malaysia. Ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan kira-kira 4 juta orang penumpang menggunakan lapangan terbang ini setiap tahun untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia juga pintu utama bagi negeri Sabah. Dalam tahun 2006, kira-kira 2 juta pelancong melawati Sabah, dan dianggarkan bilangan pelancong meningkat melebihi 2.5 juta pada akhir 2007.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Lapangan terbang ini bermula sebagai tempat ketenteraan yang dibina oleh tentera jepun semasa Perang Dunia Kedua.[4] Ia juga diketahui sebagai Pangkalan Udara Jesselton. Menjelang berakhirnya perang, lapangan terbang ini telah rosak teruk akibat dibom oleh Allied Forces sehinggalah tentera-tentera Jepun menyerah pada 1945.[5]
Setelah perang tamat, Department of Civil Aviation (DCA) of North Borneo (Kini : Sabah) telah mengambil beberapa langkah pengoperasian dan penyelenggaraan lapangan terbang tersebut. Pada tahun 1957, landasan asal kapal terbang yang diperbuat daripada rumput telah dilapiskan dengan bitumen dan terminal baru telah dibina.[4] Pada 1959, landasan itu telah dipanjangkan kepada 1,593 meter untuk membolehkan Malaysia Airways Viscount aircraft beroperasi. Pada 1963, penambahbaikan dan landasan kapal terbang telah dipanjangkan kepada 1,921 meter untuk menampung operasi Comet 4. Penerbangan komersial dan penumpang telah bertambah dari masa ke semasa. Oleh itu, bangunan terminal yang lebih besar diperlukan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Pada 1969, satu Firma Konsultant British telah digesa untuk mencari pelan untuk pembangunan berfasa dan tersusun untuk KKIA dari 1970 sehingga 2000 serta tahun-tahun akan datang. Pelan tersebut telah dihantar kepada kerajaan dengan ciri-ciri tersebut:
- Untuk memperkuat dan memanjangkan landasan kapal terbang kepada 2,987 meter untuk menampung operasi Boeing Jet 707 dan 747.
- Untuk membina satu kompleks terminal baru dan laluan teksi yang bersambung dengan landasan kapal terbang.
- Untuk menyediakan peralatan-peralatan navigasi, fasiliti-fasiliti komunikasi dan satu sistem pencahayaan moden untuk landasan kapal terbang.
Dalam tahun 1970 ke 1980, satu bangunan terminal baru telah dibina di kawasan yang bertentangan dengan landasan kapal terbang. Hampir semua penerbangan-penerbangan komersial telah dipindah ke terminal ini. Sejak itu sehingga sekarang, terminal asal itu telah dikenali sebagai Airport Lama ("old airport"). Pada tahun 1992, DCA di Sabah telah dikoperasikan, dan Malaysia Airports Holdings Berhad telah mengambil alih pentadbiran dan operasi terminal tersebut.[4] Pembesaran selanjutnya telah dilakukan (lihat di bawah), dan pada Januari 2007, terminal yang lama telah di penjenamakan sebagai Terminal 2, dan terminal yang lain dikenali sebagai Terminal 1.
Statistik[6][sunting | sunting sumber]
Tahun | Pergerakan penumpang | Pergerakan kapal terbang |
---|---|---|
1960 | 33,570 | - |
1970 | 290,575 | - |
1975 | 520,540 | - |
1980 | 1,246,130 | - |
1985 | 1,430,000 | - |
1990 | 2,040,000 | - |
2000 | 3,092,326 | 41,411 |
2001 | 3,036,196 | 40,157 |
2002 | 3,256,212 | 44,528 |
2003 | 3,302,366 | 44,748 |
2004 | 3,918,201 | 52,352 |
2005 | 3,970,000 | 51,824 |
2006 | 4,015,221 | 52,055 |
2007 | 4,399,939 | 52,047 |
2008 | dalam projek | dalam projek |
Masa hadapan[sunting | sunting sumber]
Pada pertengahan 2005, kerajaan Malaysia telah meluluskan satu projek untuk mengubahsuai dan menyambung LTAKK yang bernilai RM1.4 juta yang akan menyaksikan panjang landasan sedia ada sepanjang 2,988 m ditambah ke 3,780 m dan saiz terminal utama lapangan terbang (Terminal 1) bertambah dari 34,000 m² ke 87,000 m². Terminal baru lapangan terbang ini boleh menampung empat Boeing 747, satu Airbus A330, tujuh Boeing 737, tiga Fokker 50 dan tiga Dornier pada bila-bila masa. Ia juga akan memiliki 12 jambatan udara untuk kegunaan penumpang.[7][8] Menara kawalan trafik udara sekarang yang tercantum pada bangunan terminal utama akan dirobohkan dan akan diganti oleh satu menara berasingan. Keseluruhan projek termasuk sambungan landasan terbang dijadualkan siap pada pertengahan tahun 2009.[9]
Apabila keseluruhan projek telah siap, lapangan terbang LTAKK akan dapat menampung pesawat Airbus A380, pesawat penumpang terbesar dunia. Lapangan terbang ini juga akan menjadi lapangan terbang yang kedua terbesar di Malaysia dengan satu kapasiti tahunan 12 juta orang penumpang - 9 juta dari terminal 1 dan 3 juta dari terminal 2.[10]
Terminal[sunting | sunting sumber]
Terminal 1[sunting | sunting sumber]
Terminal 1 adalah terminal utama LTAKK. Ia bersambung dengan Jalan Putatan di Petagas berhampiran Kepayan. Kini, Terminal 1 mempunyai beberapa kemudahan termasuk 12 pintu, 5 jambatan, dan 4 tali sawat bagasi. Ia memiliki keupayaan bagi mengendalikan 2.5 juta penumpang setiap tahun. Ia turut mempunyai ciri kedai bebas cukai, kedai lain-lain, ruang legar lapangan terbang, agen kembara, reatauran, dan lain-lain. Ia kini ditambah dan diubahsuai secara besar-besaran (lihat di atas). Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan utama di terminal ini.[11] Terminal 1 memiliki 5 pintu (A1-A5).
Terminal 2[sunting | sunting sumber]
Terminal 2 adalah bangunan terminal asal lapangan terbang apabila ia mula dibina. Ia diakses melalui Jalan Mat Salleh di Tanjung Aru dan terletak di seberang landasan dari Terminal 1. Terminal 2 berkhidmat untuk menyewa kereta dan syarikat penerbangan utama tambang murah yang menggunakan terminal itu ialah AirAsia.
Pada tahun 2006, Terminal 2 menjalani pengubahsuaian dan penyambungan utama untuk menampung pembawa kos rendah, dibuka semula pada 1 Januari 2007 bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007. Kerja-kerja itu telah siap 27 bulan lebih awal daripada jadual. Ia mempunyai 26 kaunter daftar masuk untuk penerbangan domestik dan antarabangsa dan 6 tempat letak kereta untuk pesawat B737 dan A320 serta 7 beg x-ray mesin, bilik VIP dan 13 kaunter imigresen. Terminal ini mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 3 juta penumpang setiap tahun. [11]
Walau bagaimanapun, dengan ruang pengembangan terhad dan kesesakan di Terminal 2, serta untuk menggabungkan semua operasi syarikat penerbangan di satu terminal, syarikat penerbangan di Terminal 2 telah diarahkan berpindah ke Terminal 1. Keputusan itu ditentang oleh AirAsia dan syarikat itu enggan berpindah walaupun adalah arahan daripada kerajaan untuk berbuat demikian. Pada 1 Ogos 2015, isu ini diselesaikan apabila AirAsia bersetuju untuk pindah ke Terminal 1 pada 1 Disember 2015, dan Terminal 2 ditutup pada tengah malam hari itu. Terminal 2 akan ditukarkan untuk kargo, piagam, penerbangan VIP dan penggunaan penerbangan am.
Terminal ini kini berfungsi untuk pengendali kargo seperti Raya Airways dan beberapa syarikat Penerbangan Umum seperti Weststar dan Layang-Layang. Baru-baru ini, semasa acara negeri dengan banyak VIP yang hadir, jet peribadi pada piagam telah dipindahkan ke Terminal 2 untuk mengelakkan kesesakan tempat letak kereta pesawat pada Terminal 1. Ini termasuk Boeing BBJ2 dan B747-8i.
Syarikat Penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]
Charter[sunting | sunting sumber]
- Malaysia Airlines
- China Airlines
- China Eastern Airlines
- China Southern Airlines
- Hornbill Skyways
- Jin Air
- Layang Layang Aerospace
- Sabah Air
Cargo[sunting | sunting sumber]
- MASkargo
- Transmile Air Services
Penerbangan dan laluan yang lepas[sunting | sunting sumber]
Penerbangan beroperasi bersama laluan yang lepas[sunting | sunting sumber]
- AirAsia (Bangkok-Suvarnabhumi)
- Malaysia Airlines (Balikpapan, Beijing-Ibu Kota, Bintulu, Davao, Johor Bahru, Kudat, Lahad Datu, Los Angeles, Manado, Shanghai-Pudong, Sibu, Tarakan)
- MASwings (Lawas [Berakhir 29 Mac 2008], Limbang [Berakhir 29 Mac 2008])
Penerbangan yang lepas dan destinasinya[sunting | sunting sumber]
- AirAsia
- FlyAsianXpress (Bintulu, Kudat, Lahad Datu, Miri, Mulu, Sandakan, Sibu) (Disambungi oleh MASwings)
- ThaiAirAsia (Bangkok-Suvarnabhumi) [Berakhir 22 Julai 2007]
- China Northern Airlines (Sanya)
- Cathay Pacific (Hong Kong) (Disambungi oleh Dragonair)
- EVA Air
- Uni Air (Taipei-Taoyuan)
- Far Eastern Air Transport (Taipei-Taoyuan) [Berakhir 13 Mei 2008]
- Garuda Indonesia (Tolong isikan)
- Philippine Airlines (Cebu, Manila) (Sekarang berkodkongsi dengan Malaysia Airlines)
- Qantas
- Australian Airlines (Cairns) [Berakhir 29 April 2005]
- Saeaga Airlines (Bintulu, Kuching, Layang-Layang Atoll, Miri, Mulu, Sibu) [Berakhir September 1998]
- South East Asian Airlines (Davao)
- South Phoenix Airways (Zamboanga)
- Singapore Airlines (Singapura) [Berakhir Oktober 2001] (Disambungi oleh SilkAir)
- Thai Airways International (Bangkok-Don Mueang) [Berakhir 1994]
- Xiamen Airlines (Xiamen)
Pengangkutan[sunting | sunting sumber]
untuk masa kini, Perkhidmatan hantar jemput Penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, bisa melalui Perkhidmatan Teksi dan Bas.
Teksi[sunting | sunting sumber]
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dilayan oleh teksi bandar yang beroperasi melalui sistem kupon.[27]
Bas[sunting | sunting sumber]
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dilayan oleh perkhidmatan bas bandar.[28]
Kemalangan dan Insiden[sunting | sunting sumber]
- 6 Jun, 1976 - Sabah Air yang disewa membawa menteri terhempas berhampiran Sembulan ketika menurut untuk mendarat di lapangan terbang ini membunuh 11 penumpang termasuk Ketua menteri Sabah masa itu, Tun Fuad Stephens. Kemalangan itu dikenali sebagai "Double Six Tragedy".
- 6 September 1991 - Jet esekutif peribadi dengan 10 orang Amerika dan 2 rakyat British terhempas ke dalam hutan berhampiran Hulu Kimanis, Papar, sekitar 50 km dari sini.
- 16 November 1991 - Tiga orang polis terbunuh apabila Pilatus Porter 11 tempat duduk milik Tentera DiRaja Malaysia terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
- 18 September 1993 - Lekukan 13.5 meter persegi terbentuk di hujung landasan menyebabkan lapangan terbang ditutup selama 70 minit.
- 18 Julai 2003 - Dragonair penerbangan KA060, A330-342 daripada Hong Kong ke Kota Kinabalu mengalami turbulence teruk berkait dengan Ribut Tropika Koni di Laut China Selatan. 12 anak kapal dan tiga penumpang cedera, yang mana 2 anak kapal mengalami kecederaan teruk. Pesawat tersebut mendarat dengan selamat di Lapangan terbang Antarabangsa Hong Kong.
- 8 November 2004 - Penerbangan AirAsia 104, iaitu pesawat Boeing 737 yang membawa 111 penumpang dan lima anak kapal tergelincir semasa mendarat. Tiga penumpang - seorang lima tahun perempuan dan dua wanita - telah tercedera semasa keluar dari pesawat dan dapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth.
- 14 Disember 2005 - Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah ditutup untuk beberapa jam selepas sebuah kapal terbang AirAsia meletupkan sebuah tayar semasa mendarat. Tiada yang tercedera pada insiden 10.30pm tersebut.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Kota Kinabalu International Airport at Malaysia Airports Holdings Berhad
- ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WBKK di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
- ^ Maklumat lapangan terbang mengenai BKI di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
- ^ a b c Profile Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine, Department of Civil Aviation, Sabah. Accessed April 10, 2007.
- ^ USAAF Chronology
- ^ "Malaysia Airports Statistics 2006". Malaysia Airports Holdings Berhad. Dicapai pada 2007-11-07.
- ^ "Airport expansion of national interest: CM" Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine, Daily Express News, April 12, 2006.
- ^ Design and Build Contract - Upgrading of the Kota Kinabalu International Airport Project (Package 1 - Terminal Building and Landside Infrastructure & Facilities) Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine, WCT Engineering Berhad. Accessed May 11, 2007.
- ^ name="bernama"
- ^ "LCC terminal ready year end" Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine, Daily Express News, May 23, 2006.
- ^ Kota Kinabalu International Airport, A-Z World Airports Online. Accessed May 11, 2007.
- ^ https://www.breakingtravelnews.com/news/article/btn20060105115924331/
- ^ "AirAsia rolls out 4 new routes to improve connectivity". The Malaysian Reserve.
- ^ "AirAsia to reinstate five more routes connecting Singapore and Malaysia". AirAsia. 29 March 2022.
- ^ "Air Busan schedules Kota Kinabalu service from May 2019". Routesonline.
- ^ "Firefly reinstates jet ops from Penang with direct flights to Johor Bahru, Kuching and Kota Kinabalu". TheEdgeMarkets. 17 February 2022.
- ^ "Firefly to fly three new routes to Kuching, KK and JB from April 11". The Star (Malaysia). 4 Mac 2022. Dicapai pada 10 April 2022.
- ^ Liu, Jim. "Loong Air adds Xi'An – Kota Kinabalu service from late-Jan 2020". Routesonline. Dicapai pada 21 January 2020.
- ^ http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/273838/malaysia-airlines-files-tianjin-preliminary-schedule-in-s18/
- ^ "Find a Flight | oneworld". www.oneworld.com.
- ^ "Malindo Air adds Kota Kinabalu – Tianjin from mid-Jan 2019". routesonline.com.
- ^ "PAL Express adds new regional routes in late-March 2020". routesonline.com.
- ^ "Regional Service (RB Link)". Royal Brunei Airlines. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2019. Dicapai pada 17 July 2019.
- ^ name="BI"
- ^ Lim, Sean (22 November 2018). "Frequent fliers on some SilkAir routes will soon have to fly Scoot, SIA announces ahead of merger". businessinsider.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2019. Dicapai pada 30 October 2019.
- ^ "Xiamen Airlines schedules new SE Asia service in W18". Routesonline. Dicapai pada 11 September 2018.
- ^ https://airports.malaysiaairports.com.my/kota-kinabalu/getting-around/transport/public-transport
- ^ https://airports.malaysiaairports.com.my/kota-kinabalu/getting-around/transport/public-transport
Pautan Luar[sunting | sunting sumber]
- Maklumat lapangan terbang mengenai WBKK di Data Aero Dunia
- www
.sabah .com .my /borneotrade /e1 .htm - Kota Kinabalu International Airport at Borneo Trade
- Information from A-Z World Airports
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.