Pergi ke kandungan

Sultan Muzaffar Shah II (Johor)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Muzaffar Shah II
سلطان مظفر شاه
Sultan Johor
Pemerintahan1564 – 1570
Kemahkotaan1564
Didahului olehSultan Alauddin Riayat Shah II
Diikuti olehSultan Abdul Jalil Shah I
KeputeraanRaja Muzaffar ibni Sultan Alauddin Riayat Shah II
1546
Kemangkatan1570
Kota Panchor, Kota Tinggi, Johor
AnakandaSultan Abdullah Ma'ayat Shah
WangsaWangsa Melaka-Johor
AyahandaSultan Alauddin Riayat Shah II
AgamaSunni Islam

Sultan Muzaffar Shah II ibni Sultan Alauddin Riayat Shah II (Jawi: سلطان مظفر شاه ابن سلطان علاء الدين رعاية شاه ; 1546 – 1570) ialah Sultan Johor ke-2 dari tahun 1564 hingga tahun 1570.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Nama asal baginda ialah Raja Muzaffar dan baginda juga dikenali dengan nama "Radin Bahar". Baginda seterusnya bergelar Sultan Muzaffar Shah II apabila baginda menaiki takhta sebagai Sultan Johor ke-2 pada tahun 1564. Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II.

Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Tanjung Batu dan kemudian baginda telah berpindah dan bersemayam di Kota Seluyut dan menjadikan kota tersebut sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama pada tahun 1565. Dan di kota tersebut jugalah Tun Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Tun Sri Lanang iaitu pengarang buku Sejarah Melayu dilahirkan. Istana Sultan Muzaffar Shah II dibina di atas bukit Seluyut yang tingginya kira-kira 204 kaki yang bertujuan untuk mengawasi pergerakan kapal di Sungai Johor. Sewaktu pemerintahan baginda, baginda tidak suka Johor tunduk kepada Aceh. Pada tahun 1568, baginda telah menghantar tentera untuk membantu Portugis sekali gus mengundang kemarahan Aceh.

Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut dan baginda kemudian digelar "Marhum Mangkat di Seluyut". Melalui wasiat baginda, anakanda saudara baginda iaitu Sultan Abdul Jalil Shah I ditabalkan sebagai Sultan Johor ke-3.

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Sultan Muzaffar Shah II (Johor)
Tarikh keputeraan: 1546 Tarikh kemangkatan: 1570
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Alauddin Riayat Shah II
Sultan Johor
1564 – 1570
Diikuti oleh:
Sultan Abdul Jalil Shah I