Pergi ke kandungan

Sultan Alauddin Riayat Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Alauddin Riayat Shah II
Fail:-
-
Paduka Seri Sultan Johor 02
Pemerintahan 1 September 1528 - 1564
Pendahulu baru adakah
Pengganti Sultan Muzaffar Shah II
Raja Muda -
Pasangan Puteri Kesuma Dewi
Anakanda
ramai anaknya
Nama penuh
-
Tempat persemayaman -
Ayahanda Sultan Mahmud Shah Ibni Alauddin Riayat Shah dari Melaka I
Bonda Tun Fatimah
Keputeraan 1513
Kopak, Johor
Kemangkatan 1564
Kota Tinggi, Johor
Dimakamkan Masjid Kampung Makam,
Kampung Makam, Kota Tinggi, Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor, Empayar Melaka (Malaya)
Agama Islam

Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah II ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah merupakan sultan Johor pertama yang memerintah pada 1528 hingga 1564. Nama asalnya adalah Raja Ali dan juga digelar sebagai Raja Alauddin. Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir dari sultan Melaka.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sultan Alauddin Riayat Shah II dilahirkan pada tahun 1513 di Kopak. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah [1].

Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara).

Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estêvão da Gama telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar".

Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Pahang ke-6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estêvão da Gama telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Setelah itu, Sultan Alauddin Riayat Shah II telah berpindah ke Muar.

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Aceh. Pada tahun 1564, Sultan Alauddin al-Qahhar dari Aceh telah menawan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Aceh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah ditawan dan dibawa ke Aceh dan dibunuh di sana dan dengan itu beliau disebut "Marhum Syahid di Aceh".

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ R.O. Winstedt, ms 17.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Sultan Alauddin Riayat Shah II
Wangsa Sultan Johor-Melaka
Tarikh keputeraan: 1513 Tarikh kemangkatan: 1564
Gelaran pemerintah
Gelaran baharu Sultan Johor
1528-1564
Diikuti oleh:
Muzaffar Shah II