Sein Ruffedge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Syed Hussein Bin Syed Mustafa)
Lompat ke: pandu arah, cari
Syed Hussein
L (4).jpg
Latar belakang
Nama lahir Syed Hussein bin Syed Mustafa
Juga dikenali sebagai Sein
Kelahiran (1983-06-29) 29 Jun 1983 (umur 34)
Berasal dari Johor Bahru, Johor, Malaysia
Genre Hip hop, R&B
Pekerjaan Usahawan / Penyanyi / Pemuzik / Pelakon / Pengarah filem
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1998 - sekarang
Kegiatan berkait Ruffedge , M.O.B

Syed Hussein bin Syed Mustafa Al-Qudsy (lahir 29 Jun 1983) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia berketurunan Melayu-Arab. Beliau memulakan kerjaya seninya sejak 1998 menerusi kumpulan M.O.B yang turut dianggotai oleh Shaheizy Sam, seterusnya bersama kumpulan Ruffedge. Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai Sein turut menceburi bidang lakonan dengan membintangi sitkom Spanar Jaya di ntv7.

Pada 2013, beliau mengarahkan filem pertamanya, Langgar.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Syed Hussein bin Syed Mustafa atau lebih dikenali sebagai Sein merupakan salah seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge.

Selain sebagai penyanyi, Sein juga merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Syed Hussein telah mendirikan rumahtangga dengan Noor Diyana Muhammad (Nana) pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata (lahir pada tahun 2007 dan 2009).

Nana pernah menyertai program realiti TV3, Mentor musim pertama pada tahun 2005 dan berjaya ke peringkat separuh akhir.

Pasangan tersebut pernah menyertai program realiti tarian terbitan Astro iaitu Sehati Berdansa bagi musim ketiga dan telah muncul sebagai juara.

Pasangan tersebut telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 8 Disember 2010 tetapi telah rujuk semula sebelum tamat tempoh edah.

Pada bulan Februari tahun 2014 mereka dikurniakan cahaya mata ketiga.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998 hingga 2004 beliau merupakan anggota kumpulan hip hop tempatan, M.O.B. Kemudian pada tahun 2005 beliau menyertai kumpulan Ruffedge menggantikan tempat Mode sehingga tahun 2007.

Album bersama M.O.B
  • Members of Blood (1999)
Album bersama Ruffedge

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]