T-Mobile Park

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T-Mobile Park
T-Mobile Park (dahulunya Safeco Field) pada 2007
Nama silamSafeco Field (1999–2018)
Alamat1250 First Avenue South
LokasiSeattle, Washington, A.S.
Koordinat47°35′28″N 122°19′59″W / 47.591°N 122.333°W / 47.591; -122.333Koordinat: 47°35′28″N 122°19′59″W / 47.591°N 122.333°W / 47.591; -122.333
Transit awamStadium
Amtrak Sounder commuter rail King Street Station
PemilikWashington State Major League Baseball Stadium Public Facilities District
PentadbirWashington State Major League Baseball Stadium Public Facilities District
KapasitiBesbol: 47,929[1]
Bola sepak Amerika: 30,144
Rekod kehadiranWrestleMania XIX 54,097
Saiz PadangKiri padang – 331 ka (101 m)
Kiri-pusat – 378 ka (115 m)
Pusat padang – 401 ka (122 m)
Kanan-pusat – 381 ka (116 m)
Kanan padang – 326 ka (99 m)
Backstop – 69 ka (21 m)
PermukaanKentucky Blue Grass /
Perennial Ryegrass blend
Pembinaan
Pecah tanah8 Mac 1997 (8 Mac 1997)
Dibuka15 Julai 1999 (15 Julai 1999)
Kos pembinaan$517 juta
($682 juta in 2016 dolar[2])
ArkitekNBBJ
360 Architecture
Pengurus projekThe Vosk Group LLP[3]
Jurutera strukturMagnusson Klemencic Associates[4]
Perkhidmatan juruteraFlack + Kurtz Inc.[5]
Kontraktor amHunt-Kiewit[4]
Kontraktor utamaThe Erection Company Inc.[4]
Tuan rumah
Seattle Mariners (MLB) (1999–kini)
Seattle Bowl (NCAA) (2001)

T-Mobile Park ialah stadium berbumbung retrak di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan arena tuan rumah bagi pasukan Major League Baseball, Seattle Mariners yang memiliki kapasiti tempat duduk sebanyak 47,929. Stadium ini terletak di kawasan kejiranan SoDo, berhampiran terminus barat Interstate 90. Kini ia dimiliki dan dikendalikan oleh Washington State Major League Baseball Stadium Public Facilities District. Perlawanan pertama berlangsung di stadium ini ialah pada 15 Julai 1999.

Semasa era 1990-an, stadium asal Mariners, Kingdome sebagai fasiliti MLB menjadi persoalan apabila pasukan itu diancam untuk berpindah. Pada September 1995, pengundi King County memenangi pengundian untuk memulakan dana awam bagi pembinaan sebuah stadium besbol baru. Tidak lama selepas itu, kemunculan pertama Mariners di postseason MLB dan kejayaan dalam American League Division Series (ALDS) telah membangkitkan usaha orang ramai untuk mengekalkan pasukan itu di Seattle. Hasilnya, Washington State Legislature meluluskan bajet untuk pembinaan stadium dan disertakan dengan duit awam. Tapaknya hanya terletak di arah selatna Kingdome dan ia telah dipilih untuk pembinaan pada September 1996 manakala kerja-kerja pembinaan pula dimulakan pada Mac 1997. Bon yang diisukan untuk membiaya Safeco Field telah berakhir pada 1 Oktober 2011, iaitu lima tahun awal daripada yang dijangka.[6]

T-Mobile Park juga digunakan untuk melangsungkan perlawanan amatur besbol termasuklah pertandingan peringkat daerah sekolah tinggi [Washington Interscholastic Activities Association]] dan satu perlawanan Washington Huskies pada setiap musim. Acara utama selain besbol yang dilangsungkan di T-Mobile Park termasuklah Seattle Bowl 2001 dan WrestleMania XIX pada 2003, yang telah mencatatkan rekod penonton di stadium seramai 54,097.

Pada asalnya, stadium ini dinamakan sebagai Safeco Field di bawah rundingan hak penamaan selama 20 tahun oleh syarikat insuran Seattle, Safeco Insurance. T-Mobile seterusnya memperoleh hak penamaan pada 19 Disember 2018 dan nama baharu telah mula diguna pakai pada 1 Januari 2019.[7][8]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "T-Mobile Park". 2019 Seattle Mariners Information Guide. MLB Advanced Media. February 21, 2019. m/s. 304. Diarkibkan daripada yang asal pada March 29, 2019. Dicapai pada February 25, 2019.
  2. ^ Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  3. ^ "Safeco Field". Vosk Group. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 28, 2013.
  4. ^ a b c "Safeco Field". Ballparks.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-02. Dicapai pada 2012-06-01.
  5. ^ "Flack+Kurtz: Safeco Field". WSP Global. Diarkibkan daripada yang asal pada February 9, 2013.
  6. ^ Grygiel, Chris (September 27, 2011). "Safeco Field taxes to end (finally) on Saturday". Seattle Post-Intelligencer. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2012. Dicapai pada August 15, 2013.
  7. ^ Divish, Ryan (June 13, 2017). "Safeco Field, home of the Mariners, is getting a name change". The Seattle Times. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2017. Dicapai pada June 14, 2017.
  8. ^ Johns, Greg (December 19, 2018). "Mariners' home facility renamed T-Mobile Park". Mariners.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2018. Dicapai pada December 21, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]