Terrapene coahuila
Kura-kura Katup Coahuila | |
---|---|
Kura-kura Katup Coahuila (Terrapene coahuila) di Zoo dan Akuarium Columbus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Emydidae |
Genus: | Terrapene |
Spesies: | T. coahuila
|
Nama binomial | |
Terrapene coahuila | |
Sinonim[1] | |
|
Terrapene coahuila juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Coahuilan, ialah spesies kura-kura dari keluarga Emydidae. Tidak seperti ahli dari genus Terrapene, kura-kura ini biasanya menghabiskan 90% masanya di dalam air.[2]
Ia mempunyai pertalian dengan Kura-kura Katup Biasa (T. carolina). Para sarjana mengandaikan spesies ini beradaptasi dari persekitaran bukan akuatik di kawasan mata air padang pasir, Cuatro Ciénegas.[2]
Taburan habitat
[sunting | sunting sumber]T. coahuila berasal dari wilayah Cuatro Ciénegas di Coahuila, Mexico.[3] Kawasan kecil hanya berkeluasan 800 km² (300 batu persegi), menjadikan haiwan ini kekal di satu-satu tempat. Semasa musim hujan, Kura-kura Katup Coahuila meninggalkan habitat mereka menuju ke kawasan padang pasir yang berair.[2]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]T. coahuila sentiasa berada di persekitaran berair, dan cangkerangnya sentiasa dipenuhi lumut. Seperti kura-kura katup yang lain, plastronnya dilengkapi engsel yang membolehkan ia memasukkan kesemua kaki dan kepalanya ke dalam cangkerang. Kulitnya berwarna gelap, coklat gelap, kelabu atau hitam sepenuhnya.[2]
Diet
[sunting | sunting sumber]T. coahuila bersifat maserba. Kebanyakannya menjadikan serangga sepert lalat larva, pepatung Nymph, kumbang, reptilia kecil, ikan, udang kecil, dan tumbuh-tumbuhan akuatik (sepeti Eleocharis spp.) sebagai makanan.[3]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Proses mengawan T. coahuila berlaku di dalam air cetek bermula bulan September ke Jun, dan proses penghasilan telur pada bula Mei ke September. Jumlah telur yang dihasilkan bersaiz kecil, biasanya terdiri daripada 2-3 biji sahaja sekali bertelur.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 200. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d e Berg, William. "Aquatic or Coahuilan Box Turtle – Terrapene coahuila". Dicapai pada 28 July 2013.
- ^ a b Brown WS (1974). "Ecology of the aquatic box turtle Terrapene coahuila (Chelonia, Emydidae), with comments on its evolutionary status". Bulletin of the Florida State Museum. 19: 1–67.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Schmidt KP, Owens DW (1944). "Amphibians and Reptiles of Northern Coahuila, Mexico". Zool. Ser. Field Mus. Nat. Hist. 29 (6): 97-115. (Terrapene coahuila, new species, pp. 101–103).
- Howeth JG, McGaugh SE, Hendrickson DA (2008). "Contrasting demographic and genetic estimates of dispersal in the endangered Coahuilan box turtle: a contemporary approach to conservation". Molecular Ecology 17: 4209–4221.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Terrapene coahuila (Coahuilan box turtle) |
- Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group. (1996). Terrapene coahuila. 2006 IUCN Red List of Threatened Species. Downloaded on 29 July 2007.
- Coahuilan Box Turtle at Boxturtles.com Downloaded on 28 July 2013.
- Desert Fishes Council Cuatrociénegas conservation foundation. Downloaded on 28 July 2013.
- Coahuilan box turtle slide show at the University of Texas in Austin. Downloaded on 28 July 2013.