Wikipedia:Calon rencana pilihan/2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Munafik[sunting sumber]

Pencalon: Fandi89 (bincang) 03:15, 27 Ogos 2018 (UTC)

Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011). Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di Malaysia dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.

Saya harap rencana ini dipilih sebagai rencana pilihan untuk September 2018 kerana tidak lama lagi kesinambungan filem ini akan ditayangkan pada 30 Ogos 2018. – Fandi89 (bincang) 03:15, 27 Ogos 2018 (UTC)

  • Tiada bantahan dilakukan melebihi 7 hari. Rencana yang dicalonkan @Fandi89: dijadikan sebagai Rencana Pilihan. SNN95 Talk to me, beybeh! 15:28, 8 September 2018 (UTC)

Hasan al-Kharrat[sunting sumber]

Pencalon: 26 Ramadan (bincang) 06:37, 7 April 2018 (UTC)

Hasan al-Kharrat (1861–1925) adalah seorang komander pemberontak di dalam Pemberontakan Syria Besar menentang Mandat Perancis, beroperasi terutamanya di Damsyik dan perkampungan Ghouta. Sebagai seorang qabaday (ketua belia tempatan) bagi kawasan al-Shaghour di Damsyik, beliau mempunyai hubungan dengan Nasib al-Bakri, seorang pejuang kebangsaan daripada keluarga paling berpengaruh di kawasan itu. Dengan undangan al-Bakri, beliau menyertai pemberontkan pada Ogos 1925 dan membentuk sekumpulan pejuang dari dan kawasan sekeliling al-Shaghour. Beliau mengetuai serangan terhadap Damsyik, merampas kediaman Pesuruhjaya Tinggi Perancis Maurice Sarrail, sebelum menarik diri setelah pengeboman dilakukan oleh pihak Perancis. Hubungan di antara al-Kharrat dengan ketua-ketua pemberontak lain semakin tegang terutamanya dengan Sa'id al-'As dan Ramadan al-Shallash. Al-Kharrat terus memimpin serbuan di Ghouta, di mana beliau akhirnya dibunuh oleh serangan hendap daripada pihak Perancis. Pemberontakan tersebut melesap pada 1927, tetapi beliau memperoleh reputasi sebagai seorang syahid penentangan Syria terhadap pemerintahan Perancis.

Tujuan saya mencalonkan rencana ini kerana ia telah dipilih sebagai rencana pilihan di Wikipedia bahasa yang lain. Selain itu, ia juga bagi menambah minat para pengguna Wikipedia untuk membaca rencana berkaitan sejarah. 26 Ramadan (bincang) 06:37, 7 April 2018 (UTC)

C/1996 B2 (Hyakutake)[sunting sumber]

Pencalon: 26 Ramadan (bincang) 14:16, 7 Februari 2018 (UTC)

Komet Hyakutake (百武彗星, Hyakutake suisei, gelaran formal: C/1996 B2) adalah sebuah komet yang ditemui pada 31 Januari 1996, melewati Bumi dengan sangat dekat pada tahun tersebut. Ia digelar sebagai Komet Besar 1996; laluannya yang berhampiran Bumi merupakan salah satu yang terdekat dalam 200 tahun sebelumnya. Hyakutake muncul dengan sangat cerah di langit malam dan boleh dilihat secara meluas di seluruh dunia. Komet itu mencuri tumpuan untuk sementara daripada komet Hale–Bopp, yang mendekati Sistem Suria dalam pada waktu itu.

Saya lihat rencana ini telah dipilih sebagai rencana pilihan di beberapa Wikipedia dalam bahasa lain. Oleh itu, saya harap rencana ini juga dipilih. — 26 Ramadan (bincang) 14:16, 7 Februari 2018 (UTC)

  • Sokong Bagus juga. Semoga usaha mencipta atau menterjemah rencana pilihan ini diteruskan. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 17:42, 10 Februari 2018 (UTC)
  • Sokong Daripada dua calon yang inilah lebih memuaskan. — Malurian123 03:41, 24 Februari 2018 (UTC)

Katsudō Shashin[sunting sumber]

Pencalon: SNN95 (bincang) 17:27, 1 Februari 2018 (UTC)

Katsudō Shashin adalah jalur filem animasi Jepun yang merupakan karya animasi tertua dari Jepun. Berdurasi tiga saat, ia menggambarkan seorang lelaki yang menulis "gambar bergerak" dalam skrip Jepun, menanggalkan topinya, dan melambai. Ditemui dalam koleksi filem dan projektor di Kyoto, penciptanya tidak diketahui. Natsuki Matsumoto, pakar dalam ikonografi di Universiti Seni Osaka, memutuskan bahawa ia kemungkinan besar dibuat sebelum tahun 1912. Ia mungkin telah dipengaruhi oleh filem-filem animasi untuk sinematograf Jerman, peranti yang mula-mula muncul di Jepun pada tahun 1904. Bukti menunjukkan Katsudō Shashin dihasilkan secara besar-besaran untuk dijual kepada pemilik projektor sendiri yang kaya. Kepada Matsumoto, teknik percetakan berkualiti dan berteknologi rendah yang agak buruk menunjukkan ia mungkin dari sebuah syarikat filem yang lebih kecil. Tidak seperti dalam animasi tradisional, bingkai tidak dihasilkan dengan memotret imej-imej, tetapi terkesan langsung ke atas filem. Filem ini distensil bersama dengan warna merah dan hitam dengan menggunakan peranti untuk membuat slaid lantera, dan jalur filem dibentuk menjadi gelung untuk tontonan berterusan.

Saya mahu mencalonkan rencana ini kerana hampir semua bahasa telah memilih rencana ini sebagai rencana pilihan. Lebih-lebih lagi saya suka jadikan ini sebagai pengetahuan tentang bagaimana pencetus anime mungkin bermula. SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG Cuti wiki Bercuti wiki 17:27, 1 Februari 2018 (UTC)

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)[sunting sumber]

Pencalon: Fanatix (bincang) 12:33, 24 Januari 2018 (UTC)

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat atau lebih dikenali sebagai MRT ialah sebuah sistem transit laju yang membentuk komponen utama dalam sistem kereta api di Singapura dan ia menjangkau di seluruh negara kota ini. Bahagian pertama sistem MRT ini iaitu di antara stesen Toa Payoh dan Yio Chu Kang telah dibuka pada 7 November 1987 dan ini menjadikannya sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara selepas sistem Transit Aliran Ringan Manila. Rangkaian pengangkutan ini berkembang pesat sebagai hasil daripada tujuan Singapura untuk membangunkan jaringan kereta api menyeluruh sebagai tulang belakang bagi sistem pengangkutan awam di Singapura, dengan purata perjalanan penumpang harian seramai 3.27 juta pada 2016 (termasuklah Sistem Rel Ringan). "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 12:33, 24 Januari 2018 (UTC)

  • Sokong Rencana ini sangat bersesuai untuk rujukan pada masa akan datang bagi calon-calon rencana pilihan lain, lebih-lebih lagi berkaitan pengangkutan awam. SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG Cuti wiki Bercuti wiki 14:39, 28 Januari 2018 (UTC)
  • Sokong --What a joke (bincang) 15:12, 1 Mac 2018 (UTC)