Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Politik dan Kerajaan
Merangkumi fakta berkenaan tokoh, struktur, dan cara pentadbiran organisasi politik dan pemerintahan kerajaan.
"... bahawa di Indonesia , desa merupakan satu peringkat pentadbiran rasmi?"
"... bahawa pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh?"
"... bahawa di Ukraine kerajaan telah meminta agar para majikan tidak menghukum pegawainya apabila mereka tiba-tiba bercuti sakit sementara pasukan bola sepak Ukraine masih bertanding dalam Piala Dunia FIFA ?"
"... bahawa Republik Hawaii adalah nama rasmi untuk Hawaii dari 1894 ke 1898 apabila ia ditadbir sebagai sebuah republik ?"
"... bahawa Peristiwa Memali 1985 menyebabkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Musa Hitam terpaksa mengundur diri?"
"... bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditugaskan oleh Perlembagaan Malaysia untuk memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia ?"
"... bahawa provinsi ialah sejenis entiti subnegara yang setaraf dengan negeri , wilayah dan prefektur ?"
"... bahawa Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri yang mempunyai Raja atau Sultan sahaja?"
"... bahawa fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia adalah seolah-olah fungsi Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta?"
"... bahawa Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani tidak hanya memperjuangkan pembebasan Wilayah Pattani sahaja tetapi seluruh kawasan Patani Raya ?"
"... bahawa liberalisme adalah satu fahaman , falsafah dan tradisi politik yang meletakkan kebebasan sebagai nilai politik yang tertinggi?"
"... bahawa Ketuanan Melayu ialah fahaman perkauman bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Malaysia ataupun Tanah Melayu ?"
"... bahawa Sultan Brunei merupakan pemerintah mutlak negera Brunei ?"
"... bahawa mantan presiden Iran , Mohammad Khatami memenangi pilihan rayanya yang pertama setelah berkempen dengan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Iran ?"
"... bahawa bentuk kerajaan sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme ?"
"... bahawa idea satu negara, dua sistem lahir dari Dasar Satu China ?"
"... bahawa perlembagaan Republik Rakyat China menetapkan tiga peringkat kerajaan tempatan secara de jure , tetapi kini terdapat lima peringkat secara de facto ?"
"... bahawa fungsi Suruhanjaya Eropah adalah seperti kabinet menteri di peringkat Kesatuan Eropah ?"
"... bahawa banyak parti politik mengatur tindakan dan program mereka berasaskan satu ideologi politik ?"
"... bahawa politik kiri kanan ialah satu cara biasa mengelaskan pendirian, ideologi atau parti politik sepanjang spektrum politik satu dimensi?"
"... bahawa hanya separuh ahli Bundestag mewakili kawasan parlimen, manakala separuh lagi mewakili parti politik ?"
"... bahawa ahli Dewan Perwakilan Australia dilantik berkhidmat untuk tidak lebih daripada tiga tahun sahaja?"
"... bahawa Maoisme ialah satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu Mao Zedong ?"
"... taraf politik Taiwan bergantung pada sama ada Taiwan kekal sebagai wilayah Republik China , disatukan semula dalam Republik Rakyat China atau mengisytiharkan kemerdekaan menjadi Republik Taiwan ?"
"... bahawa hak untuk memiliki dan memegang senjata rakyat A.S. dilindungi oleh Perakuan Hak Amerika Syarikat ?"
"... bahawa Rumah Putih Rusia menempatkan kerajaan pusat Rusia ?"
"... bahawa Robert Bobby Tufts merupakan seorang datuk bandar yang termuda di dunia?"