Zamani Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zamani Ibrahim
Nama lahirZamani bin Ibrahim
Juga dikenali sebagai
Zamani Slam
Kelahiran (1971-05-25) 25 Mei 1971 (umur 49)
Ampang, Selangor, Malaysia
GenrePop, Pop rock, Balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1993–kini
Syarikat rakaman
BMG Music
Nova Music
Faithful Music
Pengkarya berkait
Slam

Zamani bin Ibrahim (lahir 25 Mei 1971) atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam ialah seorang penyanyi lelaki Legenda Malaysia. Beliau mula mencipta nama menerusi kumpulan pop terkenal 1990an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999. Beliau yang kemudiannya melancarkan kerjaya muzik secara solo pada tahun 2002 kini bergelar antara penyanyi pop lelaki yang malar segar di Malaysia dan Indonesia serta negara serantau.[1] Kekuatan Dan Kemerduan vokal beliau dapat memukau ramai peminat sehingga beliau ditempatkan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.[2]

Awal tahun 2015, industri muzik Malaysia dikejutkan dengan berita penangkapan beliau. Beliau disahkan memiliki dan mengambil dadah dan telah dimasukkan ke pusat pemulihan setempat.[3] Setelah beberapa bulan dirawat, beliau disahkan bebas dari dadah dan mulai aktif di pentas pada tahun 2016.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sewaktu proses rakaman album pertama mereka pada 1993 sedang dijalankan, Shah slam terpaksa mengenepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagu Nina ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production (kini dikenali sebagai Johan Music). Atas cadangan Acong Sweet Child, akhirnya mereka ditemukan dengan seorang pemuda yang bernama Zamani Ibrahim yang merupakan anak jati Keramat, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, Zamani baru berusia 22 tahun dan bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank terkemuka di tempatnya. Keunikan dan kemerduan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Namun begitu, beliau sendiri masih berbelah bahagi untuk menjadikan nyanyian sebagai kariernya apatah lagi untuk bergerak dalam satu kumpulan pada ketika itu. Namun akhirnya, beliau memutuskan untuk terus bersama Slam kerana merasakan dirinya sesuai dengan identiti muzik yang ingin dibawa Slam. Zamani yang dianugerahkan bakat semulajadi dan seraut wajah keanak-anakan dijangka akan membuat peminat tidak puas memandangnya.

Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanah air. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di atas pentas dengan Shah. Menurutnya, dia banyak belajar tentang bagaimana cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi. Dia juga cukup menghormati Shah kerana baginya, Shah mempunyai kebolehan luar biasa yang jarang dipunyai oleh sesetengah pemuzik lain. Hal ini berlaku mungkin kerana pengalaman Shah yang cukup luas dalam muzik malah berprinsip tinggi. Kriteria itu juga yang menyebabkan seluruh anggota Slam bersetuju memilihnya sebagai ketua kumpulan walaupun usia Shah lebih muda daripada mereka.

Zamani berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang telah 70% dirakamkan oleh vokalis asal.Dan proses rakaman itu memakan masa hampir 60 jam.

Setelah lama membujang Zamani akhirnya telah selamat Diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019.[5][6] Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup di Ampang dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.[7][8]

Kemuncak Populariti (1995 - 1999)[sunting | sunting sumber]

Zamani Bersama kumpulannya Slam berjaya menguasai pentas muzik Tanah Air apabila lagu daripada album kedua dan ketiga mereka berjaya menambat hati pendengar bukan sahaja di Malaysia,malah seluruh Nusantara iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.

Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Buat Seorang Kekasih, Kurnia, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.

Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.

Mengekori kejayaan ini ialah sebuah konsert berskala mega yang dijayakan oleh Slam, Slam Live Concert Unplugged pada 3 Ogos 1996 diiringi orkestra di bawah pimpinan Dato' Ramli M.S. di Stadium Negara hingga membawa kejayaan besar apabila Zamani diiktiraf sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki) menerusi album Slam Live Concert Unplugged (1996) di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997.

Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis tersohor Negara untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel.Beliau mendendangkan lagu popular senusantara iaitu Isabella 98 bersama Jamal Abdillah, Saleem Iklim dan Amy Search.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1993 Slam 1993
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1993
  • Label : BMG
1995 Kesan Terbukti
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Label : BMG
1996 Kembali merindu
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Label : BMG
1996 Terbaik Slam
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Label : BMG
1998 Best Of Slam
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1998
  • Label : BMG
2002 Syair Si Pari-Pari
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2002
  • Label : Nova Music
2004 Kala Hujan
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2004
  • Label : Nova Music
2010 Terima Kasih
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2010
  • Label : Universal Music

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Zamani Terbaik (2011)

Single[sunting | sunting sumber]

  • Isabella '98 - bersama Jamal Abdillah, Amy dan Saleem
  • Syair Si Pari-Pari (2002)
  • Kala Hujan (2004)
  • Andai Gerimis Tiada (2011)
  • Tak Keruan (2012) - duet bersama Sharifah Zarina
  • Cahaya Asmara (2015)
  • Tambatan Hati (2016)
  • Aduh (2019)
  • Lima Aksara (2019) - duet bersama Ezad Lazim
  • Syawal Ini (2020) (Lagu Raya Aidilfitri)


* Untuk diskografi bersama Slam, rujuk di sini

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
1997 Sate
1999 Bara Ziman

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Syair Si Pari-Pari Ikmal VCD
2003 Hantu Johan
2004 Celak Pak Andam Firdaus

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Keputusan
1996 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Terbaik Slam Tercalon
Lagu Terbaik Gerimis Mengundang Tercalon
1997 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Slam Live Concert Unplugged Menang
Album Rock Terbaik Slam Live Concert Unplugged Tercalon
Anugerah Kembara Menang
1998 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Slam Live Concert Unplugged 2 Tercalon
Album Pop Terbaik Slam Live Concert Unplugged 2 Tercalon
1999 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Dalam Harapan Tercalon
Album Pop Terbaik Dalam Harapan Tercalon
2003 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Syair Si Pari-Pari Tercalon
Lagu Terbaik Syair Si Pari-Pari Tercalon

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Pencipta Lagu Penulis Lirik Keputusan
1996 Gerimis Mengundang Saari Amri Saari Amri Tercalon
2002 Syair Si Pari-Pari Aidit Alfian Ad Samad Tercalon
2004 Kala Hujan Aidit Alfian Loloq Tercalon

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1995 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
1996 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
1997/98 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
2002 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Lain-lain Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Voice of Asia 1997

  • Tempat Ketiga (bersama Slam)

Anugerah Platinum Berkembar Asia Award 1999

Bersama kumpulan Slam

Anugerah Musik Indonesia 1999

  • Anugerah Khas (bersama Slam)

Anugerah Era 2002

  • Vokal Lelaki Pilihan

Gegar Vaganza 5 (2018)

  • Tempat Ketiga

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) AIM 1997

  • Bersama Kumpulan Slam

Anugerah Kembara AIM 1997

  • Bersama kumpulan Slam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perdana, Egi David. "10 Penyanyi Terbaik Asia Sepanjang Masa". Kompasiana. Kompasiana. Dicapai pada 2 September 2016.
  2. ^ Razlan, Abd Razak. "Vokalis Terbaik Malaysia". blogspot. Razlan Abd Razak. Dicapai pada 2 September 2016.
  3. ^ Astro Gempak. "Zamani Slam Positif Dadah, 10 Tahun Terlibat Penagihan". astrogempak.com. Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2016.
  4. ^ Astro Gempak. "Zamani Semakin Pulih Dari Dadah". astrogempak.com. Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2016.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (20 September 2018). Alhamdulillah, Zamani selamat bernikah Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2018.
  6. ^ Zaidi Ibrahim (20 September 2019). "Zamani Semakin Pulih Dari Dadah". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2019.
  7. ^ "Zamani akhiri zaman bujang". Malaysiakini. 20 September 2019. Dicapai pada 21 September 2019.
  8. ^ Wawann Mohd (20 September 2019). "Zamani, Juliana selamat diijabkabul". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]