Anugerah Juara Lagu ke-19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Juara Lagu ke-19
TV3
Tarikh 16 Januari 2005
Tempat Stadium Putra Bukit Jalil
Pengacara Sarimah Ibrahim
Najip Ali
Cheryl Samad
Penerbit Rashidah Karim
Muhamad Sufian Isa
Pengarah Muhamad Sufian Isa
Tempoh 3 jam
Juara Lagu "Relaku Pujuk"
nyanyian Kumpulan Spider
(gubahan: Tam/
lirik: Keon)
 < 2003 Anugerah Juara Lagu 2005 > 
Logo bagi Anugerah Juara Lagu ke-19 2004

Anugerah Juara Lagu 2004 telah diadakan pada 16 Januari 2005 jam 8.30 malam dan bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah Juara Lagu kali ini adalah Anugerah Juara Lagu yang ke-19 (AJL 19) dan bertemakan "Simfoni Alam Sejuta Ilham". 3 unsur alam telah digunakan untuk mewakili tiga kategori yang dipertandingkan iaitu "tanah" untuk kategori irama malaysia/etnik kreatif, "angin" bagi kategori balada dan "api" untuk kategori pop rock.

Anugerah Juara Lagu ke-19 yang diacarakan oleh Sarimah Ibrahim, Najip Ali dan Cheryl Samad telah membawakan 12 buah lagu untuk dipertandingkan di peringkat akhir Juara Lagu untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-19 bagi tahun 2004.

Juri-juri AJL19 kali ini terdiri daripada Lukhman S., Ooi Eow Jin, Amran Omar, Aubrey Suwito, Sheila Majid, Shuhaimi Jais, Lim Swee Tin, Datuk Yusni Hamid dan Farihin Abdul Fatah yang bertindak sebagai ketua juri.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Kategori Balada:

  • Pulangkan - Misha Omar menampilkan Izzad Izuddin (Ajai / Habsah Hassan & Shuhaimi Baba)
  • Semua Untukmu - Anuar Zain (Sharizan Salmi)
  • Mengapa Harus Cinta - Vince (Vince Chong / M. Zulkifli)
  • Kala Hujan - Zamani (Aidit Alfian / Loloq)

Kategori Pop Rock

  • Relaku Pujuk - Kumpulan Spider (Tam / Keon)
  • Hanya di Mata - Erra Fazira (Azlan Abu Hassan / Ucu)
  • Simbiosis - Ella (Ajai / Ad Samad)
  • Tipah Tertipu - Ruffedge (Cat Farish, Mode & Kamaruzzaman Zain)

Kategori Etnik Kreatif

  • Erti Hidup - Dayang Nurfaizah (Afdlin Shauki & Aji / Afdlin Shauki)
  • Hatinya Tak Tahan - Noraniza Idris (Noraniza Idris / Siso)
  • Nazam Berkasih - Syura (Pak Ngah / Siso)
  • Syair Pesona - Sharifah Zarina (Azmeer / Azira)

Personel[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai tenaga produksi Anugerah Juara Lagu ke-19 :


Muhamad Sufian Isa - Pengarah / Penerbit
Rashidah Karim - Penerbit
Tg Sahilawati Tg Jehori - Penolong Penerbit
Roslina Abd Rahman - Penolong Penerbit
Adnan Suhaimi - Penolong Penerbit
Ismail Rasakh - Pembantu Penerbitan
Rozilawati Zainordin - Pembantu Penerbitan

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Kategori:
    • Balada: Pulangkan (Lagu: Ajai / Lirik: Habsah Hassan & Shuhaimi Baba / Misha Omar)
    • Pop Rock: Relaku Pujuk (Lagu: Tam / Lirik: Keon / Kumpulan Spider)
    • Etnik Kreatif: Erti Hidup (Lagu: Afdlin Shauki & Aji / Lirik: Afdlin Shauki / Dayang Nurfaizah)
  • Persembahan Terbaik: Noraniza Idris (Hatinya Tak Tahan)
  • Vokal Terbaik: Misha Omar ("Pulangkan")