Éric Boullier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Éric Boullier
Kelahiran Éric René Boullier
9 November 1973
Laval
Warganegara Perancis Perancis
Pendidikan Kejuruteraan ruang angkasa
Pusat pendidikan Institut Polytechnique des Sciences Avancées
Pekerjaan Ketua pasukan Lotus F1 Team
Majikan Lotus F1 Team
Terkenal kerana Ketua pasukan Lotus F1 Team
Pendahulu Flavio Briatore

Éric Boullier (lahir 9 November 1973) ialah seorang jurutera kereta lumba dan seorang pengurus, yang kini merupakan ketua pasukan Lotus F1 Team yang kini bertanding dalam Formula Satu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau berkelulusan dari Institut polytechnique des sciences avancées[1]. Pada tahun 2002, beliau menjadi ketua jurutera untuk pasukan Racing Engineering Sepanyol, yang bertanggungjawab dalam program World Series by Nissan.[2]

Pada awal tahun 2003, beliau menyertai pasukan French DAMS untuk menjadi pengarah urusan dan teknikal, termasuk menjalankan operasi Pasukan A1 Perancis.[2]

Pada akhir tahun 2008, Boullier menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Gravity Sport Management, di mana beliau menguruskan pemandu muda termasuk Ho-Pin Tung, Adrien Tambay, Jérôme d'Ambrosio dan Christian Vietoris.[2]

Selepas musim 2009, pasukan Renault F1 dibeli oleh syarikat pelaburan Genii Capital. Salah satu tokoh terkemuka Genii, Gerard Lopez, yang merupakan penyokong utama Gravity Sport. Pada 5 Januari 2010, Boullier telah diumumkan sebagai ketua pasukan yang baru, walaupun tidak pernah bekerja dalam Formula Satu sebelum ini. Pasukan Renault F1 mendapat tempat kelima dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia pada tahun 2010. Selepas Renault tidak lagi bersaing dalam Formula Satu, pasukan ini dinamakan sebagai Lotus Renault GP dan mendapat tempat kelima dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia pada tahun 2011. Pada tahun 2012, Boullier kekal sebagai ketua pasukan tersebut, yang ditukarkan nama sekali lagi dan dinamakan sebagai Lotus F1 Team. Boullier juga merupakan Naib Pengerusi Persatuan Pasukan Formula Satu.[3] · [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]