Nico Hülkenberg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nico Hülkenberg
2011 Spanish GP Hulkenberg cropped.jpg
Hülkenberg di Grand Prix Sepanyol 2011
Lahir 19 Ogos 1987 (27 tahun)
Emmerich am Rhein, Jerman
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan Jerman Jerman
Kereta 2013 Sauber-Ferrari
Kereta # 11
Perlumbaan 51 (50 permulaan)
Kejuaraan 0
Kemenangan 0
Podium 0
Mata kerjaya 102
Petak pertama 1
Pusingan terpantas 1
Perlumbaan pertama Grand Prix Bahrain 2010
Perlumbaan terakhir Grand Prix Itali 2013
Kedudukan 2012 Ke-11 (63 mata)

Nicolas "Nico" Hülkenberg (lahir 19 Ogos 1987 di Emmerich am Rhein, North Rhine-Westphalia, Jerman Barat) ialah seorang pemandu kereta lumba profesional. Beliau ialah juara GP2 Series pada tahun 2009, dan merupakan bekas juara untuk Formula 3 Euro Series dan A1 Grand Prix, sebahagian daripada A1 Team Germany. Beliau ialah salah seorang daripada tiga pemandu sejak tahun 2005 untuk memenangi kejuaraan GP2 pada musim pertama mereka, yang lain ialah Lewis Hamilton and Nico Rosberg.

Hülkenberg berlumba dalam Formula Satu pada tahun 2010 dengan pasukan Williams. Walaupun mendapat petak pertama yang pertama bagi Williams dalam masa lebih 5 tahun, beliau tidak dikekalkan oleh pasukan tersebut bagi musim 2011, dan menyertai Force India sebagai pemandu ujian dan simpanan. Beliau berlumba untuk mereka bagi musim 2012, dan menjadi rakan sepasukan Paul di Resta.[1][2] Untuk musim 2013, beliau berlumba untuk Sauber[3] dan menjadi rakan sepasukan Esteban Gutiérrez.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Hülkenberg bermula dalam sukan go-kart pada tahun 1997, pada umur sepuluh tahun. Pada tahun 2002, beliau menjadi juara German Junior Karting dan pada tahun berikutnya beliau memenangi gelaran German Kart Championship.[5]

Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Hülkenberg memandu sebuah kereta Formula Satu buat kali pertama dalam sebuah ujian untuk pasukan Williams pada tahun 2007. Pengurus beliau, Willi Weber, telah menganjurkan ujian tersebut selepas gagal untuk memuktamadkan sebuah perjanjian dengan ketua pasukan Renault, Flavio Briatore. Ujian dua hari tersebut telah diadakan di Circuito de Jerez di Sepanyol, dan Hülkenberg mengatasi pemandu Williams, Kazuki Nakajima, dan menetapkan masa 0.4 saat lebih perlahan daripada Nico Rosberg.[6] Prestasi Hülkenberg tersebut pada ujian tersebut menyebabkan pasukan Williams menandatangani beliau sebagai pemandu ujian, dan beliau beraksi dalam beberapa sesi ujian, di samping berlumba dalam perlumbaan kejuaraan formula yang lebih rendah.[6] Kontraknya bersama Williams telah dilanjutkan bagi tahun 2009.[7] Hülkenberg juga bertindak sebagai pemandu simpanan pasukan itu, sekiranya pemandu yang biasa yang tidak mampu untuk bersaing.

Hülkenberg mendapat mata Kejuaraan Dunia pertamanya di Grand Prix Malaysia 2010.

Williams (2010)[sunting | sunting sumber]

Pada 2 November 2009, Hulkenberg telah disahkan sebagai pemandu pasukan Williams pada tahun 2010.[8] Rakan sepasukannya ialah pemandu berpengalaman, Rubens Barrichello, yang menyertai pasukan Williams daripada pasukan Brawn GP, yang kemudiannya dibeli oleh Mercedes-Benz.

Hülkenberg membuat penampilan sulungnya di Grand Prix Bahrain, di mana beliau mendapat tempat ke-14. Pada perlumbaan kedua di Australia, beliau telah terlibat dalam sebuah insiden pada pusingan pertama dengan Kamui Kobayashi. Pada perlumbaan ketiga di Malaysia, Hülkenberg berjaya memasuki Q3 buat kali pertama, di mana beliau mendapat tempat kelima pada pusingan kelayakan tersebut. Ketika Hülkenberg berada di tempat kesebelas, Fernando Alonso bersara daripada perlumbaan selepas mengalami kegagalan enjin. Dengan ini, Hülkenberg menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Beliau sekali lagi mendapat tempat kesepuluh di Silverstone, dan mendapat tempat keenam di Grand Prix Hungary. Beliau juga mendapat mata di Itali, Singapura, dan Korea. Menjelang penghujung musim ini, terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Hülkenberg akan kehilangan kerusi perlumbaannya di Williams, dan akan digantikan oleh juara GP2 Series, Pastor Maldonado.[9] Pemandu Force India, Adrian Sutil, juga dikaitkan untuk menggantikan Hülkenberg di Williams.

Pada 6 November, beliau mendapat petak pertamanya yang sulung dalam Formula Satu di Grand Prix Brazil. Ini merupakan kedudukan petak pertama yang pertama bagi Williams sejak Grand Prix Eropah 2005. Namun begitu, Hülkenberg menamatkan perlumbaan ini di tempat kelapan.

Selepas Grand Prix Abu Dhabi, ketua pasukan, Frank Williams, mengesahkan bahawa Hülkenberg tidak akan memandu bersama mereka pada tahun 2011.[10]

Force India (2011–2012)[sunting | sunting sumber]

2011
Hülkenberg sebagai pemandu ketiga Force India di Grand Prix Malaysia 2011.

Pada 26 Januari, Hülkenberg telah disahkan sebagai pemandu simpanan Force India bagi musim 2011, di mana beliau akan memandu untuk pasukan pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat.[11] Beliau mengantikan Paul di Resta, yang telah diberikan peluang untuk berlumba untuk pasukan. Beliau menggantikan di Resta pada sesi latihan pertama bagi kesemua perlumbaan, kecuali di Monaco, Hungary, Korea, India dan Abu Dhabi. Pada 16 Disember 2011, Force India mengumumkan bahawa di Resta dan Hülkenberg akan menjadi pemandu mereka bagi musim 2012.

2012
Hülkenberg di Grand Prix Malaysia 2012.

Hülkenberg bermula di tempat kesembilan di Grand Prix Australia, enam tempat di hadapan di Resta, tetapi perlumbaan beliau berakhir pada pusingan pertama selepas mengalami kemalangan pada selekoh pertama. Beliau mendapat mata pertama beliau untuk Force India pada hujung minggu yang berikut, di Malaysia. Beliau mendapat tempat kesembilan, setelah memulakan perlumbaan di tempat ke-16. Beliau sekali lagi bermula di tempat ke-16, kini di Grand Prix China. Beliau mendapat keputusan terbaiknya dengan mendapat tempat keempat di Grand Prix Belgium. Hülkenberg gagal mendapat sebarang mata di Itali atau Singapura, tetapi mengumpul mata pada kesemua lima Grand Prix seterusnya, kecuali di Litar Yas Marina di mana beliau telah terlibat dalam sebuah insiden pada selekoh pertama perlumbaan, dan kemudiannya bersara.

Dalam perlumbaan terakhir musim ini, iaitu Grand Prix Brazil 2012, Hülkenberg memulakan perlumbaan di tempat ketujuh, tetapi telah dinaikkan ke tempat keenam selepas Pastor Maldonado menerima penalti sepuluh petak kedudukan. Setelah beraksi dengan cemerlang dalam keadaan hujan, beliau berjaya mendahului perlumbaan dan seakan-akan hampir memenangi perlumbaan pertama dalam kerjayanya. Namun beliau terlibat dalam sebuah insiden bersama Lewis Hamilton, yang berlumba dalam perlumbaan terakhirnya untuk pasukan McLaren, dan menyebabkan Hamilton bersara. Hülkenberg pulih kembali untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Hülkenberg menamatkan musim ini dengan 17 mata di hadapan rakan sepasukan, Paul di Resta. Di samping itu, Hülkenberg memulakan 12 perlumbaan di hadapan di Resta.

Sauber (2013)[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Oktober 2012, Sauber mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak Hülkenberg sebagai pemandu pertama mereka bagi musim 2013, dan mengantikan Sergio Pérez yang menyertai pasukan McLaren.[12]

Di Australia, Hülkenberg gagal untuk memulakan perlumbaan tersebut kerana terdapat kebocoran dalam sistem bahan api Sauber C32 beliau. Pada pusingan kelayakan bagi perlumbaan tersebut, beliau memasuki Q2 dan akhirnya mendapat tempat kesebelas, namun menarik diri daripada perlumbaan atas sebab-sebab keselamatan.[13][14]

Di Grand Prix Malaysia, Hülkenberg memasuki Q2 dan melayakkan diri di tempat ke-12, dan menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kelapan.[15]

Rekod perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2005 Formula BMW ADAC Josef Kaufmann Racing 20 8 9 6 14 287 Pertama
Formula BMW World Final 1 0 0 1 1 N/A Ke-3
2006 German Formula Three Josef Kaufmann Racing 18 1 3 5 6 78 Ke-5
V de V Challenge Endurance Moderne Griffith's 2 1 2  ? 1 50 Ke-17
2006–07 A1 Grand Prix A1 Team Germany 20 9 3 5 14 128 Pertama
2007 Formula 3 Euro Series ASM Formule 3 20 4 2 3 8 72 Ke-3
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A Ke-23
Masters of Formula 3 1 1 0 0 1 N/A Pertama
2008 Formula 3 Euro Series ART Grand Prix 20 7 6 7 8 87 Pertama
Masters of Formula 3 1 0 1 0 1 N/A Ke-2
2008–09 GP2 Asia Series ART Grand Prix 4 1 2 0 2 27 Ke-6
2009 GP2 Series ART Grand Prix 20 5 3 5 10 100 Pertama
Formula Satu AT&T Williams Pemandu ujian
2010 Formula Satu AT&T Williams 19 0 1 0 0 22 Ke-14
2011 Formula Satu Force India F1 Team Pemandu ujian
2012 Formula Satu Sahara Force India F1 Team 20 0 0 1 0 63 Ke-11
2013 Formula Satu Sauber F1 Team 12 0 0 0 0 17* Ke-14*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap GP2 Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 DC Mata
2009 ART Grand Prix ESP
FEA

9
ESP
SPR

14
MON
FEA

5
MON
SPR

3
TUR
FEA

5
TUR
SPR

4
GBR
FEA

3
GBR
SPR

5
GER
FEA

1
GER
SPR

1
HUN
FEA

1
HUN
SPR

7
VAL
FEA

2
VAL
SPR

1
BEL
FEA

2
BEL
SPR

Ret
ITA
FEA

6
ITA
SPR

3
POR
FEA

1
POR
SPR

16
Pertama 100

Keputusan lengkap GP2 Asia Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 DC Mata
2008–09 ART Grand Prix CHN
FEA
CHN
SPR
DUB
FEA
DUB
SPR
BHR1
FEA

4
BHR1
SPR

4
QAT
FEA

1
QAT
SPR

3
MYS
FEA
MYS
SPR
BHR2
FEA
BHR2
SPR
Ke-6 27

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2010 AT&T Williams Williams FW32 Cosworth CA2010 2.4 V8 BHR
14
AUS
Ret
MAL
10
CHN
15
ESP
16
MON
Ret
TUR
17
CAN
13
EUR
Ret
GBR
10
GER
13
HUN
6
BEL
14
ITA
7
SIN
10
JPN
Ret
KOR
10
BRA
8
ABU
16
Ke-14 22
2011 Force India F1 Team Force India VJM04 Mercedes FO 108Y 2.4 V8 AUS
TD
MAL
TD
CHN
TD
TUR
TD
ESP
TD
MON CAN
TD
EUR
TD
GBR
TD
GER
TD
HUN
TD
BEL
TD
ITA
TD
SIN JPN
TD
KOR IND ABU BRA
TD
2012 Sahara Force India F1 Team Force India VJM05 Mercedes FO 108Z 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
9
CHN
15
BHR
12
ESP
10
MON
8
CAN
12
EUR
5
GBR
12
GER
9
HUN
11
BEL
4
ITA
21†
SIN
14
JPN
7
KOR
6
IND
8
ABU
Ret
USA
8
BRA
5
Ke-11 63
2013 Sauber F1 Team Sauber C32 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
DNS
MAL
8
CHN
10
BHR
12
ESP
15
MON
11
CAN
Ret
GBR
10
GER
10
HUN
11
BEL
13
ITA
5
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-14* 17*

Pemandu tidak menamatkan Grand Prix, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Hülkenberg melengkapkan barisan pemandu Force India", Formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 16 Disember 2011. Dicapai pada 16 Disember 2011. 
  2. "Hulkenberg mengharapkan yang Force India akan berjaya di GP Monaco". 21 Mei 2012. http://ibnlive.in.com/news/hulkenberg-expects-a-good-show-in-monaco-gp/260012-5-24.html. 
  3. http://www.bbc.co.uk/sport/0/formula1/20152082
  4. http://www.formula1.com/news/headlines/2012/11/14097.html
  5. "Jumpa rookie: Nico Hülkenberg". F1Fanatic.co.uk. 2007. http://www.f1fanatic.co.uk/2007/08/16/meet-the-rookies-nico-hulkenberg/. Capaian 25 November 2012. 
  6. 6.0 6.1 Elizalde, Pablo (13 Disember 2007). "Williams sign Hulkenberg as test driver". Autosport.com. Haymarket Media. http://www.autosport.com/news/report.php/id/64371. Capaian 22 Mac 2013. 
  7. "Hulkenberg not perturbed by test ban", ITV F1, ITV Sport, 25 Februari 2009. Dicapai pada 6 November 2010. 
  8. "2010 Driver Lineup", williamsf1.com, WilliamsF1, 2 November 2009. Dicapai pada 2 November 2009. 
  9. "Maldonado assina com Williams para 2011, garante Revista Warm Up", Grande Prêmio, Internet Group, 19 Oktober 2010. Dicapai pada 6 November 2010. (Bahasa Portugis) 
  10. "Barrichello Confirmed for 2011", AT&T Williams, WilliamsF1, 15 November 2010. Dicapai pada 15 November 2010. “Pasukan juga boleh mengesahkan bahawa Nico Hülkenberg tidak akan bertanding dalam Kejuaraan Dunia FIA 2011 bersama AT&T Williams.” 
  11. Elizalde, Pablo. "Di Resta disahkan di Force India", Autosport, Haymarket Publications, 26 Januari 2011. Dicapai pada 26 Januari 2011. 
  12. Elizalde, Pablo. "Sauber confirms Nico Hulkenberg for 2013 Formula 1 season", Autosport, Haymarket Publications, 31 Oktober 2012. Dicapai pada 2 Januari 2013. 
  13. "'Disappointed' Hulkenberg misses race", ESPN F1, ESPN Emea Ltd., 17 March 2013. Dicapai pada 29 March 2013. 
  14. Ransom, Ian. "Sauber's Hulkenberg out of Australian Grand Prix", Reuters, Thomson Reuters, 17 Mac 2013. Dicapai pada 15 April 2013. 
  15. "Malaysia: selected team and driver quotes", Formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 24 Mac 2013. Dicapai pada 15 April 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]