Nick Heidfeld

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nick Heidfeld
NICK HEIDFELD CANADIAN GP 2011.jpg
Lahir 10 Mei 1977 (36 tahun)
Kewarganegaraan Jerman Jerman
Pasukan Prost, Sauber, Jordan, Williams, BMW Sauber, Renault
Kejuaraan 0
Kemenangan 0
Podium 13
Mata kerjaya 259
Petak pertama 1
Pusingan terpantas 2
Perlumbaan pertama Grand Prix Australia 2000
Perlumbaan terakhir Grand Prix Hungary 2011
Kedudukan 2011 Ke-11 (34 mata)

Nick Lars Heidfeld, (lahir 10 Mei 1977 di Mönchengladbach, Jerman Barat) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Jerman.

Walaupun mendapat beberapa tempat podium pada tahun 2005 bersama Williams, dan pada tahun 2007 dan 2008 dengan BMW Sauber, Heidfeld tidak pernah memenangi sebarang perlumbaan sejak bertanding dalam Formula Satu pada tahun 2000. Heidfeld juga sedang memegang tiga rekod lain. Beliau adalah pemandu yang mendapat bilangan mata kejuaraan dunia tertinggi tanpa memenangi sebuah Grand Prix, memegang rekod untuk menamatkan perlumbaan di atas podium tanpa sebarang kemenangan (13)[1], dan mempunyai tempat kedua yang paling banyak tanpa kemenangan, dengan 8. Beliau juga memegang rekod bagi klasifikasi perlumbaan yang paling berturut-turut sebanyak 41 perlumbaan, dan berkongsi rekod untuk menamatkan perlumbaan yang paling banyak dalam satu musim dengan Tiago Monteiro dan Felipe Massa selepas menamatkan kesemua 18 perlumbaan pada musim 2008.

Pada tahun 2011, Heidfeld berlumba untuk pasukan Renault untuk mengantikan bekas rakan sepasukan BMW Sauber beliau, Robert Kubica yang cedera,[2] sebelum digantikan dengan Bruno Senna. Beliau kini memandu untuk pasukan Rebellion Racing dalam kejuaraan FIA World Endurance Championship.

Kerjaya Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Kembali ke F1 bersama Sauber[sunting | sunting sumber]

Heidfeld memandu untuk Sauber di Grand Prix Jepun 2010

Pada September 2010, Heidfeld kembali bersaing dalam Formula Satu dengan menggantikan Pedro de la Rosa di pasukan Sauber untuk baki perlumbaan dalam musim 2010.[3] Pada 4 Oktober 2010, Sauber mengesahkan bahawa barisan pemandu mereka bagi musim 2011 ialah Kamui Kobayashi dan Sergio Pérez,[4] dan meninggalkan Heidfeld tanpa kerusi perlumbaan bagi tahun 2011, sebelum menggantikan Robert Kubica di Renault yang telah cedera dalam kemalangan rali pada 6 Februari 2011.

Renault (2011)[sunting | sunting sumber]

Heidfeld mendapat podium terakhir kerjayanya di Grand Prix Malaysia 2011.

Pada 9 Februari, Lotus Renault GP mengesahkan bahawa Heidfeld akan berkongsi tugas ujian bersama Bruno Senna pada hari Sabtu dan Ahad dalam ujian empat hari di Jerez bagi menilai pemandu yang akan menggantikan Robert Kubica yang cedera setelah mengalami sebuah kemalangan rali di Itali, bagi musim 2011.[5] Pada hari Sabtu, Heidfeld menetapkan masa yang terpantas dan menyatakan bahawa beliau berasa seronok memandu kereta tersebut.[6] Heidfeld telah disahkan sebagai penganti Kubica pada 16 Februari 2011.[2] Di Australia, iaitu perlumbaan pertama musim ini berikutan pembatalan Grand Prix Bahrain, Heidfeld bermula dari tempat ke-18 dan menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-12. Pada 10 April 2011, Heidfeld mendapat tempat ketiga, selepas bermula dari tempat keenam, di Grand Prix Malaysia di Sepang, dan memecahkan rekod Stefan Johansson yang menaiki podium tanpa sebarang kemenangan sebanyak 12 kali. Beliau menambah satu lagi tempat ke-12 di China, sebelum mendapat tempat ketujuh di Turki selepas bersaing dengan rakan sepasukan, Vitaly Petrov. Heidfeld mendapat tempat kelapan di Sepanyol dan Monaco, sebelum bersara di Grand Prix Kanada. Beliau terpaksa bersara di Hungary selepas keretanya terbakar selepas keluar lorong pit pada pusingan ke-25. Heidfeld telah digantikan oleh Bruno Senna di Grand Prix Belgium.[7] Heidfeld secara rasmi berpisah dengan pasukan Renault pada 2 September 2011.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Collantine, Keith (2011-04-11). "Heidfeld menetapkan rekod podium terbanyak tanpa sebarang kemenangan". f1fanatic.co.uk. F1 Fanatic. http://www.f1fanatic.co.uk/2011/04/11/heidfeld-sets-record-podiums-win/. Capaian 2011-04-11. 
  2. 2.0 2.1 "Renault mengesahkan Heidfeld sebagai penganti Kubica", formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 16 Februari 2011. Dicapai pada 16 Februari 2011. 
  3. Weeks, James. "Heidfeld mengantikan de la Rosa di Sauber", motorstv.com, Motors TV, 2010-09-14. Dicapai pada 2010-10-04. 
  4. "Perez akan berlumba untuk BMW Sauber pada tahun 2011", formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 2010-10-04. Dicapai pada 2010-10-04. 
  5. "Renault memberikan peluang kepada Nick Heidfeld", BBC Sport, BBC, 9 Februari 2011. Dicapai pada 10 Februari 2011. 
  6. "Jerez day three – Heidfeld impresses on Renault debut", Formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 12 Februari 2011. Dicapai pada 12 Februari 2011. 
  7. "Bruno Senna akan berlumba untuk Lotus Renault GP", Lotus Renault GP, Renault F1, 24 Ogos 2011. Dicapai pada 24 Ogos 2011. 
  8. "Lotus Renault GP dan Nick Heidfeld mengumumkan perpisahan", Renault F1, 2 September 2011. Dicapai pada 2 September 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]