Bandaraya Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandaraya Melaka
Malacca City
بندارايا ملاك
Stadhuys, Melaka
Stadhuys, Melaka
Mohor  bagi Bandaraya Melaka
Mohor
Nama samaran: Bandar Raya Bersejarah
(Inggeris : Historical city)
Lokasi di Malaysia
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 2°11′20″U 102°23′4″T / 2.18889°U 102.38444°T / 2.18889; 102.38444
Negara Malaysia
Negeri Melaka
Pengasasan 1502
Pemberian status bandar raya 2003
Kerajaan
 - Datuk bandar Zaini Md Nor
Kawasan
 - Jumlah 114.7 batu persegi (303 km²)
Kepadatan (2007)[1]
 - Jumlah 455,300
 - Kepadatan n/a/batu persegi (1,502.64/km²)
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak ditentukan (UTC)
Laman web: www.mbmb.gov.my

Bandaraya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka. Bandaraya ini terletak di daerah Melaka Tengah. Bandaraya ini merupakan bandar terbesar di Melaka. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Julai 2008. [1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian dari Bandaraya Melaka.

Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Melaka[sunting | sunting sumber]

Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Sultan Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah, Melaka 1424 – 1444
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
Rencana utama: Kesultanan Melaka

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

Pemerintahan penjajah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Melaka

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.

Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.

Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka.Dahulu stesen keretapi ini dikenali Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang.Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah stesen Tebong tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaiktaraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar,Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.

Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjug Malaysia.Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia hari ini. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral. Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan carter dari kawasan sekitar.Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses naik taraf dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak peswat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini.

Susur keluar Ayer Keroh dari selatan dan Simpang Ampat dari utara bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka.

Media[sunting | sunting sumber]

Akhbat[sunting | sunting sumber]

Akhbar utama di Melaka termasuk akhbar berbahasa Inggeris The Star, New Straits Times, The Sun, The Edge, The Malaysian Reserve dan The Malay Mail; akhbar berbahasa Melayu Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan Kosmo!; akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Yit Poh, Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau dan Oriental Daily News; dan akhbar berbahasa Tamil dailies Tamil Nesan, Malaysia Nanban dan Makkal Osai. Kesemuanya terdapat dalam edaran di seluruh negara.

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Stesen televisyen Frekuensi Lokasi pemancar Penyiaran Rangkaian Status Negara
Kebangsaan (6 Saluran)
TV1 28 UHF Gunung Ledang 10 kW/800 kW ERP Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kebangsaan Malaysia
TV2 7 UHF
TV3 12 UHF 20 kW Media Prima Berhad
NTV7 35 UHF
8TV 48 UHF
TV9 37 UHF

Penyiaran televisyen satelit Malaysia Astro tersedia di Melaka dan juga semua negeri-negeri lain kecuali Timur laut Sarawak walaupun tidak tersenarai. Perkhidmatan UniFi IPTV, HyppTV juga boleh didapati di Melaka dan kebanyakan negeri lain, tetapi kotak kabel gentian optik diperlukan untuk diletakkan berhampiran dengan tapak pemasangan.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Tokong Poh San Teng
  1. A Famosa
  2. Dataran Pahlawan
  3. Bangunan Stadthuys
  4. Muzium Samudera dan Kapal Flor De La Mar
  5. Perkuburan Belanda
  6. Muzium Budaya
  7. Muzium Tuan Yang Terutama
  8. Masjid Tengkera
  9. Masjid Kampong Keling
  10. Masjid Kampong Hulu
  11. Masjid Selat, Pulau Melaka
  12. Jonker Walk
  13. Ayer Keroh
  14. Pantai Klebang
  15. Pantai Kundur / Puteri
  16. Portugis settlement
  17. Bukit Cina
  18. Taman Ramarama
  19. Pusat Peranginan Auyin
  20. St Xavier Church
  21. Balai cerap AlKhawarizmi
  22. Sungai Melaka
  23. Menara Taming Sari

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

  1. Mahkota Parade
  2. Tesco Melaka
  3. Tesco Melaka Cheng
  4. Madam King
  5. Soon Seng Plaza
  6. Mydin MITC Melaka
  7. AEON Ayer Keroh
  8. AEON Bandaraya Melaka
  9. Parkson Grand
  10. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
  11. Melaka Mall
  12. Hatten Square
  13. Hang Tuah Plaza

Pasar-raya besar[sunting | sunting sumber]

  1. Econsave Bandar Baru Sungai Udang
  2. Econsave Malim(Balai Panjang)
  3. Econsave Batu Berendam
  4. Family Store Sungai Udang
  5. Family Store Batu Berendam
  6. Giant Taman Bachang
  7. Giant Cheng
  8. Giant Batang Tiga

Hotel[sunting | sunting sumber]

  1. Homestay Melaka
  2. Yellow Mansion Boutique Hotel Melaka
  3. Asia Heritage Hotel Melaka
  4. Villa Heritage Residence Melaka
  5. Hotel Dream Melaka
  6. Hotel Shahbandar Melaka
  7. Laksamana Townlodge Melaka
  8. Mahkota Guest House Melaka
  9. Home2Stay Melaka
  10. Hotel Renassance
  11. Hotel Emperor
  12. Hotel Equatorial
  13. Hotel Puri
  14. Hotel Century Mahkota
  15. Hotel City Bayview
  16. Hotel Straits Meridian
  17. Hotel Naza
  18. Hotel Legacy
  19. Hotel Holiday
  20. Hotel Hallmark http://www.agoda.com/hallmark-hotel-leisure/hotel/malacca-melaka-my.html

Bandaraya kembar[sunting | sunting sumber]

Bandaraya Melaka juga mempunyai status bandaraya kembar dengan bandar-bandar lain iaitu:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Eight new sites, from the Straits of Malacca, to Papua New Guinea and San Marino, added to UNESCO’s World Heritage List. Retrieved July 8, 2008.
  2. "Valparaiso, land of steep hills, trains, sea and curves". New Straits Times. http://news.google.com/newspapers?nid=1309&dat=19980109&id=SPxOAAAAIBAJ&sjid=-BQEAAAAIBAJ&pg=2532,3311135. Capaian 2013-07-09. 
  3. 3.0 3.1 3.2 "Melaka to bolster cooperation with sister cities". BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-10. https://archive.is/TBy2h. Capaian 2013-07-09. 
  4. "Malacca ties up with sister city Kashgar". New Straits Times. http://www.nst.com.my/latest/malacca-ties-up-with-sister-city-kashgar-1.46312. Capaian 2013-07-09. 
  5. "Nanjing International: Malacca, Malaysia". Government of Nanjing. http://web.archive.org/web/20071012120233/http://www.nanjing.gov.cn/pub/english/gover/Inter/sister/200705/t20070528_213745.htm. Capaian 2013-07-09. 
  6. "Nanjing: An Ancient and Modern City". Yan WeiPing. http://ice.nuaa.edu.cn/nanjing.pdf. Capaian 2013-07-09. 
  7. "About Members: Kuala Lumpur". Asian-Pacific City Summit. http://www.urc.or.jp/summit/summit/map/more_e.php?id=0605&apcs_mbr=715654f62317576a55d2271bbc82c814. Capaian 2007-11-03. 
  8. "Malacca, a Dutch conquest forgotten". Malaysian Dutch Descendants Project. http://www.dutchmalaysia.net/lang_en/press/article_200105_malacca_a_dutch_conquest_forgotten.html. Capaian 2013-07-09. 
  9. 9.0 9.1 "Twin Cities plan will boost Malacca". New Straits Times. http://news.google.com/newspapers?nid=1295&dat=20020425&id=S10uAAAAIBAJ&sjid=SHsFAAAAIBAJ&pg=1392,2075248. Capaian 2013-07-09. 
  10. (Melayu)"Bandar Kembar Melaka, Hoorne". Pustaka Perdana Library. http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf. Capaian 2013-07-09. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]