Batang Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Batang Melaka adalah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Sempadan bagi kedua negeri Melaka dan Negeri Sembilan pekan Batang Melaka adalah ditengah-tengah pekan Batang Melaka, yang mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini bolehlah dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960'an.

Tidak banyak pembangunan yang boleh dibanggakan di Batang Melaka. Pada masa ini (9 Mei 2009), terdapat Balai Polis, Pasar Basah, Pejabat Pos, Balai Raya, sebuah stesyen minyak Esso, Sekolah Kebangsaan Batang Melaka, Sekolah Kebangsaan China, Sekolah Kebangsaan Tamil dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Masjid Jame', Balai Raya, Pusat Kesihatan Kecil, Ampangan Takungan Air Jus, deretan kedai-kedai runcit, pakaian, restoran, gunting. Batang Melaka masih lagi mempunyai Salvation Army bekas peninggalan British.

Di pekan Batang Melaka ini, terdapat stesyen keretapi yang mempunyai ciri istimewa. Stesyen ini pejabatnya terletak dalam geografi Negeri Sembilan, tetapi jika keretapi dari Tampin berhenti di stesyen ini, kepala keretapi akan berada dalam geografi Negeri Sembilan tetapi sebahagian gerabak keretapi akan berada dalam geografi negeri Melaka. Begitu jugalah sebaliknya, jika keretapi dari Gemas berhenti di stesyen Batang Melaka. Pada suatu ketika dulu, keretapi penumpang dari utara dan selatan akan berhenti di stesyen ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang.Projek landasan elektrik kereta api berkembar akan memindahkan sepenuhnya stesen ini dalam Negeri Melaka keseluruhannya. Stesen itu akan dibina beberapa meter arah utara bagi membolehkan Stesen KTMB Batang Melaka berada dalam kawasan Melaka sepenuhnya (Daerah Jasin)

Mukim Batang Melaka mempunyai beberapa kampung dan taman seperti Kampung Hulu, Kampung Hilir, Kampung Tengah, Taman Batang Melaka Baru, Rumah Awam Batang Melaka, Kampung Baru On Lok. Dari segi politik, ianya termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Asahan, Melaka dan Parlimen Jasin, Melaka.

Penduduk Batang Melaka terdiri dari bangsa Melayu, India, China dan sebahagian kecil komuniti Orang Asli. Mereka ini kebanyakkannya bekerja sendiri seperti menoreh getah, petani/peladang, peniaga dan sebahagian kecil disektor swasta dan kerajaan.

Batang Melaka dalam bahasa Cina disebut sebagai 巴登马六甲, ia menghubungkan Gemencheh yang mana terletak kira-kira 5km yang terletak di negeri lain iaitu Negeri Sembilan.

Koordinat: 2°28′U 102°25′T / 2.467°U 102.417°T / 2.467; 102.417