Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya merupakan pusat pentadbiran baru bagi kerajaan negeri Melaka. Hang Tuah Jaya meliputi kawasan seluas 35733.04 ekar, merupakan sebahagian daripada 3 daerah iaitu Melaka Tengah dengan 22601.03 ekar, Alor Gajah (12396.41 ekar) dan Jasin (28532.01 ekar).
Di sini terdapat pelbagai pejabat kerajaan, kawasan perdagangan, pusat konvensyen, kawasan rekreasi, terminal pengangkutan, pendidikan serta tempat tumpuan pelancongan. Hang Tuah Jaya dibahagikan kepada 5 zon utama iaitu:
- Pinggiran Tuah - Zon Pentadbiran
- Pinggiran Jebat - Zon R&D dan Hub Pendidikan
- Pinggiran Lekir - Zon Pelancongan dan Hub Kesihatan
- Pinggiran Lekiu - Zon Bandarraya Lapangan Terbang
- Pinggiran Kasturi - Zon Perdagangan dan Cyber City
Antara tempat-tempat utama yang terdapat di sini ialah:
- Bandaraya MITC
- MITC Sentral - Stesen LRT (Aliran LRT Melaka)
- Seri Negeri - Pejabat Ketua Menteri
- MITC - Melaka International Trade Centre
- Malacca Land - Zoo Melaka, Taman Buaya Melaka, Taman Mini Malaysia, Taman Mini Asean
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Masjid al-Alami MITC
- MIA - Melaka International Airport
- LRT Melaka - Sistem pengangkutan Tren tercanggih di Asia Tenggara.
Perbadanan Hang Tuah Jaya [sunting]
Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditubuhkan bermula pada 1 Jun 2005 melalui kuatkuasa Enakmen PHTJ yang telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka pada 11 Mei 2005. Pengerusi Perbadanan Hang Tuah Jaya ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam manakala Timbalan Pengerusinya ialah Datuk Wira Ismail Saleh yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya [sunting]
Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya telah ditubuhkan pada 1 Januari 2010 .