Askar payung terjun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Askar Payung Terjun)
Lompat ke: pandu arah, cari
Askar Payung Terjun 101 Airborne bersedia terjun pada malam menjelang D-Day pada 6 Jun 1944

Askar payung terjun adalah anggota tentera yang menerima latihan khas menggunakan payung terjun memasuki kawasan operasi dan biasanya bertindak sebagai sebahagian daripada pasukan yang lebih besar memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan.

Kemasukan dengan cara pengguguran menggunakan payung terjun membolehkan sesuatu pasukan melangkaui sesuatu barisan pertahanan musuh dan ancaman penggunaan askar payung terjun memaksa pasukan musuh menempatkan pasukan tentera di kawasan-kawasan yang sepatutnya selamat sekiranya dilihat dari sudut geografinya. Ini memaksa musuh menyerakkan pasukan tenteranya bagi menemui ancaman penggunaan askar payung terjun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Askar payung terjun pertama kali digunakan secara besar-besaran oleh tentera Jerman semasa Perang Dunia II. Askar di bawah perintah Jeneral Kurt Student dikenali dengan nama Fallschirmjäger bertindak cemerlang semasa fasa Blitzkrieg perang di Eropah semasa penaklukan Belanda, Belgium dan Perancis.

Mereka digunakan untuk menubuhkan satu tumpuan udara (airhead) di kawasan-kawasan strategik yang boleh ditawan dan dipertahankan sementara menunggu kemaraan pasukan darat. Penggunaan Fallschirmjäger menimbulkan huru hara kepada pasukan tentera yang bertahan, dan membawa kepada tewasnya pasukan tentera Belanda dan Belgium dengan begitu cepat sekali. Pasukan Fallschirmjäger mengalami kemalangan jiwa yang besar semasa penaklukan Crete yang membantutkan perkembangan pasukan Fallschirmjäger sebagai satu pasukan yang viable untuk tentera Jerman.

Pada masa ini, askar payung terjun masih menggunakan payung terjun bulat seperti yang digunakan oleh askar payung terjun semasa Perang Dunia II, dan terbuka setelah direntap oleh tali statik semasa melakukan penerjunan statik, tetapi payung terjun moden telah diubahsuai dan lebih ringan dan kuat, dan boleh dikendalikan oleh anggota payung terjun dengan cara menarik tali riser payung terjun tersebut. Askar payung terjun dilatih untuk bertindak secara automatik untuk memastikan tidak ada masa diluangkan sekiranya mereka perlu menggunakan payung terjun simpanan.

Tentera Amerika Syarikat mempunyai dua divisyen askar payung terjun yang menjalankan penerjunan semasa D-Day pada 6 Jun 1944. Divisyen Ke-82 Airborne dan Divisyen 101 Airborne mengambil peranan penting mengelirukan pasukan Jerman dan mempertahankan laluan-laluan penting untuk mematahkan serangan balas tentera Jerman dan membolehkan tentera Amerika Syarikat mara keluar daripada tumpuan pantai (beachhead) mereka di Pantai Omaha dan Pantai Utah.

Operasi Askar Payung Terjun[sunting | sunting sumber]

Ops Colossus

Operasi pada 10 Februari 1941 adalah operasi serangan pertama melibatkan 38 askar payung terjun British apabila “X” Trup dari No.2 Komando membuat penerjunan untuk menyerang dan memusnahkan akueduk di Tragano, Itali.

Mereka berjaya memusnahkan tembok sambut jejambat Tragino. Mereka sepatutnya menyusup keluar ke pantai untuk diselamatkan oleh kapal selam HMS Triumph, tetapi tertangkap dalam usaha menyusup ke pantai. Kejayaan operasi ini mencetuskan penubuhan Rejimen Payung Terjun British.

Serangan Bruneval

2 Para Selepas Ops Serangan Bruneval

Serangan ini dibuat [ (2 Para) di bawah pimpinan Mejar John Frost ke atas kemudahan radar Wuerzburg milik Jerman di Bruneval. Kelengkapan radar dibawa balik untuk penilaian pakar-pakar British supaya langkah balas dapat dicari. pasukan ini berundur melalui jalan laut dengan perlindungan pasukan dari No. 12 Komando.

Ops Torch, Afrika Utara

Operasi pertama melibatkan askar payung terjun Amerika Syarikat apabila 500 orang anggota Rejimen 509 Infantri Payung Terjun membuat penerjunan untuk menawan dua buah lapangan terbang. Mereka berlepas dari Britain dan terbang 1,500 batu ke sasaran. Pandu arah yang silap dan masalah komunikasi mengakibatkan kumpulan ini bertaburan dan gagal mencapai objektif operasi.

Ops Husky, Sicily

Empat operasi payung terjun dijalankan pada malam 9/10 Julai 1943 semasa Ops Husky melibatkan 2 pasukan British dan 2 pasukan Amerika. Pasukan Amerika dari Divisyen ke-82 Payung Terjun membuat penerjunan tempur mereka yang pertama. Angin kencang menyebabkan mereka digugurkan bertaburan dan lebih dari separuh gagal berkumpulan di tempat yang ditetapkan. Pasukan British yang menyerang dengan peluncur (glider) juga mendarat bertaburan dengan 12 daripada 144 buah peluncur sahaja yang mengenai sasaran. Walaupun demikian, mereka bertempur dengan cemerlang dan berjaya menggagalkan pergerakan Jerman ke pantai. Briged Pertama Pendaratan Udara berjaya menawan jambatan di Ponte Grande dan bertahan sehingga kemaraan tentera British daripada pantai.

Selepas operasi ini, pemerintah Tentera Berikat terpaksa mengkaji semula penggunaan askar payung terjun setelah ramai daripada anggota digugurkan buak di kawasan mendarat yang ditetapkan dan insiden tertembak oleh pasukan sendiri. Masalah ini diatasi dengan Penyelarasan yang lebih baik dan latihan pengenalan yang lebih sempurna.

Ops Overlord: D-Day

mejar Jeneral Gale dan askar-askar dari Brigade ke-5 sebelum penerjunan D-Day

Peranan yang dimainkan oleh askar payung terjun untuk membantu Ops Overlord pada hari D-Day 6 June 1944 merupakan puncak kejayaan pasukan infantri payung terjun. Mereka ditugaskan untuk menawan dan seterusnya mempertahankan kedudukan strategik dan rusuk pantai-pantai yang digunakan untuk pendaratan tentera. Askar payung terjun British berjaya menawan perkubuan meriam di Melville membolehkan pasukan British mendarat dengan selamat. Divisyen Ke-82 dan Divisyen Ke-101 pula mempertahankan rusuk kanan kawasan pendaratan, walaupun mengalami kemalangan besar.

Selatan Perancis

Pada 15 Ogos 1944, askar payung terjun membuat penerjunan ke selatan Perancis untuk Ops Dragoon, penaklukan Perancis dari arah selatan. Mereka diberikan tugas menawan dan menghapuskan kedudukan musuh dan seterusnya mempertahankan kedudukan yang ditawan sehingga ketibaan Ketumbukan Ke-7 tentera Amerika (US 7th Army).

Ops Market-Garden

Askar Payung Terjun British di Oosterbeek Semasa Pertempuran Di Arnhem

Rancangan Operasi payung terjun yang hebat melibatkan 35,000 anggota Divisyen Pertama Payung Terjun British dan Divisyen Ke-82 dan Divisyen Ke-101 Amerika Syarikat bersama-sama Briged Bebas Payung Terjun Poland. Objektif operasi adalah untuk menawan dan mempertahankan jambatan-jambatan penting merentasi Sungai Maas, Sungai Waal dan Sungai Rhine di Belanda untuk membolehkan Tentera Berikat mengatasi rusuk kedudukan tentera Jerman untuk melancarkan serangan terus ke wilayah Jerman.

Rancangan dibuat secara tergesa-gesa dan mempunyai banyak kelemahan. Penerjunan pada waktu siang membolehkan pengguguran dibuat secara berpadu dan dengan tepat, dengan tentangan yang terhad daripada pasukan Jerman. Serangan balas Jerman akhirnya mengakibatkan Divisyen Pertama Payung Terjun British dimusnahkan dan jambatan yang merentasi Sungai Rhine di Arnhem dapat ditawan semula oleh tentera Jerman daripada Bn Ke-2 Rejimen Payung Terjun British di bawah pemerintahan Lt. Kolonel John Frost. Tanpa pengawalan jambatan di Arnhem, keseluruhan operasi ini tergagal.


Operation Varsity: Menyeberangi Sungai Rhine

Ops Varsity juga satu penerjunan siang hari yang dilancarkan menggunakan Divisyen Ke-6 Payung Terjun British dan Divisyen Ke-17 Payung Terjun Amerika untuk membantu ketumbukan ke-21 British (British 21st Army Group). Tentera digugurkan beberapa ribu meter daripada barisan hadapan membolehkan pasukan darat mara untuk menguasai kawasan yang ditawan oleh askar payung terjun. Penentangan yang diberikan oleh tentera Jerman tidak kuat tetapi pasukan askar payung terjun menghadapi kadar kemalangan yang tinggi. Sejarawan Max Hastings memanggil operasi ini sebagai tidak perlu.

New Guinea

Pada musim gugur tahun 1943, Rejimen 503 Infantri Payung Terjun membuat penerjunan di lembah Markham untuk membantu penaklukan New Guinea. Operasi ini merupakan penerjunan kombat yang pertama di Medan Operasi Pasifik. Dalam bulan Julai 1944, Rejimen ini membuat penerjunan untuk menawan Pulau Noemfoor.

Burma

Semasa Ops Dracula, satu batalion askar payung terjun membuat penerjunan untuk menawan perkubuan pantai tentera Jepun untuk membolehkan serangan laut dibuat untuk menawan Rangoon.

Perang Korea

Pasukan tempur Rejimen ke-187 ("Rakkasans") membuat 2 penerjunan kombat semasa Perang Korea. Penerjunan dibuat apda 20 Oktober 1950 di Sunchon dan Sukchon, Korea Utara, untuk menawan dan memotong jalan arah utara ke negeri China untuk menyekat pemimpin Korea Utara melarikan diri daripada Pyongyang dan untuk menyelamatkan tawanan perang Amerika.

Penerjunan kedua dibuat pada Easter Sunday, 1951 di Munsan-ni, Korea Selatan di bawah garisan pertahanan tentera China untuk menyekat pergerakan mereka di arah utara.

Ops Musketeer Krisis Suez

Fail:Gamil.gif
Serangan oleh 3 Para ke atas lapangan terbang Gamil

Britain dan Perancis melancarkan Ops Musketeer semasa Krisis Suez untuk membolehkan pihak mereka menjamin penggunaan Terus Suez terbuka tanpa ada pengehadan oleh Mesir. Pasukan British berjumlah 660 orang anggota payung terjun dan perlu mencapai kejutan menyeluruh dan mesti sedia untuk bertempur dalam masa 4.5 minit di sekitar lapangan terbang El Gamil.

Batalion ke-3 Rejimen Payung Terjun (3 Para) dipilih untuk menjalankan operasi ini. Pada jam 04.15 pagi 5 November 1956, 3 Para membuat penerjunan di lapangan terbang tersebut. Mereka menerima tentangan hebat daripada tentera Mesir tetapi mengalami jumlah kemalangan jiwa yang ringan. Penerjunan ini adalah untuk persediaan serangan menggunakan helikopter oleh pasukan 45 Komando Marin Diraja yang mendarat di Pelabuhan Said daripada kapal pengangkut askar di laut.

Askar payung terjun pimpinan Ariel Sharon mendarat di segenting Mitla untuk menyekat dan bertempur dengan askar Mesir. Operasi ini merupakan operasi tunggal oleh pasukan payung terjun Israel sehingga ke hari ini.

Perang Indo-Pakistani 1965 (Perang Kashmir Ke-2)

askar payung terjun digunakan buat pertama kali dalam perang di Asia Selatan semasa Perang Kashmir Kedua tahun 1965. Tentera Pakistan melancarkan operasi sulit untuk menyusup lapangan terbang India untuk menjalankan aktiviti sabotaj. Pasukan Gerup Gerak Khas (SSG) Pakistan berjumlah 200 orang anggota membuat penerjunan di wilayah India (India mendakwa jumlah yang lebih tinggi sekitar 800 hingga 900 orang). Oleh kerana sasaran di India (Halwara, Pathankot and Adampur) jauh di dalam wilayah India, kurang daripada 12 orang berjaya kembali ke wilayah Pakistan. 136 ditangkap oleh Tentera India dan 22 orang terbunuh. Pemimpin operasi Mejar Khalid Gulrez Butt yang membuat serangan ke atas Pathankot juga tertangkap.

Perang Indo-Pakistani 1971

Dalam peperangan tahun 1971 (juga dikenali sebagai Peperangan Kemerdekaan Bangladesh), askar payung terjun India menjalankan banyak operasi tempur di bahagian barat dan di bahagian timur. Pada 11 Disember 1971, Tentera India menggugurkan Bn ke-2 Rejimen Payung Terjun India (2 Para India) untuk menawan jambatan Poongli merentasi sungai Jamuna untuk menyekat pengunduran pasukan Briged ke-93 Tentera Pakistan daripada Dacca. Pasukan 2 Para India itu juga perlu bertahan sehingga ketibaan pasukan Infantri Ringan Maratha untuk membolehkan pasukan itu mara menuju Dhaka.

Pasukan Para Komando juga menjalankan serangan kilat ke atas kawasan Chachro (Sindh, Pakistan) dan Mandhol (Jammu and Kashmir). Askar payung terjun juga bertanggungjawab membantu mempertahankan Poonch daripada ditawan oleh Divisyen ke-23 Pakistan.

Perang Vietnam

Fail:Guthrie32.jpg
Askar Payung Terjun Semasa Ops Junction City

Penggunaan helikopter untuk mengangkut dan menggerakkan pengerahan tentera sepanjang Perang Vietnam mengurangkan peluang menggunakan pengerahan dengan payung terjun oleh pasukan-pasukan Tentera Amerika dan Vietnam Selatan. Sebaliknya, askar payung terjun digunakan untuk menjalankan operasi ketenteraan seperti mana askar-askar biasa.

Dalam bulan Februari 1967, pasukan Tentera Amerika Syarikat melancarkan Ops Junction City sebagai satu-satunya serangan melibatkan penerjunan kombat oleh formasi besar askar payung terjun sepanjang Perang Vietnam. Semasa operasi ini, 845 orang askar dari Batalion Kedua Rejimen 503 Infantri Payung Terjun (2/503 PIR) dan Rejimen 319 Artileri berserta markas 173 Briged Payung Terjun membuat penerjunan kombat.

Operation Cactus

Dalam bulan November 1988, sekumpulan pejuang People's Liberation Organization of Tamil Eelan mendarat di Male, kepulauan Maldives dengan tujuan menggulingkan kerajaan Maldives. Kumpulan yang menyusup masuk terdahulu dari itu menawan Lapangan terbang di Hulele. Presiden Gayoom meminta bantuan tentera luar. India menghantar askar payung terjun dari 50 Briged Para untuk membantu. Pasukan tersebut mendarat di Maldives kurang daripada 12 jam selepas diberikan arahan oleh Rajiv Gandhi.

Status Pasukan Askar Payung Terjun Masa Kini[sunting | sunting sumber]

Dengan kelebihan yang diperolehi dengan penggunaan helikopter, bilangan pasukan askar payung terjun kini berkurangan. Tetapi kepentingan keupayaan strategik mempastikan kesinambungan pasukan askar payung terjun sebagai sebahagian daripada pasukan aturan perang (order of battle) angkatan tentera banyak negara-negara. Ketika ini, Divisyen Ke-82 Askar Payung Terjun Amerika Syarikat adalah formasi askar payung terjun yang terbesar di dunia, diikuti dengan pasukan-pasukan Rusia dan India.

Askar Payung Terjun Amerika Syarikat terlibat dengan beberapa operasi dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Antaranya adalah

Pasukan Payung Terjun Mengikut Negara[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Angkatan Tentera Malaysia mempunyai program latihan payung terjun untuk anggota-anggota terpilih. Latihan payung terjun diberikan kepada anggota Pasukan Khas seperti anggota Gerup Gerak Khas, anggota Pasukan Khas Laut PASKAL dan juga anggota Pasukan Khas Udara PASKAU.

Malaysia juga mempunyai Pasukan Atur Cepat yang berpusat kepada 10 Briged Para yang dilatih khusus untuk digerakkan ke kawasan operasi dengan cara menjalankan penerjunan payung terjun ke kawasan operasi. Briged ini mempunyai 3 batalion tentera yang menerima latihan khusus sebagai ahli payung terjun dan dibantu oleh elemen-elemen artileri, semboyan, askar jurutera dan lain-lain pasukan bantuan tempur.

Batalion tentera yang ditukar menjadi batalion payung terjun adalah:

Pasukan-pasukan Bantuan Tempur yang yang dilatih sepenuhnya untuk penerjunan menggunakan payung terjun termasuk

Latihan payung terjun untuk Angkatan Tentera Malaysia dijalankan di Kem Terendak di Melaka. Pasukan Gerakan Khas (VAT 69/Unit Tindakan Khas) Polis Diraja Malaysia mengendalikan latihan payung terjun untuk anggota-anggotanya di ulu Kinta.

Argentina[sunting | sunting sumber]

  • Brigada Paracaidista IV (Briged Ke-4 Payung Terjun )
Tentera Darat Argentina merupakan pasukan pertama menubuhkan pasukan payung terjun di Amerika Selatan [1] di belakang Soviet Union, Jerman, Britain dan Amerika Syarikat. Pasukan payung terjun diletakkan di bawah 4 Brigada Paracaidista (4 Briged Para) dan mempunyai peranan seperti lain-lain briged infantri. 4 Briged boleh digerakkan dengan penerjunan menggunakan payung terjun dan bertempur sendirian apabila digerakkan. Bn 4 Artileri dari 4 Brigada Paracaidista berjuang semasa Peperangan Falklands dan bertempur dengan cemerlang mempertahankan kedudukan mereka semasa serangan oleh askar payung terjun British. Salah satu meriam milik Bn 4 Artileri kini menjadi bahan pameran di Muzium Airborne di Aldershot, Britain.

Australia[sunting | sunting sumber]

  • Batalion Ke-3, Rejimen Australia Diraja

are u sure

Austria[sunting | sunting sumber]

  • Jagdkommando (Pasukan Khas)
  • Jägerbataillon 25 (Batalion Payung Terjun)

Belgium[sunting | sunting sumber]

  • Briged Para-Commando

Brazil[sunting | sunting sumber]

Briged Infantri Payung Terjun (Brigada Infantaria Paraquedista)

Britain[sunting | sunting sumber]

  • Briged Serangan Udara Ke-16
Platun Pandu Udara
Skuadron Para, Household Cavalry
Argyll and Sutherland Highlanders
Batalion Pertama, Royal Irish Regiment
Batalion ke-2, Rejimen Payung Terjun
Batalion ke-3, Rejimen Payung Terjun
Rejimen ke-7 (Para), Royal Horse Artillery
23 Rejimen Askar Jurutera (Serangan Udara)
Batalion Ke-7 (Serangan Udara) Jurutera Elektrik dan Jentera
156 Kompeni Provos, Kor Polis Tentera
Skuadron Tentera Udara Diraja

Bulgaria[sunting | sunting sumber]

  • Briged Ke-68 Pasukan Khas (68 Бригада Специални Сили)

Kanada[sunting | sunting sumber]

  • Tentera Kanada mengekalkan 4 kompeni askar payung terjun
  • Nota : Rejimen Payung Terjun Kanada dibubarkan dalam tahun 1995 selepas skandal Insiden Somalia di mana dua orang askar Kanada memukul mati seorang pemuda Somalia bernama Shidane Arone. [2]

Republik Rakyat China[sunting | sunting sumber]

Tentera Pembebasan Rakyat China menggunakan Pasukan Kor payung terjun ke-15 untuk mengendalikan operasi tentera payung terjun. Pasukan ini terdiri 3 Divisyen masing-masing dengan 10,000 anggota

  • Divisyen Ke-43
  • Divisyen Ke-44
  • Divisyen Ke-45

Republik Czech[sunting | sunting sumber]

  • Briged ke-4 Atur Cepat (4. Brigáda Rychlého Nasazení) terdiri dari
Batalion ke-41 Mekanis (Žatec)
Batalion ke-42 Mekanis (Tábor)
Batalion ke-43 Mekanis (Payung Terjun) (Chrudim)
Batalion Ke-102 Peninjau (Prostějov)

Belanda[sunting | sunting sumber]

  • Briged Luchtmobiele
11de Infanteriebataljon Regiment Garde Grenadiers en Jagers (Schaarsbergen)
12de Infanteriebataljon Regiment Van Heutsz (Schaarsbergen)
13de Infanteriebataljon Regiment Stoottroepen Prins Bernhard (Assen)

Perancis[sunting | sunting sumber]

  • Briged Ke-11 Payung Terjun
  • Rejimen Ke-2 Payung Terjun (Lijen Asing Perancis)
  • Rejimen Pertama Infantri Payung Terjun Marin (Pasukan Khas)
  • Komando Payung terjun (sebelumnya CRAP – komando peninjau dan tindakan jarak jauh)
  • Rejimen Ke-13 Dragon Payung terjun – pasukan Kavalri yang ditukarkan menjadi pasukan payung terjun. Pasukan ini dikaitakan secara langsung dengan DGSE dan berperanan mengutip maklumat risikan medan perang.
  • Skuadron payung terjun Gendarmerie Nationale (Polis Kebangsaan)

Finland[sunting | sunting sumber]

  • Pasukan Atur Cepat Finland Suomen Kansainvälinen Valmiusjoukko
Ditubuhkan dalam tahun 1996, batalion pertama mencapai taraf beroperasi sepenuhnya dalam tahun 1998

Itali[sunting | sunting sumber]

Anggota Askar Payung Terjun Rejimen ke-183 "Nembo"
  • Briged Payung Terjun Folgore
  • Sekolah Latihan Payung Terjun Pisa (Tuscany)
  • Rejimen Ke-9 9° “Col Moschin” in Livorno (Tuscany) (Pasukan Khas)
Rejimen ke-183 "Nembo" di Pistoia (Tuscany)
Rejimen ke-186 “Folgore” di Siena (Tuscany)
Rejimen ke-187“Folgore” di Livorno (Tuscany)
Rejimen ke-185 Peninjau “Folgore” di Livorno (Tuscany)
Rejimen Askar Jurutera ke-8° Parachutist di Legnago (Veneto)

India[sunting | sunting sumber]

Rejimen Payung Terjun India

Rejimen ini mempunyai 10 batalion, 5 daripadanya dilatih sebagai pasukan komando (batalion-batalion ini dikenali sebagai para komando). Pasukan para komando kini dikelaskan semula sebagai pasukan khas.

  • Batalion Pertama (Pasukan Khas) ex- Batalion Pertama Rejimen Punjab
  • Batalion Ke-2 (Pasukan Khas) ex- Batalion Ketiga Infantri Ringan Maratha
  • Batalion Ke-3 – ex Batalion Pertama, Rejimen Kumaon
  • Batalion ke -4
  • Batalion ke -5
  • Batalion ke -6
  • Batalion ke -7
  • Batalion Ke-9 (Pasukan Khas)
  • Batalion Ke-10 (Pasukan Khas)
  • Batalion ke-21 (Pasukan Khas) ex- batalion Ke-21 Infantri Ringan Maratha

Jerman[sunting | sunting sumber]

  • Luftlande- und Lufttransportschule (Pusat Latihan Payung Terjun)
  • Division Spezielle Operationen (DSO)
Fernspählehrkompanie 200 (Tinjauan Jarak Jauh)
Luftlandeflugabwehrraketenbatterie 100 (Pertahanan Udara)
Fernmeldebataillon DSO (Semboyan)
Briged Ke-26 Payung Terjun (Luftlandebrigade 26)
Luftlandeaufklärungskompanie 260 (Peninjau)
Luftlandepionierkompanie 260 (Askar Jurutera Kombat)
Fallschirmjägerbataillon 261
Fallschirmjägerbataillon 263
Luftlandeunterstützungsbataillon 262 (Bantuan)
Briged Ke-31 Payung Terjun (Luftlandebrigade 31)
Luftlandeaufklärungskompanie 310 (Peninjau)
Luftlandepionierkompanie 270 (Askar Jurutera Kombat)
Fallschirmjägerbataillon 313
Fallschirmjägerbataillon 373
Luftlandeunterstützungsbataillon 272 (Logistik dan Bantuan Perubatan)
Kommando Spezialkräfte (KSK) (Pasukan Khas)
luftbewegliche Brigade 1 (Serangan Udara)
Jägerregiment 1
Kommando Schnelle Einsatzkräfte Sanitätsdienst (Perubatan)
Spezialisierte Einsatzkräfte Marine (SEK M) (Pasukan Khas)

Greece[sunting | sunting sumber]

  • Briged Pertama Payung Terjun (1 Taxiarhia Katadromon-Alexiptotiston) (pasukan Khas)

Israel[sunting | sunting sumber]

  • Briged Ke-35 Payung Terjun
  • Bn 101 – berasal dari unit 101
  • Bn 202
  • Bn 890
  • Yahsar Tzanchanim (Pasukan Khas)

Mexico[sunting | sunting sumber]

  • Brigada de Fusileros Paracaidistas
Markas Briged
3 batalion Infantri Payung Terjun
1 Grup Pasukan Khas
Kompeni Logistik

1 Logistics Company

Norway[sunting | sunting sumber]

  • Hærens Jegerkommando (Markas Renjer)

Rusia[sunting | sunting sumber]

Askar Payung Terjun Rusia
  • Vozdushno-Desantnye Vojska VDV (Askar Serangan Udara)
    • 7th Airborne Division, Novorossiysk
    • 76th Air Assault Division, Pskov
    • 98th Airborne Division, Ivanovo
    • 106th Airborne Division, Tula
    • 31st Airborne Brigade, Ulyanovsk

Sepanyol[sunting | sunting sumber]

  • BRIPAC (Brigada Paracaidista "Almogávares" VI)
Markas Briged
1ª Flag “Roger de Flor”,
2ª Flag “Roger de Lauria”,
3ª Flag “Ortiz de Zárate”,
Batalion Artileri
Batalion Askar Jurutera
Batalion Logistik

Sweden[sunting | sunting sumber]

  • K3 Fallskärmsjägarskolan (Renjer Payung Terjun)

Switzerland[sunting | sunting sumber]

  • Kumpulan Peninjau Tentera Darat (Armeeaufklärungsdetachement (AAD)
  • Kompeni Peninjau Ke-17 Payung Terjun Fallschirmaufklärer Kp 17

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Askar Payung Terjun Amerika Dalam Penerjunan Latihan Tandem Thrust 01 di Australia
  • Divisyen Ke-82 Payung Terjun
  • Briged Ke -173 Payung Terjun
  • Briged Tempur ke_4 (apyung terjun) Divisyen ke-25 Infantri
  • Divisyen ke-101 Serangan Udara
  • Briged ke-20 Askar Jurutera
  • Pasukan kahs (Green Beret)
  • Rejimen ke-75 Infantri (Renjer)
  • Batalion Pertama (Payung terjun), Rejimen 509 Infantri
  • Marine Force Recon

Venezuela[sunting | sunting sumber]

  • Briged Ke-42 Payung Terjun (42a Brigada Paracaidista de Infanteria)