Colt M4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Colt M4
M4A1 ACOG.jpg
M4A1 dengan sistem SOPMOD, iaitu Rail Interface System (RIS) dan Trijicon ACOG 4x.
Jenis Raifal Tempur / Karbin
Asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1994 - Kini
Digunakan oleh Sila lihat pengguna
Perang Perang Afghanistan (2001 - Kini), Perang Iraq (2003 - Kini)
Sejarah pengeluaran
Pereka Colt Firearms dan Armalite
Tarikh cipta 1994
Pengeluar Colt Firearms
Tarikh pengeluaran 1994
Variasi M4A1, (CQBR)
Spesifikasi
Berat 2.52 Kilogram (5.56 Paun (ukuran)) tanpa peluru;

3.0 kg (6.6 lb) 30 butir peluru

Panjang 757 mm (29.8 in) (Udi berlaras),
838 mm (33 in) (Udi Dibuka)
Panjang laras 368.3 mm (14.5 in)
Lebar 30 mm / 1.18 in
Krew Polis, tentera dan pasukan elit

Jenis peluru 5.56 x 45 mm NATO
5.56 mm (.223 Remington)
Tindakan Bolt berputar, sistem gas
Kadar tembakan 700-950 tembakan/min
Kederasan peluru 270 m/s (886 ft/s)
Jarak berkesan 150 m/s
Jarak maksimum 300 m/s
Sistem suapan Kelopak peluru 20 hingga 30 butir


Raifal tempur Colt M4 ini merupakan senjata raifal terkini buatan Amerika Syarikat. Secara asasnya, senjata versi karbin yang merupakan peningkatan daripada senjata raifal tempur Colt M16 dan CAR-15 dicipta di bawah agensi persenjataan yang sama, Colt Firearms dan Armalite.

Senjata ini paling ringan dan berukuran sederhana sepertimana versi yang ada pada raifal Colt M16A2, mempunyai 80% kelengkapan dengan M16A2. Karbin M4 ini mempunyai versi mod tembakan dwi pilihan, seperti separa automatik (semi) dan tembakan 3 semburan (burst), sebaliknya M4A1 mempunyai sistem tembakan semburan sepenuhnya (auto) yang diletakkan dibawah mod yang sama; Burst. Tidak sama dengan laras M16, laras M4 mempunyai ketebalan maksima bagi mengurangkan kepanasan semasa menjalankan tembakan semburan dalam jangkamasa yang lama.

Pengetahuan Umum[sunting | sunting sumber]

Karbin M4 dan M4A1 yang menggunakan kaliber peluru 5.56 x 45 mm NATO ini menggunakan sistem gas, penyejukkan udara, kelopak yang sama dengan M16, sistem tembakan dwi pilihan dan dilengkapi dengan udi teleskopik yang boleh dipanjang-pendekkan sepertimana HK MP5A3.

Sepertimana dengan karbin lain, ia amat ringan dan lebih mudah untuk dibawa berbanding raifal berukuran penuh. Senjata ini dicipta bagi tentera bukan infantri (krew kenderaan, ajutan dan pegawai staf), ia ciptaan ideal bagi pertempuran jarak dekat (close quarters combat, CQC) dan lapangan terbang serta operasi khas. Karbin ini merupakan senjata khas bagi Pasukan Operasi Khusus Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris:United States Special Operations Command, USSOCOM) dan menjadi karbin utama pasukan-pasukan elit Amerika. Malaysia turut menempah sejumlah besar karbin M4A1 untuk menggantikan karbin jenis Steyr AUG bagi angkatan bersenjata pada tahun 2006 dan akan dihasilkan di Malaysia dengan secara berlesen oleh Colt[1].

M4 menjadi produk utama ini dipasarkan untuk kerajaan Amerika oleh Syarikat Colt Firearms melalui kontrak eksklusif untuk memasarkan pelbagai jenis karbin M4 sehingga tahun 2009; namun sejumlah besar syarikat persenjaataan lain telah menawarkan beberapa laras senjata yang serupa dengan M4. Ciptaan M4 dengan M16 terbaru iaitu M16A4 berjaya menggantikan senjata Colt M16 dan Colt M16A2; sebagai contoh tentera udara Amerika telah merancang untuk menggantikan M16 dengan karbin M4 sebagai senjata utama mereka. Karbin M4 turut menggantikan SMG M3A1 yang biasa digunakan oleh krew kenderaan (misalnya krew kereta perisai). Senjata M4 hampir menyerupai dengan versi kompak M16 sebelum ini, seperti XM177, cuma perbezaannya M4 tidak menggunakan peluru berkaiber M193/6 ball.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Raifal Colt M4A1 tanpa kelengkapan sokongan.

Selain daripada penerimaan pertama yang dihantar, karbin M4 dan M4A1 milik seluruh pasukan tentera Amerika telah memiliki kelengkapan khas landasan M1913 NATO (Picatinny) yang dipasang pada bahagian atas senjata (bahagian yang dipasang tangkai pemegang atau flat-top) yang boleh dipasang dengan pejera optik dan pelbagai jenis sistem pejera yang lain, misalnya Trijicon TA11 dan TA31 Advanced Combat Optical Gunsights (ACOG) serta Aimpoint M68 Close Combat Optic (M68 CCO) bergantung kepada pilihan pengguna M4, dan landasan Picatinny juga turut dipasang pada pengadang tangan bagi memudahkan peralatan sokongan tambahan dipasang pada karbin tersebut. Nombor model yang digunakan oleh infantri Amerika ini ialah Model 920 (M4) dan Model 921 (M4A1).

M4/M4A1[sunting | sunting sumber]

Jumlah besar model bagi M4 turut mempunyai sistem kekunci selamat "S-1-3" (S; Safe, 1; Semi Automatic, 3; 3 rounds burst(kuasa 3 tembakan semburan)), sementara M4A1 mempunyai sistem kekunci "S-1-F" (S; Safe, 1; Semi-Automatic, F; Fully-Automatic) berbanding dengan sistem kekunci bagi M16 - Safe, Semi dan Auto.

M4 MWS (Modular Weapon System)[sunting | sunting sumber]

Karbin M4 MWS (Modular Weapon System) diceraikan dengan pelbagai alatan sokongan tempur seperti M203, pemegang hadapan RIS, pemegang/pejera mudah tanggal, pejera laser AN/PEQ-2, dan pejera optik pilihan.

Karbin M4 telah diuji keseuaiannya dengan RAS buatan Knight's Armament Corporation (KAC) diberinama M4E2, tetapi rekabentuk ini boleh dipasang didalam sistem ini pada M4 tanpa mengubah rekabentuk yang sedia ada. Pihak persenjataan M4 Amerika telah membatalkan sistem senjata RAS (Rail Accessory System) dan menukarkannya kepada M4 MWS atau Modular Weapon System.

M4A1[sunting | sunting sumber]

Karbin M4A1 daripada salah satu daripada pelbagai siri senjata M4 merupakan senjata yang paling banyak digunakan dalam operasi-oprasi khas. Kebanyakannya senjata ini digunakan oleh pelbagai pasukan elit Amerika Syarikat sendiri seperti Delta Force, U.S. Navy SEALs, U.S. Army Rangers, dan U.S. Marine Corps' Radio Reconnaissance Platoons serta Force Reconnaissance. M4A1 ini paling banyak digunakan oleh pasukan khas dan unit anti pengganas bagi pertempuran jarak jauh kerana karbin ini adalah paling kompak dan mempunyai sistem tembakan semburan yang amat jitu. Selain itu ia juga sesuai dalam pertempuran didalam bandar. Senjata ini mempunyai perbezaan tembakan jarak jauh sepertimana senjata M16, para penganalisis ketenteraan berpendapat bahawa tidak perlu menggunakan senjata ini untuk menembak sasaran sejauh 300 meter ke atas. Jarak efektif bagi karbin ini amat sesuai pada jarak sejauh 150 meter, manakala jarak sampai peluru adalah 400 hingga 600 meter sesaat.

Pada akhir tahun kemudian, M4A1 telah dicipta atau dikeluarkan terus daripada kilang dengan larasnya berserta pemegang khas yang dipasangkan pada pengadang tangan. Ini adalah salah satu cara mengurangkan masalah berkaitan dengan senjata tersebut terutamanya kepanasan akibat penggunaan tembakan semburan dan ketepatan sebagai salah satu produk kepada laras yang berat. Laras senjata yang berat turut digabungkan dengan buffer dikenali sebagai H2. Karbin ini, dikenali oleh Colt sebagai Model 921HB (untuk Heavy Barrel), juga menjadi nadi pengeluaran M4A1.

SOPMOD Block I[sunting | sunting sumber]

Peralatan SOPMOD (Special Operations Peculiar Modification) Block I

USSOCOM telah merekacipta satu peralatan sokongan tempur yang dikenali sebagai Sistem Pengubahsuaian Khas Operasi Khas atau Special Operations Peculiar Modification (SOPMOD) Block I bagi karbin yang digunakan oleh mana-mana unit yang diletakkan dibawah seliaannya. Peralatan bagi karbin M4A1 iaitu pengadang tangan Rail Interface System (RIS) direkacipta oleh Knight's Armament Company, Pelancar grenad M203 berlaras pendek berserta pejera khasnya tersendiri, alat pelenyap bunyi buatan KAC, pejera belakang buatan KAC, pejera laser/inframerah AN/PEQ-2A buatan Insight Technologi, bersama dengan ACOG buatan Trijicon dan pejera refleks, serta pejera pandang malam. Peralatan ini telah direka khusus untuk pelbagai misi dan operasi, dan peralatan tersebut telah digunakan oleh semua unit-unit khas (termasuk kesemua angkatan tentera telah menukarkannya kepada versi pejera refleks buatan Trijicon untuk pejera titik merah jenis Aimpoint CompM2 dan pejera holografik EOTech).

SOPMOD Block II[sunting | sunting sumber]

Peralatan bagi SOPMOD versi ke-2 (dikenali sebagai SOPMOD II) telah dicipta, dengan beberapa buah syarikat yang bersaing untuk mendapatkan kontrak bagi peralatan tersebut. Beberapa syarikat terkenal terdiri daripada Knight's Armament Company, Atlantic Research Marketing Systems (ARMS), dan Lewis Machine & Tools. Daniel Defense telah memenangi kontrak untuk sistem RIS-II, sebuah sistem landasan Picatinny generasi baru untuk pengadang tangan senjata tersebut.

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Karbin M4 dan M4A1 berkaliber 5.56 mm menggunakan sistem tekanan gas, penyejukkan udara, menggunakan kelopak, versi tembakan pilihan, udi senjata dengan versi teleskopik terkini. Versi pendek raifal M16A2 dengan laras 36 cm, M4 boleh digunakan oleh perajurit dalam pertempuran jarak dekat berkemampuan menjatuhkan sasaran dengan pantas dan tepat. Karbin sebenar M4 mempunyai sistem tembakan separa-automatik dan tembakan semburan tiga butir, manakala M4A1 mempunyai sistem kekunci "Semi" dan "Full Auto", tanpa sistem tembakan semburan tiga butir. Karbin M4 melebihi 80% persamaan dengan raifal M16A2 dan menjadi faktor kepada penukaran senjata submesingan M3 .45 ACP dan pistol M9 serta raifal M16 untuk semua unit infantri. (Terdapat rancangan untuk menggantikan dengan sistem Heckler & Koch XM26 OICW dan Heckler & Koch XM8 dikeluarkan bersama dengan agensi persenjataan terkemuka Jerman, Heckler & Koch. Tetapi, projek terpaksa dibatalkan.) Karbin M4 turut dilengkapi dengan pelancar bom tangan M203.

Sebarang peralatan yang boleh digabungkan ke atas raifal berukuran penuh M16A2 terdiri daripada:

  • Bersaiz kompak
  • Laras pendek
  • Udi Teleskopik
  • Sistem kekunci tembakan semburan automatik selain tembakan semburan 3-butir (khas kepadaM4A1)

Tetapi, terdapat beberapa kelemahan pada pengubahsuaian karbin ini, antaranya ialah kederasan peluru yang rendah dan bunyi yang sungguh kuat disebabkan laras yang pendek, hentian pada alat kerja yang disebabkan tekanan akibat sistem gas yang amat pendek, dan kepanasan yang maksima pada M16A2.

Peralatan sokongan[sunting | sunting sumber]

M4 dengan pelancar bom tangan M203.

Sepertimana pelbagai peralatan yang boleh dikembarkan pada raifal tempur M16, karbin M4 dan M4A1 juga boleh dikembarkan dengan peralatan sokongan tempur, seperti pejera pandang malam, pejera laser, pejera teleskopik, bipod, pelancar M203 dan senapang patah XM26 LSS, serta pelbagai lagi peralatan termasuklah dengan landasan Picatinny MIL-STD-1913.

Selain itu, terdapat juga peralatan sokongan yang lain iaitu AN/PEQ-2, Advanced Combat Optical Gunsight (ACOG), dan Aimpoint CompM2. Pejera holografik EOTech adalah sebahagian kepada peralatan SOPMOD II.

Laporan berkaitan penggunaan karbin M4[sunting | sunting sumber]

Tentera marin Amerika dengan senjata M4A1 semasa konflik di Fallujah, Iraq.

Pada penyampaian April 2002 oleh Natick Soldier Center disampaikan oleh LTC Charlie Dean dan SFC Sam Newland melaporkan kajian daripada penggunaan M4 di Afghanistan (semasa Ops Anaconda):

  • 34% penembak melaporkan bahawa pengadang tangan M4 didapati bergetar dan menjadi lebih panas apabila tembakan dijalankan.
  • 15% melaporkan terdapat masalah kekosongan pejera refleks M68.
  • 35% penambahan berus pencuci dan 24% penambahan pencungkil bagi peralatan mencuci.
  • Penembak melaporkan berkaitan kepincangan:
    • 20% melaporkan tentang dua-kali bekalan.
    • 15% melaporkan halangan bekalan.
    • 13% melaporkan tentang masalah bekalan berkaitan kelopak senjata dengan sewajarnya.
  • 89% penembak melaporkan keyakinan terhadap senjata tersebut.
  • 20% ketidakpuasan hati dengan kemudahan penyelenggaraan.

Penembak mengemukakan permohonan bagi perubahan:

  • 55% memohon untuk merekacipta senjata yang jauh lebih ringan
  • 20% memohon untuk kelopak sederhana

Ujian Debu 2007[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, empat karbin telah diuji dalam "keadaan ribut pasir" di Aberdeen Proving Ground. M4 diuji bersama dengan karbin Heckler & Koch XM8, FN SOF Combat Assault Rifle (FN SCAR) dan Heckler & Koch Model 416. Setiap sepuluh jenis raifal digunakan untuk menembak 6,000 butir setiap satu, untuk jumlah 60,000 tembakan setiap jenis raifal. M4 ternyata lebih banyak mengalami halangan dalam ujian: iaitu 882 halangan, 19 keperluan persenjataan untuk dibaiki. Dalam perbandingan, HK XM8, hanya 116 halangan dalam senjata dan 11 majoriti satu. Diikuti oleh FN SCAR dengan 226 halangan, dan HK416 dengan 233. Pihak persenjataan kini merancang untuk melakukan pembaikkan dan pertingkatkan sistem M4. Laras cold hammer forge terbaru dan kelopak terbaru adalah menjadi fokus utama. Laras berat memberikan ketahanan yang lama dan kelopak yang akan mengurangkan halangan. Pihak persenjataan telah menjelaskan perkara itu jika semuanya berjalan lancar semasa menguji kelopak baru M4, mereka sudah pastinya bersedia untuk bertempur. Pihak persenjataan menyedari perlunya kelopak baru apabila mendapati 239 daripada 882 gagal berfungsi dimana masalah itu berpunca daripada kelopak.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan pengguna senjata, pertama sekali yang menggunakan M4 ini semestinya Amerika Syarikat yang kemudiannnya digunakan oleh semua unit-unit tentera, separa tentera dan polis serta beberapa negara yang lain.[perlu rujukan] Kebanyakan negara-negara luar yang menggunakan senjata M4 (khasnya M4A1) ini terdiri daripada pasukan elit United Kingdom/Australia/New Zealand Special Air Service, Pakistan Special Service Group, Royal Thai Navy SEALs, Detasemen 88 POLRI Indonesia, pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dan beberapa buah negara yang lain.

Pengunjung bergambar dengan model penyelam tempur Pasukan Gerakan Khas PDRM dengan senjata M4A1 di SLPGA, Ulu Kinta, Perak.

Bagi negara Malaysia, sudah sedia maklum bahawa penggunaan M4 telah pun dimulakan setelah kontrak diantara kerajaan Malaysia dengan Colt Firearms Amerika Syarikat telahpun ditandatangani pada tahun 2006 setelah kontrak penggunaan senjata Steyr AUG berakhir dan kini banyak digunakan oleh pasukan-pasukan ATM khasnya bagi unit elit setelah diumumkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, merangkap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Penggantian senjata AUG kepada M4 adalah disebabkan beberapa faktor. Pertama, pengeluaran AUG versi A1 oleh SMEO mempunyai banyak kelemahan berbanding AUG asal keluaran Steyr. Manakala projek bagi AUG versi A3 terbengkalai dan dibatalkan serta syarikat pengeluaran AUG terpaksa lepas tangan kepada SMEO. Hasil dari pemilihan antara M4 dengan M16A4, raifal keluaran baru Colt, M4 telah dipilih. Penghantaran pertama bagi 14,000 laras senjata M4A1 ini dimulakan dengan kos sebanyak RM 70 juta, malahan senjata tersebut akan dibuat di Malaysia oleh Syarikat Malaysia Explosive Ordnance (M) [1] dengan secara berlesen oleh US Colt Firearms, dan pembuatan M4 berserta peralatan sokongan tempur bagi kegunaan ATM ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat dengan pengawasan ketat oleh Colt. M4 yang digunakan oleh ATM memiliki keistimewaannya sendiri, iaitu setiap selaras M4 ATM ditandakan dengan lambang ATM bagi memudahkan pengenalan M4 yang digunakan oleh ATM dengan pasukan tentera negara luar. 10 PARA dan Grup Gerak Khas merupakan pengguna terawal M4A1 dalam cabang pasukan elit ATM sebelum PASKAL TLDM dan PASKAU TUDM memiliki M4 bagi menggantikan raifal tempur AK-102 dan M16A1 bagi penugasan mereka di maritim dan kemudahan lapangan tentera udara. Unit elit 10 PARA dan Grup Gerak Khas menggantikan senjata raifal Steyr dengan senjata M4A1 sebagai senjata utama pasukan mereka dalam penugasan-penugasan luar, khasnya penugasan anti pengganas yang mana ia sesuai di dalam pertempuran di dalam bangunan (CQB) dan kawasan hutan serta seluruh keadaan persekitaran khatulistiwa, 35 laras senjata M4 milik 10 Para dan Gerak Khas dilengkapi dengan peralatan SOPMOD berupa pejera optik Trijicon ACOG 4x bagi meningkatkan daya ketepatan senjata tersebut. Sementara bagi unit anti keganasan domestik Polis Diraja Malaysia iaitu Pasukan Gerakan Khas, penggunaan M4 khasnya M4A1 telahpun dibekalkan selepas kontrak penggunaan M4 oleh ATM (tarikh penggunaannya adalah sulit dan tahap kerahsiaan kerajaan adalah amat tinggi) bagi menggantikan senjata M16A1 yang dirasakan kurang sesuai bagi penugasan-penugasan mencegah keganasan dimasa kini. Pembelian senjata M4 ke atas unit-unit elit ATM ini turut menarik perhatian unit elit PDRM ini dan sistem ini telah dibeli oleh PDRM melalui SME Ordnance. Kebanyakan unit yang menggunakannya adalah terdiri daripada Unit Tindakan Khas, salah satu cabang daripada pasukan elit PDRM ini selain Komando 69. Penggunaan M4A1 bagi UTK turut dimanfaatkan dalam latihan dan juga misi-misi khas mereka seperti latihan payung terjun, menyelam, lintas udara dan pelbagai lagi kepakaran yang memerlukan sistem raifal tempur yang hebat. Antara tugas dan operasi bagi UTK yang menggunakan M4A1 ini ialah penugasan misi pengaman di Timor Leste. Kini, selain PGK, sebuah lagi unit khas PDRM yang baru ditubuhkan iaitu Unit Gempur Marin (UNGERIN) turut dibekalkan dengan karbin M4 (dipercayai dibiayai oleh Amerika Syarikat) selaras dengan persenjataan raifal yang fleksibel bagi tugas penguatkuasaan maritim negara.

Pemilikan bagi warganegara Amerika[sunting | sunting sumber]

Pemasaran terhadap M4 oleh Colt adalah terhad kepada pasukan tentera dan penguatkuasa awam. Hanya dibawah keadaan khas sahaja orang awam boleh memiliki senjata tersebut. Semasa kesemua sistem persenjataan mesingan yang mengikut kesesuaian tanda teks daripada BATFE, pindaan kepada Akta Perlindungan Pemilikan Senjatapi 1986 ditandakan pertukaran kepada pemilikan senjata ini diperbuat di Amerika pada 19 Mei, 1986. Hanya terdapat bantahan dijalankan untuk Pembayaran Cukai Pekerjaan Khas (Special Occupational Taxpayers, SOT): melesenkan peniaga senjata mesingan dengan surat uji nilai, pengilangan, dan pengeksportan dan pengimportan. Sepertimana yang diatas, hanya prototaip Colt M4 direkacipta pada 19 Mei 1986 untuk dimiliki oleh pihak awam tetapi tiada dalam kategori tersebut.

Isu jenama[sunting | sunting sumber]

Colt adalah pemegang utama syarikat terhadap "M4"[2]

Versi bagi karbin turut dikeluarkan oleh syarikat persenjataan luar selain Colt bagi kegunaan semua pasukan-pasukan elit luar negara, seperti Australian Special Air Service Regiment (ASASR). Apabila ASASR memperolehi sistem persenjataan yang sama dengan versi yang dikeluarkan oleh Colt (Colt menggunakan model yang lain bagi mengelakkan persamaan untuk tentera Amerika dan juga untuk pasaran komersil/eksport), British SAS menggunakan versi M4 keluaran Diemaco dari Kanada yang dikenali sebagai C7. Sungguhpun syarikat tersebut telah dibeli oleh Colt dan ditukarkan nama kepada Colt Canada, nama-nama senjata buatan Diemaco ini masih tidak berubah.

Selain Diemaco, sebuah agensi persenjataan Amerika iaitu Bushmaster Firearms International turut mengeluarkan versi M4, sungguhpun nama M4 masih kekal tetapi syarikat yang berlainan dan senjata ini dikenali sebagai Bushmaster M4. M4 keluaran Bushmaster ini mengeluarkan 3 jenis versi iaitu versi separa automatik bagi pasaran awam, sementara bagi kegunaan pertahanan dan agensi penguatkuasa, Bushmaster M4 turut didatangkan dengan versi 3 tembakan semburan serta tembakan semburan sepenuhnya, sepertimana senjata M4 keluaran Colt. Versi Bushmaster M4 turut dimiliki oleh unit elit PASKAL dan PASKAU Angkatan Tentera Malaysia. Pada April 2004, Colt bersaing hebat dengan Heckler & Koch. Heckler & Koch mengeluarkan versi M4, tetapi berlainan dengan versi M4 yang asal, nama asal bagi karbin "HK M4" ditukarkan kepada "HK 416".

Secara tidak langsung, M4 telah menggantikan submesingan kebanggaan Amerika iaitu M3A1 Grease Gun daripada perkhidmatannya, termasuk ahli krew kereta kebal. Sungguhpun adanya M3, tetapi ia telah ditukarkan kepada dua M4 dan dua pucuk pistol M9. Untuk meningkatkan kemampuannya, terdapat perubahan daripada penggunaan peluru .45 ACP, M3A1 menggunakan amunisi berkaliber 9 mm.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.