Demografi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia, yang merangkumi pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun ,Lun Bawang/Lun Dayeh dan lain-lain lagi.Manakala, kaum india terdiri daripada etnik Tamil, Malayalam, Punjabi, dan Telugu

Isi kandungan

[sunting] Komposisi Etnik

Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. 67.4% merupakan kaum bumiputera, dimana 56.4% terdiri daripada kaum Melayu dan 11% dari bumiputera lain. Kira kira 24.6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina , 7.3% terdiri daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai 0.7 %. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil[1].

Carta pie menunjukan peratus kaum di Malaysia

Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Sehingga abad ke-20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada agama Kristian atau memeluk Islam. Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "Serani" dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

[sunting] Komposisi Agama

Rencana utama: Religion in Malaysia

{{bar box |title=Religions in Malaysia |titlebar=#ddd |left1=Religion |right1=Percent |float=right |bars=

Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus. Sebagai negara berbilang kaum, antara agama lain yang dianuti adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%).

[sunting] Rujukan

CIA - The World Factbook

[sunting] Lihat Juga

Islam
  
61.3%
Buddha
  
19.8%
Kristian
  
9.2%
Hinduisme
  
6.3%%


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain