Orang Sungai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Orang Sungai
Rantau dengan penduduk penting Kinabatangan, Beluran, Kota Marudu, Sandakan
Bahasa Bahasa Sungai, Bahasa Melayu
Agama Islam, Kristian, Animisme
Kelompok etnik terdekat Kadazan-Dusun

Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Orang Sungai kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu, iaitu di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah, Telupid, Sapi-Nangoh, Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad Datu, dan Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing. Kebanyakan Orang Sungai menganut agama Islam, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme (tiada agama), khususnya di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan.

Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain