Kampung Mujur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Mujur
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Mujur
Mohor rasmi Kampung Mujur
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Bachok
KampungKampung Mujur
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
16310
Kod kawasan+609

Kampung Mujur merupakan sebuah kampung yang terletak di Bachok, dalam negeri Kelantan Darul Naim, iaitu sebuah negeri di utara Malaysia. Kelantan merupakan sebuah negeri di utara Malaysia, dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Mujor adalah 30 kilometer dari Kota Bharu dan 7 kilometer dari Bachok. Kebanyakan pelancong, sama ada pelancong luar atau pelancong tempatan, yang ingin ke Tok Bali, iaitu salah satu pusat perikanan dan pusat peranginan yang paling terkenal di negeri Kelantan, mempunyai dua laluan, iaitu Jalan Kampung Kandis dan Jalan Beris Lalang. Dengan meggunakan Jalan Beris Lalang, pelancong akan melepasi Kampung Mujor, Kampung Alor Pulai, dan Kampung Beris Lalang. Dari Kampung Mujor ke Tok Bali mengambil masa selama 30 minit.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kanak-kanak di Kampung Mujor yang berumur 6 tahun akan dihantar ke Tadika Kemas yang berdekatan. Apabila mereka berumur 7 tahun, mereka akan dihantar ke sekolah rendah yang berdekatan untuk memasuki darjah satu, sama ada Sekolah Kebangsaan Seneng atau Sekolah Kebangsaan Jelawat. Semasa berada di darjah enam, mereka diwajibkan mengambil Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR). Berdasarkan keputusan UPSR, mereka akan menyambung persekolahan di sekolah menengah yang mereka pilih. Bagi pelajar yang mencatat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, mereka akan memohon untuk menyambung persekolahan di sekolah berasrama penuh. Bagi yang mencatat keputusan yang kurang baik, mereka akan menyambung persekolahan di sekolah menengah yang berdekatan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat atau Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Perdana.

Dalam Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER), Kampung Mujor termasuk sebagai kawasan yang akan didirikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk Kampung Mujor.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Mujur, Bachok, Kelantan adalah 16310.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]