Kampung Peringat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Peringat
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Peringat
Mohor rasmi Kampung Peringat
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Melor
KampungKampung Peringat
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
16400
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Peringat di Peta Google

Kampung Peringat merupakan sebuah kampung yang terletak di Melor, dalam negeri Kelantan Darul Naim, iaitu sebuah negeri di Timur Malaysia. Kelantan merupakan sebuah negeri di Timur Malaysia, dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Sebuah pekan di Peringat atau dikenali sebagai Pekan Peringat wujud pada akhir 1930-an apabila British membesarkan laluan utama Pasir Puteh ke Kota Bharu yang sebelum ini agak kecil walaupun sibuk. Pekan Peringat adalah nod ekonomi kedua selepas Pekan Baru yang terletak di Bechah Mulong sebelum ini.

Pekan ini dibangunkan oleh masyarakat setempat sebagai pasar hari, menjual dan menjaja makanan dan bahan gunaan harian di deretan pondok kecil yang didirikan secara wakaf oleh Penggawa Peringat pada masa itu. Sehingga ke hari ini, Pekan Peringat masih wujud dengan perubahan kepada Pasar Peringat dan mempunyai bangunan pasar yang khas untuk peniaga sekitar memasarkan barangan mereka.

Dapatan terakhir pada 2016 menunjukan barangan di Pasar Peringat jauh lebih murah berbanding dengan pasar terdekat seperti Pasar Melor dan Pasar Pasir Tumboh. Walaubagaimanapun, kewujudan penjaja kecil dan sederhana di sekitar Peringat menjadikan Pasar Peringat kurang mendapat perhatian dan kebanyakan peniaga mula berpindah ke pasar lain. Hanya sebilangan peniaga sahaja masih setia berada di pasar ini di atas faktor sewaan yang murah dan kemudahan untuk bergerak dari pasar ke rumah mereka.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. SMU(A)AL_Kauthar

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Masjid Peringat

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Peringat, Melor, Kelantan adalah 16400.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]