Kampung Teluk Ketapang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Teluk Ketapang di Terengganu sinonim dengan homestaynya. Kampung ini terletak di Parlimen Kuala Nerus di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir. Ia adalah sebuah perkampungan yang unik.

Kampung Teluk Ketapang terletak cuma 0.5km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Juga terdapat berhampiran kampung ini ialah sebuah stadium kebanggaan rakyat negeri Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan, stadium tertutup dan beberapa gelanggang sukan terbuka.

Kampung ini juga mempunyai pantai yang menarik kunjungan para pelancung baik pelancung dalam dan luar negeri. Ia dikelilingi oleh beberapa buah kampung yang lain seperti Kampung Telaga Daing, Kampung Duyong, Kampung Tok Beng dan juga Kampung Telaga Batin. Di sini juga terletak sebuah kem tentera.