Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapangan Terbang Sultan Mahmud
لاڤڠن تربڠ سلطان مهمود
Kuala Terengganu Airport of Sultan Mahmud.jpeg
IATA: TGGICAO: WMKN
Rumusan
Jenis lapangan terbang Awam
Pengendali Malaysia Airports Holdings Berhad
Destinasi Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Ketinggian AMSL 21 ft / 6 m
Koordinat 05°22′57″N 103°06′12″E / 5.38250°U 103.10333°T / 5.38250; 103.10333
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
04/22 2,012 6,600 Asfalt
Statistik (2013)
Penumpang 699,310
Pergerakan pesawat 11,402
Sumber: laman rasmi[1] dan DAFIF[2][3]

Lapangan Terbang Sultan Mahmud (IATA: TGGICAO: WMKN) adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu, sebuah bandar raya yang terletak di persisir pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1]

Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.

Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]

Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.

Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.

Penerbangan bersama destinasi[sunting | sunting sumber]

Syarikat penerbangan Destinasi Terminal
AirAsia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Domestik
AirAsia Lapangan Terbang Changi Singapura Antarabangsa
AirAsia Lapangan Terbang Miri, Sarawak Domestik
Firefly Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Lumpur-Subang Domestik
Malaysia Airlines Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Domestik
Malaysia Airlines Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah (musim haji/sewa khas) Antarabangsa
Malaysia Airlines Lapangan Terbang Antarabangsa Pr Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah (musim haji/sewa khas) Antarabangsa
Malindo Air Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Lumpur-Subang Domestik
Sriwijaya Air Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan (mulai 24 November 2014) Antarabangsa

Trafik dan statistik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penumpang tahunan dan statistik pergerakan pesawat[4]
Tahun
Penumpang
Bilangan
Penumpang
% Perubahan
Kargo
(tan)
Kargo
% Perubahan
Pesawat
Pergerakan
Pesawat
% Perubahan
2003 394,240
160
5,508
2004 435,620 10.5 124 22.5 5,834 5.9
2005 419,475 3.7 94 24.2 5,622 3.6
2006 398,252 5.1 70 25.5 3,792 32.5
2007 430,800 8.2 47 32.8 8,781 131.6
2008 487,495 13.2 24 49.0 10,045 14.4
2009 523,619 7.4 24
9,875 1.7
2010 520,611 0.6 50 108.3 10,959 11.0
2011 502,966 3.4 103 106.0 14,296 30.4
2012 550,831 9.5 147 42.7 12,809 10.4
2013 699,310 27.0 103 29.7 11,402 11.0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu di Malaysia Airports Holdings Berhad
  2. Maklumat lapangan terbang mengenai WMKN di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  3. Maklumat lapangan terbang mengenai TGG di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
  4. "MAHB Annual Report 2012". MAHB. Diperoleh pada 6 September 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]